Posts Tagged ‘Kira Kira’

Polis mengusung jenazah mangsa untuk dibawa ke hospital. Gambar kecil: Keadaan dalam warung yang berlumuran darah akibat kecederaan mangsa.
BACHOK – Seorang isteri melalui detik tragis dalam hidupnya apabila melihat sendiri kesengsaraan suaminya yang maut ditembak dan ditetak dalam sebuah warung di Kemasin, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, bekas tentera, Sauti Muda, 57, maut ketika bersama isterinya, Sarina Abdullah, 40, bersarapan di kedai sepupunya yang terletak 600 meter dari rumah mereka.

MOSCOW: Seramai 400 orang cedera akibat meteor yang melintas langit Wilayah Ural, Russia, menyebabkan bebola api jatuh ke kawasan penduduk dan memecahkan cermin bangunan serta menyebabkan penggera kereta berbunyi, pagi tadi (waktu tempatan).
Penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi letupan dan gegaran serta melihat cahaya terang di langit ketika kejadian, lapor agensi berita Reuters
Meteor berkenaan dilihat melintasi langit dan meninggalkan kepulan putih yang boleh dilihat sejauh 200 kilometer.
Malah penggunaan telefon bimbit juga dilaporkan terganggu akibat impak meteor berkenaan.

Wang RM 15,000 yang ditemui dalam beg milik seorang pemuda.
KUALA LUMPUR – “Jangan ambil wang itu, takut hilang. Saya sudah kumpul lama untuk beli rumah,” kata seorang lelaki selepas pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menemui wang RM15,000 ketika pemeriksaan dilakukan di bilik sebuah hotel, di sini, semalam.
Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bersama pasangannya, seorang remaja berusia 16 tahun antara 10 pasangan yang ditahan sempena pada malam sambutan Hari Kekasih.

SEBAHAGIAN daripada 130 peneroka yang gagal menunaikan umrah bersama keluarga masing-masing ketika terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulaijaya semalam.
KULAIJAYA – Hasrat kira-kira 130 orang peneroka Felda untuk terbang ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah semalam terbantut apabila mereka secara mengejut dimaklumkan bahawa penerbangan mereka dibatalkan pada malam sebelum berlepas.
Lebih mengecewakan, ada sebahagian daripada mereka mendakwa tidak dimaklumkan tentang pembatalan itu dan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk ke Jeddah seperti yang dijadualkan oleh pihak ejen.

Beginilah keadaan kereta Proton Saga yang dinaiki Siti Zawiyah dan tiga yang lain sehingga meragut nyawanya.
PETALlNG JAYA: Pelakon Catriona Ross sentiasa teringat kata-kata ibu yang berpesan supaya dia menghantar dua anaknya ke kelas agama pada kali terakhir mereka berjumpa iaitu kira-kira dua minggu lalu.
Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, pesanan itu dibuat kerana ibunya, Siti Zawiyah Ab Rahman, 63, mahu dua anak Catriona iaitu Sephia Rani Ross’iddin, 3, dan Jammal Raess Ross’iddin yang baru berusia enam bulan dapat mendoakan ibu bapa selepas mereka meninggal dunia.

PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Ab Rahman meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya dipercayai terbabit dengan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Gerik, Perak awal pagi Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi itu, mangsa Siti Zawiyah Abd Rahman, 60, Nurimi Abd Ghani, 40, dan Sitah Abdullah, 40, dipercayai dalam perjalanan menuju Sungai Petani, Kedah.
Allahyarham Siti Zawiyah merupakan ibu kepada pelakon Catriona Ross.

Kawasan Bukit Ladang Kemuning di mana kelipan cahaya misteri dilihat sekumpulan lelaki yang turut mendengar suara sayu lelaki dan perempuan meminta tolong.
SUNGAI SIPUT – Cahaya misteri berkelip-kelip dari Bukit Ladang Kemuning, ditambah dengan suara mendayu meminta pertolongan menimbulkan tanda tanya kepada sekumpulan lelaki yang sedang bermain bola sepak di Taman Yakin Mesra, di sini, kelmarin.
Saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 30-an berkata, cahaya berkenaan dilihat pada jam 9.20 malam dan ia telah mengejutkan sekumpulan lelaki berkenaan.