Posts Tagged ‘Masa Depan’

Pelajar IPT bangga tiada dara

Posted on the August 25th, 2012 under Tempatan by

KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.

Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Terlepas hukuman walaupun mengaku salah merogol gadis bawah umur

Posted on the August 13th, 2012 under Jenayah by

Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan.

PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Rita Rudaini Mahu Berniaga Untuk Masa Depan

Posted on the July 18th, 2012 under Artis by

KUALA LUMPUR – Aktres, Rita Rudaini, 36, yang sentiasa dihimpit kontroversi mengenai kisah dan status rumah tangganya bercadang ingin membuka perniagaannya sendiri dalam masa terdekat.

Rita mengambil keputusan untuk menceburi bidang baru iaitu berniaga kerana memikirkan ingin menjaga masa depan dirinya serta anak-anak.

Jika sebelum ini dia tidak langsung ambil pusing mengenai apa yang bakal terjadi di masa hadapan, Rita kini berfikir dia tidak mahu hidup anak-anaknya terabai kerana kehidupannya sekarang tidak menjaminkan masa depan yang cerah.

11 penyu agar ditemui mati

Posted on the April 5th, 2012 under Tempatan by

PEGAWAI dari Jabatan Perikanan memeriksa bangkai seekor penyu agar yang ditemui mati di pantai Marang, Setiu,Terengganu. - Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Tabung Perlindungan Hidupan Liar (WWF) Malaysia memandang serius mengenai masa depan penyu agar di negeri ini apabila rekod menunjukkan sekurang-kurangnya 11 bangkai hidupan laut itu ditemui dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Pengarah eksekutifnya, Datuk Dr. Dionysius Sharma berkata, laporan daripada Jabatan Perikanan dan maklumat awam mendapati bangkai-bangkai penyu agar ditemui di pesisir pantai Marang, Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu dan Setiu.

Perdana Menteri Singapura Hadapi Pilihan Raya

Posted on the April 27th, 2011 under Luar Negara by

SINGAPURA: Dengan hari penamaan calon hari ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerusi partinya Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan menghadapi pilihan raya umum buat kali kedua.

Buat kali ini juga, pihak pembangkang dijangka menamakan calon mereka untuk bertanding di lebih banyak kawasan berbanding pada tahun 2006.

Penamaan calon bermula 10.30 pagi di sembilan buah pusat.

Pada 2006, Lee mengetuai PAP untuk memenangi 82 daripada 84 kerusi termasuk di 37 kerusi yang calonnya menarik diri.

‘Saya tak sangka boleh juara’

Posted on the December 31st, 2010 under Sukan by

K RAJAGOBAL tidak menyangka sama sekali skuad Piala AFF Suzuki negara akan muncul juara ketika di bawah bimbingannya.

Kejayaan diperoleh skuad muda Rajagobal itu hadir ketika skuad utama dibelenggu kecederaan, terutama gandingan kembar Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

“Jangan kata muncul juara, mara ke final pun saya tidak sangka, amat mengejutkan,” kata Rajagobal.

Beliau menganggap pemain amat komited dan sikap itu terserlah meningkat dalam setiap perlawanan.

Australia Sambut Baik Laporan Perjanjian Perdagangan Serantau Dan Dua Hala

Posted on the December 14th, 2010 under Luar Negara by

MELBOURNE: Kerajaan Australia menyambut baik pengumuman laporan Suruhanjaya Produktiviti mengenai perjanjian perdagangan serantau dan dua hala Australia.

Laporan berkenaan, yang dijalankan pada November 2009 oleh Menteri Perdagangan Simon Crean ketika itu dan bekas Penolong Bendahari Nick Sherry, mengandungi siri cadangan terperinci dan penemuan yang kerajaan akan menelitinya, dengan menurut satu kenyataan.

Menteri Perdagangan Dr Craig Emerson berkata kerajaan komited kepada liberalisasi perdagangan sebagai komponen penting program pembaharuan ekonomi keseluruhan kerajaan yang bertujuan mewujudkan pekerjaan dengan upah yangtinggi, berkemahiran tinggi dan kemakmuran.

Minggu lepas Dr Emerson mengumumkan kajian semula kerangka kerja dasar perdagangan masa depan Australia. Ia dijangka diumumkan pada suku pertama tahun depan. - BERNAMA