Posts Tagged ‘Mahkamah’

Pelajar IPTA yang dicekup berkemban tanpa pakaian dalam bersama teman lelakinya dalam sebuah hotel masuk ke kamar mahkamah untuk proses pendakwaan.
DUNGUN – Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.
Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.

CRESCENT CITY (California): Seorang pengamal seni mempertahankan diri dituduh merobek jantung dan memotong lidah rakannya – yang ketika itu khayal – mengaku salah atas tuduhan membunuh, semalam.
Menurut pendakwa, Jarrod Wyatt bersetuju membuat pengakuan itu dan memungkinkan dia menjalani hukuman penjara antara 50 tahun hingga seumur hidup.
Penghakiman rasmi ke atas Wyatt dijadual dibuat 4 Oktober ini. Wyatt mengaku salah bagi tuduhan kelas pertama dalam kejadian pada 21 Mac 2010 itu.

MALE, Maldives – Sebuah mahkamah di Maldives menjatuhkan hukuman rotan di khalayak ramai ke atas seorang remaja wanita berusia 16 tahun selepas dia mengaku berzina, kata beberapa pegawai semalam.
Remaja yang tidak dinamakan itu didapati bersalah selepas dia membuat pengakuan menerusi undang-undang syariah.
Pengakuan itu dibuat selepas keluarganya mengadu bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki berusia 29 tahun pada Julai lalu.

SEORANG pengurus Korea Selatan menunjukkan telefon pintar Galaxy S (kanan) dan iPhone (kiri) di sebuah kedai di Seoul pada 27 Julai lalu.
SAN JOSE, California – Selepas setahun pertikaian di mahkamah membabitkan Samsung dan Apple, seorang juri di Amerika Syarikat (AS) kelmarin memutuskan pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone dan iPad.
Susulan keputusan tersebut, panel juri sebuah mahkamah di sini memerintahkan syarikat Samsung untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) kepada Apple.

Akaun fan page Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Pusat.
SHAH ALAM – Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Lim Guan Eng dengan berkata, Peguam Negara boleh mendakwa Pemuda Umno dan pihaknya bersedia untuk membuktikan siapa yang betul dalam isu laman sosial Facebook yang kontroversi.
Menjawab kenyataan Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Khairy berkata, “Guan Eng nak main politik, kata Pemuda (Umno) hasut.”

AURORA, Colorado – Suspek penembak tayangan perdana filem Batman, James Holmes (gambar) dilaporkan telah menemui seorang pakar psikiatri berpengalaman mengenai skizofrenia sebelum membunuh 12 orang, menurut dokumen mahkamah kelmarin.
Skizofrenia merupakan sejenis penyakit mental yang menyebabkan gangguan perasaan dan tingkah laku.
Holmes menghantar sebuah buku nota mengandungi butiran dan lakaran tentang rancangannya untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai itu kepada pakar psikiatri Universiti Colorado di Amerika Syarikat (AS), Lynne Fenton.

GEORGETOWN – Laporan Sinar Harian berhubung pekerja sebuah kopitiam yang memasak dan memakan katak di dapur mendapat tindak balas segera daripada pihak berkuasa yang melakukan operasi mengejut di premis berkenaan semalam.
Serbuan dibuat Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) dan juga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jam 2.30 petang.
Sepanjang pemeriksaan selama sejam itu, pihak berkuasa tempatanmengeluarkan 15 kompaun serta-merta.