
SEBAHAGIAN daripada 130 peneroka yang gagal menunaikan umrah bersama keluarga masing-masing ketika terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulaijaya semalam.
KULAIJAYA – Hasrat kira-kira 130 orang peneroka Felda untuk terbang ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah semalam terbantut apabila mereka secara mengejut dimaklumkan bahawa penerbangan mereka dibatalkan pada malam sebelum berlepas.
Lebih mengecewakan, ada sebahagian daripada mereka mendakwa tidak dimaklumkan tentang pembatalan itu dan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk ke Jeddah seperti yang dijadualkan oleh pihak ejen.

KOTA KINABALU – Identiti sekumpulan orang asing bersenjata api yang menceroboh masuk ke kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu dekat sini pada Selasa lalu disahkan daripada keturunan Kesultanan Sulu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) berkata, kumpulan itu yang dianggar melebihi 100 orang bertindak menceroboh kawasan terbabit bagi membuat dua tuntutan kepada kerajaan Malaysia.
“Tuntutan pertama, kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

ANGGOTA bomba berusaha menaikkan Paul yang ditemui lemas selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam saluran kumbahan di Kuching semalam.
KUCHING – Seorang anggota Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak maut apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam saluran loji rawatan kumbahan yang dalam pembinaan di Jalan Datuk Ajibah Abol di sini semalam.
Kejadian pukul 3.30 pagi itu mengakibatkan P. Paul, 25, mati di tempat kejadian akibat lemas apabila kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandunya merempuh penghadang besi di atas saluran yang mempunyai kedalaman 10 meter.

MUHAMAD HAIRUMAN menunjukkan laporan polis dan penyata akaun di Shah Alam semalam.
SHAH ALAM – Mangsa renjatan kabel elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, 24, kesal apabila wang sumbangan orang ramai berjumlah RM140,000 hilang daripada akaun bank peribadinya.
Dia mendakwa, wang tersebut dilesapkan oleh salah seorang ahli keluarganya sendiri melalui berpuluh-puluh pengeluaran secara tunai dalam tempoh setahun.

STESEN minyak yang menjadi tempat seorang lelaki disamun di Kajang baru-baru ini.
KAJANG – Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila dilibas dengan sebilah parang ketika sedang mengisi minyak dekat Plaza Tol Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang di sini baru-baru ini.
Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari, 31 Januari lalu, mangsa berusia lingkungan 40-an diserang sebelum dua suspek yang menaiki sebuah motosikal melarikan beberapa barangan milik mangsa. Nilai kerugian dianggarkan RM3,000.

KEPUTUSAN yang dibuat Azza untuk bertudung adalah atas pilihan dirinya sendiri.
SEMENJAK kebelakangan ini, sudah ramai selebriti wanita tanah air yang telah melakukan penghijrahan terutamanya dari segi penampilan yang lebih muslimah.
Kali ini, tiba pula giliran pelakon dan penyanyi Nor Azzarima Zawari atau Azza, 34, yang pernah popular bersama kumpulan Elite suatu ketika dahulu apabila kini turut tampil bertudung.
Berkesempatan menemui Azza pada majlis pelancaran produk Zarraz yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, dia mengakui sudah mula bertudung sejak 6 Januari lalu.

ANGGOTA polis mengiringi suspek (dua dari kanan) selepas prosiding mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya semalam.
AMPANG JAYA – Polis semalam mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman selama dua hari ke atas seorang penyanyi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana dekat sini Ahad lalu.
Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun yang pernah menjuarai sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen televisyen itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.