Posts Tagged ‘Manan’

Adun Kelaboran dan Abby nafi sudah bernikah

Posted on the August 2nd, 2012 under Artis by

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.

Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.

Pelumba basikal maut dirempuh kereta langgar lari

Posted on the March 18th, 2012 under Tempatan by

SHAH ALAM – Pelumba pelapis basikal negara, Rafizi Hamdan terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari di KM 20.3 Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Melawati, Ampang, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Rafizi yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Hospital Orang Asli Batu 12, Gombak.

Kejadian berlaku di hadapan stesyen minyak Shell berhampiran persimpangan ke Taman Melawati.

Anuar Manan gegar Eropah

Posted on the November 28th, 2011 under Sukan by

PELUMBA basikal profesional Terengganu, Anuar Manan bakal melebarkan sayapnya ke Eropah selepas menyertai pasukan Champion System yang berpangkalan di Hong Kong, musim depan.

Dengan menyarung jersi pasu­kan divisyen dua berkenaan, pelumba kelahiran Kampung Kuala Ibai itu layak menyertai perlum­baan di Eropah.

Ia Sekali gus mengembangkan bakat dan juga mengharumkan nama negeri dan negara dalam sukan berbasikal.

Hariff gah curi tumpuan

Posted on the March 13th, 2011 under Sukan by

NAMANYA mungkin tidak segah pelumba lebuh raya negara, Anuar Manan, namun tiba-tiba saja Mohd Hariff Salleh mula menjadi tumpuan peminat sukan berbasikal selepas mempamerkan aksi cemerlang pada saingan Jelajah Malaysia (JM) bermula 8 Mac lalu sehingga hari ini.

Mewakili pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling (TSG), Mohd Hariff yang berasal dari sebuah perkampungan kecil di Kuala Terengganu, kini boleh dianggap sensasi baru serta permata berharga skuad berbasikal negara kerana semangat luar biasanya yang langsung tidak gentar bersaing bersama jaguh dunia lain. Ikuti temubual bersamanya dengan wartawan Metro Ahad, SAIFUL AFFENDY SAPRAN.

Metro Ahad (MA): Sejak bila anda mula menceburkan diri dengan sukan berbasikal?

Kayuhan TSG bertenaga

Posted on the January 28th, 2011 under Sukan by

PENDATANG baru, Terengganu ProAsia Cycling (TSG) membuktikan mereka bukan pasukan ‘mentah’ pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011).

Selepas tamat lima peringkat perlumbaan, TSG semakin mempamerkan taring sebenar pada kejohanan berstatus 2HC itu.

Selain kejayaan Raja Pecut 2010, Anuar Manan yang menyambar Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia pada perlumbaan peringkat kedua dan ketiga, TSG juga mencipta kejutan awal menerusi Mohd Harrif Salleh yang memenangi tempat ketiga dalam saingan pembukaan di Langkawi, Ahad lalu.

Anuar juga tampil bergaya dengan menduduki tempat ketiga pada perlumbaan peringkat kedua sebelum dia muncul naib juara di peringkat ketiga.

Pelumba negara masih lesu

Posted on the January 27th, 2011 under Sukan by

BERAKHIRNYA empat peringkat Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011), pasukan kebangsaan Malaysia belum menampakkan kegarangan mereka pada edisi kali ini.

Tidak seperti satu lagi pasukan yang berpangkalan di negara ini, Terengganu ProAsia Cycling (TSG), skuad kebangsaan dilihat masih terkial-kial mencari rentak bagi menyaingi kehebatan pencabar.

Pada peringkat keempat dari Ayer Tawar ke Cameron Highlands semalam, kayuhan kesemua enam pelumba negara agak lesu, sekali gus menyaksikan mereka jauh ketinggalan di belakang pasukan lain berdasarkan carta terkini kedudukan keseluruhan.

Selepas empat peringkat, pasukan kebangsaan menghuni tangga ke-22 daripada 23 pasukan yang bertanding pada edisi ke-16 tahun ini. Dalam kategori Asia, Malaysia menduduki tempat kelapan daripada sepuluh pasukan.

Kittel tawan Sitiawan

Posted on the January 26th, 2011 under Sukan by

PELUMBA pasukan Skil Shimano Cycling (SKS), Marcel Kittel berjaya menamatkan dominasi Andrea Guardini apabila mengungguli peringkat ketiga Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011) semalam.

Kittel berjaya melintasi garisan penamat perlumbaan sejauh 144.9 kilometer dari Taiping ke Sitiawan itu dengan catatan masa 3 jam 14 minit 18 saat.

Pelumba sensasi negara, Anuar Manan yang mengibar cabaran pasukan Terengganu ProAsia Cycling (TSG) tampil bergaya apabila muncul naib juara manakala Guardini daripada pasukan Fernese Vini-Neri Sottoli sekadar di tempat ketiga.

Bagaimanapun, Guardini kekal menyarung Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan buat hari ketiga berturut-turut. Selain Jersi Kuning, pelumba kelahiran Itali itu turut mengekalkan Jersi Biru (Raja Pecut).