Posts Tagged ‘Kisah’

Masih Aku Cinta ‘hadiah’ Shila buat Sharnaaz

Posted on the February 15th, 2013 under Artis by

SELEPAS lagu ciptaan pertamanya, Patah Seribu menjadi hit tahun lalu, penyanyi popular, Shila Amzah muncul dengan lagu terbaru berjudul Masih Aku Cinta, di sebalik isu berkaitan cintanya yang masih hangat diperkatakan.

Menerusi laman mikro Twitternya hari ini, Shila memperkenalkan lagu tersebut kepada peminatnya.

Ekoran konflik yang melanda hubungan cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini, lagu tersebut dikatakan dituju buat kekasihnya itu.

Persaingan dua remaja jadi manusia tertinggi

Posted on the February 14th, 2013 under Tempatan by

AKMAL bergambar dengan Penolong Ketua Biro Kosmo! Negeri Sembilan, Rais Yeop Johari (kiri) di Seremban semalam manakala Azli bersama Penolong Ketua Biro Kosmo! Kelantan, Adham Shadan (kanan) di Gua Musang.

GUA MUSANG – Rekod manusia tertinggi di negara ini semakin tercabar apabila remaja dari Kampung Paloh di sini, Mohd. Azli Hisham Abdul Ghafar yakin dia kini lebih tinggi berbanding ukuran 2.05 meter yang dicatat pada November tahun lalu.

Ukuran ketinggiannya itu sudah melebihi rekod manusia tertinggi di Malaysia yang kini dipegang oleh Sheikh Akmal Sheikh Imam, 17, dari Seremban, Negeri Sembilan.

Sharnaaz Ahmad, Shila Amzah Sudah Putus Cinta?

Posted on the February 13th, 2013 under Artis by

KUALA LUMPUR, 13 FEB 2013: Hubungan cinta pelakon Sharnaaz Ahmad bersama penyanyi, Shila Amzah dikhabarkan telah menemui jalan penghujung apabila pelakon filem Juvana itu telah memaklumkan tidak mahu lagi ambil pusing lagi mengenai pelantun lagu Patah Seribu.

Menerusi artikel yang disiarkan di akhbar Utusan, Sharnaaz mengakui sudah pun berpatah arang dan mahu melupakan kisah cintanya dengan anak kepada ND Lala. Lebih panas lagi, selepas ini, Sharnaaz yang dikenali seorang yang panas baran langsung tidak mahu dikaitkan lagi dengan bekas kekasihnya itu.

Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku kepada penyanyi itu mahupun keluarganya ketika ini, bukan lagi menjadi urusan penting buat dirinya.

Wanita didakwa dirogol dihukum penjara

Posted on the February 6th, 2013 under Luar Negara by

ABDIAZIZ

MOGADISHU – Seorang wanita yang mendakwa dia telah dirogol oleh askar-askar Somalia dihukum penjara selama setahun oleh Hakim Ahmed Adan di sebuah mahkamah di sini, semalam.

Seorang wartawan yang melaporkan kisah tersebut, Abdiaziz Abdinuur Ibrahim turut dihukum penjara selama setahun.

Pemerintah Somalia sebelum ini menyatakan wanita itu sengaja membuat cerita dia dirogol.

Isteri YB mohon cerai, dakwa suami kahwin kakak artis

Posted on the February 5th, 2013 under Tempatan by

Mastura (depan) keluar dari kamar bicara sebaik kes tuntutan cerainya disebut di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi semalam.

DUNGUN – “Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat).

“Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini.”

‘Biarlah apa orang cakap’ – Zizan

Posted on the January 23rd, 2013 under Artis by

Kuala Lumpur: “Saya tak kisah biarlah apa orang nak cakap, sama ada saya ini lebih lawak atau Johan lagi lawak.

“Yang penting persembahan Jozan mantap, penonton terhibur dan kami turut gembira,” kata pelawak terkenal tanah air, Mohd Razizan Abdul Razak, 29 atau Zizan Raja Lawak.

Kata-kata itu diluahkan Zizan menjelaskan ‘tuduhan liar’ kononnya rakan seperjuangan, Johan dianggap penyumbang utama kemenangan Jozan ketika menjuarai Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 di Johor Bahru, Jumaat lalu.

“Saya akui Johan memang kelakar tetapi dalam persembahan, persefahaman bersama penting.

Kisah tentera Amerika yang menjadi Imam

Posted on the January 9th, 2013 under Agama by

Postur badan yang tinggi, besar dan berkulit hitam mungkin pemandangan umum di angkatan darat AS. Namun, ada satu hal yang membuatnya cukup ketara iaitu bulan sabit bersulam hitam pada di topi rasminya. Ya, itulah penampilan seharian Mayor Khallid Shabazz ketika berseragam rasmi.

Dengan lambang itu, Khallid dikenali sebagai seorang Imam yang mewakili perwakilan Muslim dalam tentera AS. Dengan kedudukannya itu, Khallid selalu mendapat perhatian lantaran polisi AS melawan kelompok Muslim selama satu dekad. “Saya bukan seorang imam, tapi saya seorang Muslim,” katanya seperti dilaporkan agusta.com, Isnin(6/2).

Ketika ini, AS menempatkan sejumlah imam dalam beberapa lokasi strategik. Khallid sendiri ditempatkan di Jerman. Di sana dia bertugas membimbing tentera AS yang Muslim. Namun, dalam tugasnya dia juga memberikan arahan kepada tentera AS beragama Kristian.