Posts Tagged ‘Korporat’

KUALA LUMPUR: Seorang nenek berusia 61 tahun yang sering berpindah randah bagi menyembunyikan diri selepas disyaki terbabit dalam penipuan pelaburan dana korporat bernilai RM10 juta ditahan di sebuah kondominium di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang Jaya, di sini kelmarin.
Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kira-kira jam 1 tengah hari hasil risikan yang dibuat sejak Ogos lalu.
Timbalan Pengarah II, JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata, hanya wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut manakala ahli keluarganya yang lain tidak ditahan.

INILAH model helikopter Eurocopter EC 120 yang sama dengan yang terhempas di Muara Batang Lupar berhampiran Sungai Tereso dekat Sebuyau semalam. Gambar kecil: Rico.
SAMARAHAN – Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang dinaiki empat penumpang termasuk seorang juruterbang terhempas di muara Batang Lupar berhampiran Sungai Tereso dekat Sebuyau di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, juruterbang warga Jerman itu terselamat manakala tiga mangsa lain yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita dilaporkan hilang.

Sebuah NGO kebajikan, Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) mengancam untuk “berperang” dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya tiada tindakan diambil dalam isu anak yatim bekas jagaan jabatan itu yang sehingga kini masih tidak mempunyai MyKad.
Presiden Perbak, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata JKM diberi masa sebulan untuk menyelesaikan isu melibatkan anak-anak yatim berusia 18 hingga 32 tahun yang pernah menghuni pusat jagaan jabatan tersebut.
Beliau semalam tampil menyerahkan senarai 20 nama berkenaan kepada JKM di pejabat jabatan tersebut di Putrajaya.

Nik Abdul Aziz menerima sumbangan orang ramai bagi menjayakan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.
MACHANG – Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer, yang akan menelan kos RM1.8 bilion, yang tertangguh sejak 26 tahun, dimulakan di Kampung Berangan Mek Nab di sini, hari ini, antara lain menggunakan sumbangan orang ramai.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setelah lebih dua dekad pembinaannya ditangguhkan oleh Kerajaan Pusat, pihaknya mengambil keputusan membina sendiri jalan baru itu demi kemudahan rakyat.

KUALA LUMPUR – PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009.
PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

MEMILIKI barangan kemas menjadi impian setiap wanita, meskipun pelaburannya menelan belanja yang tinggi namun ia tetap menawarkan pulangan yang menguntungkan.
KUALA LUMPUR – Peluang melabur dalam bentuk simpanan emas tidak harus dilepaskan memandangkan ia mencatat kenaikan harga purata sebanyak 27 peratus setahun dan bakal menggandakan nilai harta pelabur.
Penasihat korporat Serambi Emas Sdn. Bhd. (Serambi Emas), Datuk Salleh Majid berkata, ini merupakan salah salah portfolio pelaburan yang menguntungkan khususnya bagi masyarakat Melayu yang masih ketinggalan daripada aspek memiliki aset kekayaan.

KUALA LUMPUR: Bagi mengimarahkan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sempena Ramadan, Imam Masjid Kaherah, Mesir, Sheikh Mohd Jibrail dijemput untuk mengimamkan solat tarawih.
Menurut Imam Besar masjid berkenaan, Zakariah Isa, selain solat berjemaah dan tarawih, pelbagai aktiviti lain diadakan sepanjang bulan puasa, antaranya 100 peserta menyertai tadarus dan khatam al-Quran, qiamullail serta majlis berbuka puasa untuk anak yatim, ibu tunggal atau golongan asnaf.