Posts Tagged ‘Lemah’

PELAKON filem Juvana, Sharnaaz Ahmad meminta agar keluarganya tidak dilibatkan dalam konflik cinta antara dirinya dan penyanyi, Shila Amzah.
Sebelum ini, Sharnaaz akui isu tersebut telah mengguris hati keluarganya.
“Saya tak mahu melibatkan mereka (keluarga). Biar saya yang selesaikan,” katanya dengan nada lemah kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Putrajaya: Kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) dilanjutkan sehingga 15 Mac depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
“Kami beri tempoh sebulan lagi supaya mereka yang belum memohon akan dapat membuat permohonan. “Falsafah kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat yang layak, mendapat BR1M,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Perbendaharaan di sini, semalam.
Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk pusingan kedua skim bantuan berkenaan dalam usaha meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah di samping merancakkan perbelanjaan domestik.

“BILA beliau (Datuk K. Rajagobal) pernah rasa malu, kalah berpuluh-puluh kali pun, dia tak akan malu,” demikian kata pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim kepada Sinar Harian Online hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan jurulatih itu yang menyifatkan tiada apa yang perlu dimalukan dengan kekalahan 0-2 ke atas Qatar dalam Kelayakan Piala Asia 2015 kelmarin.
Ini kerana, di sebalik kekalahan tersebut, Harimau Malaya membuktikan mereka mampu memberikan saingan tanpa pemain tonggak.

KUALA LUMPUR: Aktres Rita Rudaini berkata dia tidak terjejas atau patah semangat dalam menghadapi konflik rumah tangga yang masih berlanjutan sehingga kini.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 37, berkata, tekanan dan kesulitan menghadapi kes-kes perbicaraan di mahkamah sejak setahun lalu membuatkan dia semakin kuat.
“Saya tidak akan mengalah atau berasa lemah semangat dengan apa yang berlaku. Saya tidak jadikan kesulitan ini sebagai tekanan tetapi cuba melaluinya dengan tenang dan relaks,” katanya kepada mStar Online.

SUNGAI BULOH: Akibat cuba memainkan perasaan seorang wanita warga Thailand walaupun sudah mempunyai kekasih, seorang lelaki menerima nasib amat malang sebaik mendirikan rumah tangga apabila nafsunya dikunci hingga tidak bermaya setiap kali mahu bersama isteri.
Itu keluhan lelaki hanya mahu dikenali sebagai Shahrul, 25, yang percaya masalahnya itu angkara wanita terbabit yang ingin merosakkan rumah tangganya selepas mengugut berbuat demikian sekiranya dia berkahwin dengan wanita lain.
Shahrul berkata, pada mulanya dia menyangka menghadapi masalah seksual atau lemah tenaga batin sejurus melangsungkan pernikahan dan selepas berbincang dengan isteri, mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian, namun pegawai perubatan mengesahkan dia sihat dan normal.

SUNGAI BESAR: Seorang remaja mengalami detik amat menyedihkan apabila melihat sendiri neneknya ditekup dengan bantal hingga mati oleh dua perompak yang menceroboh rumah mereka di Kedai Luar Bandar, Jalan Parit 6 Timur, di sini, awal pagi semalam.
Mohammad Hafizul Azwan Mohd Aznan, 17, yang turut ditumbuk dan diacukan parang oleh dua penjenayah terbabit berkata, sebelum itu neneknya, Sadariah Tubasar @ Ahmad, 65, diikat dengan tali rafia manakala mulutnya ditekup dengan tuala. “Walaupun diikat, nenek tetap melawan dan menjerit menyebabkan suspek panik lalu seorang daripada mereka mengambil bantal dan menekup muka nenek. Beberapa minit kemudian, nenek lemah dan tidak lagi bersuara,” katanya.
Mohammad Hafizul berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 pagi ketika dia dan neneknya nyenyak tidur di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Nik Aziz bersama rombongan bertanya khabar ahli keluarga Wan Nor Fatihah ketika lawatannya dan turut mengadakan solat Hajat, semalam. – Foto Unit Komunikasi Menteri Besar
KOTA BHARU -Biarpun diugut akan diganggu dengan lebih teruk, ‘Gadis api’ yang diekori api misteri sejak tiga tahun lalu tidak akan berputus asa untuk terus berikhtiar mengubati gangguan mistik itu.
Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, yang tinggal di Kampung Bunga Emas, Penambang di sini, nekad untuk berusaha melawan ujian tersebut dengan hasrat bagi menikmati kehidupan lebih tenang seperti rakan-rakan sebaya lain.