Posts Tagged ‘Kesal’

Guru pusat tuisyen hina sahabat Nabi minta maaf

Posted on the August 1st, 2012 under Tempatan by

SULAIMAN menunjukkan karikatur menghina sahabat Nabi yang didakwa digunakan oleh sebuah pusat tuisyen sebagai bahan mengajar di Ledang, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Guru dan pengusaha pusat tuisyen di Tangkak, Muar yang menimbulkan kontroversi apabila memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas yang diedarkan kepada pelajar baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka semalam.

Ku Chong Yoong, 22, yang merupakan guru dan individu yang bertanggungjawab menyediakan bahan tersebut serta pengusaha pusat tuisyen Indah Permai Jaya, Lim Lee Yee, 26, mengaku tidak berniat untuk menyentuh sensiviti umat Islam apatah lagi menghina sahabat Nabi.

Rabbani Anggap Sami Yusuf Tidak Profesional

Posted on the July 18th, 2012 under Artis by

PETALING JAYA: Kumpulan Rabbani menyifatkan tindakan penyanyi antarabangsa Sami Yusuf membatalkan Konsert Salaam Sami Yusuf yang sepatutnya berlangsung pada 14 Julai lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor adalah tindakan yang tidak profesional.

Menurut wakil daripada kumpulan itu, Azadan Abd Aziz, dia bersama Rabbani Productions Sdn Bhd yang turut bekerjasama dengan penganjurnya, Offshore Entertainment Production (OEP) begitu kecewa dengan cara penyanyi tersebut melaksanakan peranannya.

“Kami yang mengendalikan bahagian pengurusan karnival berasa sangat simpati terhadap golongan peniaga yang sudah pun membuat persiapan berniaga bersempena dengan konsert tersebut.

Kapten Perak: ‘Saya tak akan maafkan dia’

Posted on the July 9th, 2012 under Sukan by

Arul (tengah) dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Ghaddar. Foto: Khiru Shaleh Abdullah.

KAPTEN Perak, Shahrulnizam Mustapha (Arul) mengakui gagal mengawal emosi sehingga dibuang padang dalam saingan Liga Super menentang Kelantan di Kota Bharu, kelmarin.

Dia dilayangkan kad merah selepas bertindak kasar terhadap Mohamad Ghaddar pada masa kecederaan sebelum tamat babak pertama.

Khatib: ‘Saya doa jatuhkan pemimpin zalim’

Posted on the June 26th, 2012 under Tempatan by

BUKIT MERTAJAM – Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah.

Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan.

Mohon BR1M kena bayar?

Posted on the June 17th, 2012 under Tempatan by

Rahmat (kiri) bersama beberapa penduduk menyatakan kekesalan terhadap penipuan pihak ketiga hingga nama mereka tercicir daripada menerima BR1M.

KOTA GELANGGI – Dua penduduk Orang Asli Kampung Sematau, dekat sini, mendakwa mereka dikenakan bayaran RM100 oleh kakitangan sebuah agensi kerajaan hanya untuk mengisi dua keping borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Rahmat Abdullah, 37, berkata, lelaki itu turut mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM20 kepada menantunya sebagai kos pos borang tersebut ke Kuala Lumpur.

Remy Ishak Masuk Wad Kerana Jangkitan Paru-Paru

Posted on the June 15th, 2012 under Artis by

PETALING JAYA:Gara-gara kurang rehat serta tidak cukup tidur, pelakon Remy Ishak, 30, menerima nasib malang apabila paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia sehingga terpaksa di tahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak berkata, hal tersebut membuatkan dia terpaksa ditahan di hospital berkenaan sejak Isnin lalu dan perlu mendapatkan pemantauan daripada pihak doktor setiap masa.

“Saya perlu membuat pemeriksaan secara terperinci dan berehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang.

Piala AFC: Denda akan cemar imej Kafa

Posted on the May 25th, 2012 under Sukan by

SEBARANG hukuman yang bakal diterima Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berikutan insiden segelintir penyokong yang bertindak agresif akan memberi imej buruk kepada The Red Warriors dalam dunia bola sepak tempatan, kata Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Khairi Yazid.

Beliau yang kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyokong Kelantan yang hadir bukan atas semangat kesukanan dengan melakukan sesuatu menyalahi undang-undang hanya mencemari imej persatuan dan nama baik Kelantan selaku gergasi bola sepak Malaysia.