Posts Tagged ‘Kotak’

Wanita berkenaan pada mulanya enggan mengaku telah bernikah, namun akur setelah didesak pihak berkuasa. Doktor berkenaan diambil keterangan pegawai penguat kuasa Jaij
BATU PAHAT – Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.
Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.

KAPAR: Misteri kotak yang disangka sampah dan diletakkan di hadapan pintu sebuah rumah kebajikan di Batu 3, Taman Mewah, di sini, membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup dan cukup sifat.
Individu tidak bertanggungjawab itu turut meletakkan susu, ubat, pakaian serta sekeping nota dalam bahasa Cina yang diletakkan di dalam kotak itu.
Menurut sumber, wanita yang juga pekerja rumah kebajikan berkenaan menemui kotak itu kira-kira jam 4 pagi sewaktu tiba di rumah berkenaan untuk memulakan tugas.

“HATI-HATI dengan pemain berjersi No. 9 Malaysia (Norshahrul Idlan Talaha), dia cukup berbahaya.”
Demikian amaran kapten Thailand, Panupong Wongsa kepada rakan-rakan sepasukannya ketika berdepan Malaysia pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Selain menyedari ‘ancaman’ yang hadir daripada ribuan penyokong Harimau Malaya, Punapong turut sedar kelibat Norshahrul yang juga dikenali sebagai Mat Yo mampu menghadirkan gerun dalam skuad Gajah Putih.

Harimau Malaya beraksi cemerlang dan berjaya menewaskan Laos 4-1 pada perlawanan kedua Kumpulan B Piala Suzuki AFF pada Rabu malam.
Pasukan tuan rumah menang besar ke atas Laos hasil jaringan Safiq Rahim, Safee Sali, Wan Zack dan Khyril Muhymeen di Stadium Nasional Bukit Jalil sekaligus membangkitkan semula semangat penyokong Harimau Malaya.
Selepas kecundang 3-0 dengan Singapura Ahad lepas, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal telah melakukan rombakan dalam pasukan untuk bertemu Laos.

Pemain Kedah, Khyril Muhymeen yang berpeluang disenaraikan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya telah membuka jaringan pada minit ke-23 melalui tandukan hasil hantaran sepakan sudut oleh Safiq Rahim.
Walaubagaimanapun, Bangladesh telah menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan penalti Md Jahid Hasan pada minit ke-83 selepas Irwan Fadzli Idrus yang dimasukkan mengganti Zubir Azmi pada minit ke-75 mengasari Mitchun Chowdry dalam kotak penalti.

Tertuduh, Mohd Azri Hafiz mengaku mencuri tiga botol syampu dan tiga kotak ubat gigi milik kedai runcit Rohani Ahmad di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU- Seorang penganggur mengambil jalan mudah menjadi ‘pemborong’ tanpa mengeluarkan sebarang modal dengan mencuri barangan runcit di sebuah kedai runcit di kampungnya sebelum menjual semula dengan harga ‘borong’ iaitu tiga barang hanya RM10 kepada warga Indonesia di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, perbuatan tidak pernah serik tertuduh, Mohd Azri Hafiz Aziz, 28, dari kawasan perpindahan Chendering, di sini, yang sudah beberapa kali keluar masuk penjara kerana kesalahan mencuri sebelum ini menerima pembalasan selepas dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

KESILAPAN berulang yang dilakukan penjaga gol Terengganu, Ahmad Sharbinee Allawee yang mungkin dengan tidak sengaja membenarkan Kedah menyamakan kedudukan 1-1 dalam perlawanan menentang Kedah dalam Kumpulan B di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi bakal menggugat kariernya sebagai pemain pasukan penyu.
Menurut jurulatih Terengganu, Peter James Butler, beliau berasa kecewa dengan kesilapan itu dan tidak menolak kemungkinan Sharbinee tidak lagi akan beraksi bersama pasukan itu dalam perlawanan akan datang.
“Apa yang dia (Sharbinee) buat itu memang salah. Ini bukan kali pertama dia melakukannya dan dia memang keterlaluan.