Posts Tagged ‘Madya’

Dr Asri: Doa kehancuran dibolehkan jika dizalimi

Posted on the November 26th, 2012 under Tempatan by

Mohd Asri (berdiri, dua kiri) berbincang sesuatu dengan peserta kembara sebelum meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, semalam.

KOTA BHARU – Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

Bukti jelas ulama Umno hanyut, Asri jawab Fathul

Posted on the October 25th, 2012 under Politik by

SHAH ALAM – “Kenapa bila diajak berdialog tak mahu datang?” Ini persoalan dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya mempertikaikan komentar beliau bersabit dakwaan wujud tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno sebagai hanyut.

“Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut,” kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online.

Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panelis dari Umno sendiri.

Asri: Ulama hanyut apabila sertai Umno

Posted on the October 24th, 2012 under Politik by

SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno “hanyut”, antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.

Boleh tegur pemimpin, tapi dengan tertib

Posted on the October 23rd, 2012 under Politik by

SHAH ALAM – Mana-mana pemimpin masyarakat patut ditegur secara terbuka jika melakukan kesalahan yang melibatkan hak rakyat.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara seperti itu perlu dibahas secara terbuka dengan tertib.

“Soal masalah awam boleh dicakap dengan terbuka. Tetapi kita tak patut memaki, jadi orang profesional.

UIA batal auditorium, Konvensyen Fiqh dilema

Posted on the September 14th, 2012 under Tempatan by

SHAH ALAM – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan ‘drastik’ membatalkan tempahan auditorium dua hari sebelum Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa berlangsung, menyebabkan pihak penganjurnya, Multaqa Asatizah dan Du’at (Murshid) berhadapan dengan dilema mencari lokasi baru.

Sumber urus setia konvensyen memberitahu Sinar Harian Online lewat malam ini bahawa pihaknya terkilan dengan keputusan itu kerana pembatalan hanya dimaklumkan oleh pengurusan UIAM sekitar 9 malam tadi.

“Kami sudah menempah tempat persidangan hampir dua bulan lalu. Tetapi tinggal dua hari, baru malam ini, kami dimaklumkan.

Parlimen dibubar Okt, PRU13 Nov?

Posted on the July 26th, 2012 under Politik by

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan bergantung kepada prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat, demikian menurut seorang ahli akademik.

Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, Perdana Menteri mahu rakyat menikmati hasil transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

“Saya rasa Perdana Menteri mahu pastikan Barisan Nasional (BN) menang dua pertiga majoriti. Beliau juga nak pastikan apa jua janji seperti turun padang dan bertemu rakyat dilaksanakan, sekarang pun kita dah rasa,” katanya.

Selepas Aidilfitri tempoh baik PRU13

Posted on the July 17th, 2012 under Politik by

SHAH ALAM – Selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada Oktober masa terbaik mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Penganalisis politik itu berkata, walaupun November banyak cuti sekolah tetapi ketika itu sudah mula musim tengkujuh terutamanya di kawasan Pantai Timur. “Saya anggap Oktober antara masa yang sesuai, selepas hari raya.

Bagaimanapun, tidak mustahil kerana pada tahun 1999 pilihan raya umum diadakan pada November,” katanya, semalam.