Posts Tagged ‘Ladang Kelapa Sawit’

Minta air sebelum sembelih sepupu

Posted on the December 17th, 2012 under Jenayah by

MIRI: “Apa yang saya bimbang akhirnya berlaku,” kata Senab Saing, 26, isteri pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang mati akibat dikelar di leher dengan sebilah pisau buatan sendiri oleh sepupunya, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 awal pagi di rumah pekerja ladang kelapa sawit di Bakong itu, Mantang Sakara, 33, berasal dari Makasar, Indonesia mati di tempat kejadian akibat parah di leher dan dahi selepas dikelar suspek yang dipercayai mengalami gangguan mental.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa memberikan segelas air yang diminta lelaki berusia 20-an itu ketika dia terjaga daripada tidur.

Pekerja KLIA maut kemalangan

Posted on the September 22nd, 2012 under Tempatan by

Keadaan van yang remuk selepas bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 21.9, Jalan Sepang-Port Dickson semalam.

PORT DICKSON – Seorang wanita terbunuh selepas van dinaiki bersama empat yang lain bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 21.9, Jalan Sepang-Port Dickson berhampiran ladang kelapa sawit dekat sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 10 pagi, tiga lelaki dan dua wanita yang berusia 40 hingga 50-an dan bekerja sebagai penjaga bangunan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dalam perjalanan dari KLIA menuju ke Lukut selepas habis waktu bekerja.

Dua beradik disuap pasir

Posted on the August 16th, 2012 under Tempatan by

KOTA TINGGI: Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.

Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.

Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.

Cessna terhempas, juruterbang terbunuh

Posted on the July 30th, 2012 under Tempatan by

Keadaan pesawat Cessna yang terhempas di ladang kelapa sawit Kampung Parit Puasa, Ayer Baloi, Pontian semalam.

PONTIAN – Seorang juruterbang Singapura terbunuh selepas pesawat ringan yang diterbangkan terhempas di ladang kelapa sawit, Kampung Parit Puasa, Ayer Baloi di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang, Samuel Ling Shi Min, 25, yang memandu pesawat Cessna milik Syarikat FRAS Flying Club maut di tempat kejadian.

Tak malu ponteng puasa

Posted on the July 28th, 2012 under Tempatan by

Abdul memakai topi keledar dengan tujuan tidak mahu dikenali ketika minum di kedai kopi.

KULIM – Sebelum ini ada dalam kalangan kaki ponteng puasa menjadikan ladang kelapa sawit sebagai port untuk makan dan minum bagi diketahui orang ramai.

Namun selepas lapan hari menunaikan Rukun Islam ke tiga ini, mereka semakin tidak malu dan berani makan secara terbuka di kedai makan yang dimiliki bukan Islam.

Video Wanita Disumpah Jadi Batu Di Paloh Johor

Posted on the June 14th, 2012 under Tempatan by

Video Wanita Disumpah Jadi Batu Di Paloh Johor Menjadi Isu Hangat Penduduk. Penyebaran Video berkenaan menjadi tumpuan di laman youtube.

Menurut sumber, kononnya seorang wanita yang telah curang terhadap suaminya disumpah menjadi batu di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor. Wanita itu dikatakan telah ditukar menjadi batu ketika sedang asyik memadu asmara bersama teman lelakinya.

Lelaki hilang mati dibunuh

Posted on the May 30th, 2012 under Jenayah by

GAMBAR fail menunjukkan anggota polis mengangkat mayat Mustafa yang mati dibunuh sebelum dicampak di ladang kelapa sawit di Linggi, Rembau, Negeri Sembilan pada 15 Mei lalu.

KUALA LUMPUR – Keresahan seorang anak memikirkan bapanya yang tidak pulang-pulang sejak keluar rumah pada 14 Mei lalu tiba ke kemuncaknya apabila dia mendapati lelaki tersebut dibunuh dengan mayatnya dicampak ke dalam ladang kelapa sawit di Linggi, Negeri Sembilan.

Pembunuhan kejam ke atas Mustafa Ahmad Suhaimi, 50, hanya diketahui keluarganya selepas mereka dihubungi polis Isnin lalu bagi mengenal pasti mayat seorang lelaki yang ditemui dengan hanya memakai kain pelikat pada 15 Mei lalu.