Posts Tagged ‘Konflik’

Masih Aku Cinta ‘hadiah’ Shila buat Sharnaaz

Posted on the February 15th, 2013 under Artis by

SELEPAS lagu ciptaan pertamanya, Patah Seribu menjadi hit tahun lalu, penyanyi popular, Shila Amzah muncul dengan lagu terbaru berjudul Masih Aku Cinta, di sebalik isu berkaitan cintanya yang masih hangat diperkatakan.

Menerusi laman mikro Twitternya hari ini, Shila memperkenalkan lagu tersebut kepada peminatnya.

Ekoran konflik yang melanda hubungan cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini, lagu tersebut dikatakan dituju buat kekasihnya itu.

Shila Amzah Akan Adakan Sidang Media Khas Jawab Kontroversi

Posted on the February 12th, 2013 under Artis by

PULAU PINANG: Kemelut antara penyanyi Shila Amzah, bapanya, ND Lala dan kekasih, Sharnaaz Ahmad bakal terjawab tidak lama lagi menerusi sidang media khas yang bakal diadakan.

Menurut laporan portal berita Utusan Online ND Lala yang melarang anaknya daripada ditemubual oleh pihak media pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina berkata, tarikh dan lokasi sidang media itu akan diumumkan nanti.

“Kamu hendak tanya apa? Macam inilah, saya akan mengadakan sidang akhbar khas dalam masa terdekat untuk jawab segala persoalan.

Shila Amzah Buat Persembahan Selepas ‘Menghilangkan’ Diri

Posted on the February 11th, 2013 under Artis by

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi susulan kehilangannya sejak enam hari lalu tidak menghampakan peminat-peminatnya apabila dia muncul membuat persembahan di Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia.

Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Isnin, Shila telah memberikan persembahan yang cukup bertenaga di Sekolah Tinggi Han Chiang di Pulau Pinang, tengah hari Isnin walaupun kemelut cinta bersama Sharnaaz dan keluarganya masih lagi belum selesai.

Penyanyi itu membuka tirai dengan menyanyikan lagu berbahasa Mandarin, dan lagu berbahasa Inggeris Adele, Set fire to the Rain selain lagu Patah Seribu.

Konflik Dengan Bapa Buat Syamsul Yusof Tertekan

Posted on the February 11th, 2013 under Artis by

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memohon semua pihak memahami tekanan yang dihadapinya ekoran konflik hubungan dengan bapanya, penerbit filem Datuk Yusof Haslam.

Syamsul, 29, berkata, konflik tersebut adalah masalah dalaman keluarga yang tidak perlu diperbesarkan oleh mana-mana pihak kerana ia membabitkan hubungan anak dan bapa.

“Ini bukan isu besar pun. Masalah dalaman keluarga adalah perkara biasa pada mana-mana orang pun.

Sharnaaz: ‘Biar saya selesai sendiri’

Posted on the February 10th, 2013 under Artis by

PELAKON filem Juvana, Sharnaaz Ahmad meminta agar keluarganya tidak dilibatkan dalam konflik cinta antara dirinya dan penyanyi, Shila Amzah.

Sebelum ini, Sharnaaz akui isu tersebut telah mengguris hati keluarganya.

“Saya tak mahu melibatkan mereka (keluarga). Biar saya yang selesaikan,” katanya dengan nada lemah kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Sharnaaz Tetap Nikah Shila Walaupun Dihalang Keluarga

Posted on the February 1st, 2013 under Artis by

PETALING JAYA: Aktor Sharnaaz Ahmad akan tetap berpegang pada pendiriannya untuk menjadikan Shila Amzah sebagai isteri walaupun berkemungkinan cinta mereka mendapat halangan keluarga.

Pemilik nama penuh Sharnaaz Basir Ahmad, 28, itu berkata, dia akan terus menunggu respons positif kedua ibu bapa Shila iaitu ND Lala dan Fauziah Sarman dengan penuh sabar dan hormat bagi melaksanakan niat suci itu.

“Saya masih berpegang teguh pada pendirian dan keputusan untuk melamar Shila walaupun tidak dinafikan ia seperti tidak mendapat restu orang tuanya,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Jumaat.

Kenyataan tak tuju pada Rita

Posted on the January 22nd, 2013 under Artis by

Kuala Lumpur: “Kenyataan di Twitter itu bukan menghina atau dituju kepada Rita Rudaini tetapi ia untuk orang lain. Status itu juga tiada kena mengena dengannya,” kata pelakon, Lisdawati Nazaruddin, 34.

Itu penjelasan diberikan Lisdawati berhubung kenyataan yang dipaparkannya di Twitter, semalam sejurus kesal dengan tindakan individu tertentu yang dikatakan memfitnah suaminya, Fauzi Nawawi, 40.

Status di Twitter yang berbunyi ‘Hope hati2 dgn berita fitnah melibatkan Fauzi Nawawi . Anything direct to polis report bukan publisiti murahan or giler glamour’ itu membuatkan ramai tertanya siapa yang dimaksudkan.