Posts Tagged ‘Mandi’

Pelajar mati tergantung enggan sekolah petang

Posted on the January 3rd, 2013 under Tempatan by

MIRI: Seorang pelajar tingkatan dua yang sebelum ini menyuarakan keengganannya ke sekolah pada sesi petang kerana adik-beradiknya yang lain bersekolah pagi, ditemui mati tergantung di tingkap bilik di rumahnya di Desa Pujut, di sini, semalam.

Alexander Ajang, 14, yang juga anak kedua daripada empat beradik itu ditemui tergantung dengan leher dijerut tuala dan baju yang diikat pada jeriji tingkap oleh bapanya, jam 12 tengah hari.

Ibu saudara mangsa, Roselind, 32, berkata, kematian mangsa amat mengejutkan kerana sejam sebelum kejadian, dia bersikap seperti biasa ketika membuka pintu rumah untuk bapanya berusia 40-an yang pulang untuk menghantarnya ke sekolah.

Pelajar cedera selepas kaki dibaham buaya Pasir Panjang

Posted on the November 27th, 2012 under Tempatan by

KESAN gigitan buaya pada kaki Muhd. Azlan.

KUCHING – Buaya di Pantai Pasir Panjang, Santubong dekat sini kembali mengganas dengan membaham kaki kanan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhd. Azlan Marzuki dalam kejadian pukul 6 petang kelmarin.

Ia merupakan serangan kedua tahun ini selepas kaki seorang remaja, Ashley Austin, 14, dibaham buaya di pantai itu pada Ogos lalu.

Muhd. Azlan, 20, menceritakan, dia sedang mandi kira-kira 10 meter dari pantai sebelum seekor buaya yang dipercayai sepanjang tiga meter membaham kaki kanannya dari belakang dan cuba mengheretnya ke dalam air.

Pelajar USM cedera jatuh dari tingkat tujuh asrama

Posted on the October 30th, 2012 under Tempatan by

PELAJAR diserang histeria cedera parah selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah blok asrama di USM, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya di tingkat tujuh sebuah bangunan asrama universiti itu semalam.

Pelajar lelaki berusia 21 tahun itu dikatakan ditemui rakan sebiliknya di atas bumbung tempat letak kereta di blok asrama terbabit dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri pada pukul 11.30 pagi.

Dedam dengan suami, isteri diperkosa

Posted on the July 30th, 2012 under Tempatan by

KUALA LUMPUR: ‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.

Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.

400 pelesit rempit mandi peluh

Posted on the June 4th, 2012 under Tempatan by

SEBAHAGIAN daripada 400 pelesit rempit yang dipaksa menolak motosikal masing-masing sejauh tujuh kilometer di George Town, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Ketagihan sekumpulan 400 pelesit rempit untuk berlumba haram memakan diri apabila mereka terpaksa bermandi peluh seawal pukul 2 pagi semalam selepas diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh tujuh kilometer dari Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.

Pelesit rempit termasuk 30 wanita berusia antara 16 hingga 32 tahun itu ditahan dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram semalam. Daripada jumlah itu, 107 diambil keterangan sebelum dibebaskan.

Budak hilang dipercayai dibaham buaya

Posted on the May 24th, 2012 under Tempatan by

SEORANG penduduk rumah panjang menunjukkan lokasi Peter Heerema mandi di tepi Sungai Linggang sebelum hilang dipercayai dibaham buaya di Engkilili, dekat Sri Aman, Sarawak kelmarin.

SRI AMAN – Operasi mencari dan menyelamat seorang budak lelaki yang dipercayai diserang buaya di Sungai Linggang, Engkilili dekat sini lewat petang kelmarin terpaksa diteruskan selepas mayatnya yang timbul seketika hilang semula dihanyutkan arus.

Mayat Peter Heerema Sadan, 13, pada mulanya dilihat terapung pada pukul 6.55 petang semalam, namun gara-gara takutkan buaya yang banyak menghuni sungai itu, penduduk setempat sekadar membiarkannya sahaja sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.

Kenalan Jual Jadi Hamba Seks

Posted on the May 14th, 2012 under Tempatan by

KUALA LUMPUR: Tertipu dengan ajakan teman baru untuk berkenalan dengan sepasang suami isteri dari negara asal, seorang wanita warga India bukan saja dirogol, malah turut dijual kepada pasangan berkenaan untuk dijadikan hamba seks.

Difahamkan, teman baru mangsa adalah seorang lelaki rakyat tempatan berusia 30-an yang dikenali sejak Februari lalu.

Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 24 tahun dan berasal dari India dibawa lelaki terbabit berjumpa sepasang suami isteri yang berasal dari negara sama di Puchong pada Februari lalu kerana tidak mengenali sesiapa di Malaysia sebelum dibawa ke hotel di ibu kota untuk mandi.