Posts Tagged ‘Kesal’

Kepala pecah digilis empat kereta

Posted on the September 18th, 2012 under Tempatan by

ORANG ramai melihat anggota polis membungkus mayat Mohd. Rafiezudin yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Saujana, Setiu kelmarin.

SETIU – Seorang pemuda terkilan apabila gagal menyelamatkan seorang pengawal keselamatan yang tercampak ke atas jalan raya sebelum lelaki itu maut selepas dilanggar dan digilis empat buah kenderaan dalam kemalangan di Kampung Saujana dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 10 malam itu menyebabkan Mohd. Rafiezudin Razali, (gambar kecil) 20, maut selepas mengalami kecederaan parah dengan otaknya bersepai manakala sebahagian kepalanya pecah. Seluruh badannya juga mengalami kecederaan parah.

Kes khalwat: Penjaga gol kebangsaan didenda RM2,500

Posted on the September 13th, 2012 under Sukan by

PETALING JAYA – Penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias didenda RM2,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini selepas dia mengaku salah berkhalwat dengan seorang jurumekap, tahun lalu.

Zaiton Othman, 29, yang kini bergelar ibu tunggal dan mempunyai dua anak juga didenda RM2,500.

Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar mengarahkan hukuman penjara selama sebulan sekiranya mereka gagal membayar denda.

Abil: ‘Saya bukan cari publisiti tapi sayang isteri’

Posted on the September 10th, 2012 under Tempatan by

SHAH ALAM – “Saya bukan cari publisiti.” Demikian kata Abil Fikri Ahmad, 43, yang kesal dengan tanggapan sesetengah pihak yang menuduhnya cuba mengambil kesempatan atas penderitaan isterinya, Fauziah Muhamad.

Perkara ini timbul apabila dia mula melakarkan perjalanan hidupnya menjaga Fauziah, 38, yang menderita akibat kerosakan saraf pada otak, menerusi blog sejak April lalu.

Abil menjadikan laman blog yang didaftarkan atas nama ‘abil4fauziah’ sebagai diari.

Pisau lipat dalam sambal tumis

Posted on the September 8th, 2012 under Tempatan by

Pisau lipat yang ditemui dalam sambal tumis.

KULIM – Seorang pekerja industri, Mohd Ridzuan Abdul Manaf 31, terkejut apabila mendapati terdapat pisau lipat dalam sambal ikan bilis yang dihidangkan di kantin kilang tempat dia bekerja.

Katanya, dia kemudiannya memaklumkan kecuaian dilaporkan kepada pengusaha kantin, tetapi ia tidak diendahkan sebaliknya pekerja kantin hanya membuang pisau itu sahaja, manakala sambal ikan bilis itu dijual semula.

Guru al-Quran mati dibunuh

Posted on the September 5th, 2012 under Tempatan by

Mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat. Gambar kecil: Wan Kalthom

PASIR PUTEH – Guru al-Quran yang membantu kerja memasak untuk majlis hari raya di rumah anaknya di Kampung Jebak, Jeram, dekat sini ditemui maut dibunuh dengan sudip.

Ketika kejadian, mangsa, Wan Kalthom Wan Husin, 68, balik ke rumah yang terletak hanya 100 meter dari rumah anaknya kira-kira jam 10 pagi untuk mengambil sudip.

Selepas tiga jam tidak muncul, anak mangsa, Raja Zailah Raja Hussin, 40, menyuruh anaknya, Nik Mohd Irham Razali, 13, menjenguk ibunya kira-kira jam 1 petang.

Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

Posted on the August 26th, 2012 under Tempatan by

Khairul Azhar yang datang ke pejabat Sinar Harian untuk membuat aduan menunjukkan roti canai yang dibelinya di sebuah restoran.

KUALA TERENGGANU – “Tidak masuk akal jika sekeping roti canai kosong dijual dengan harga RM1.80 sedangkan selama ini saya biasa beli dengan harga RM1 sahaja,” luah seorang pengguna yang terpaksa membayar lebih ketika membeli roti canai di salah sebuah restoran di bandar ini.

Pengadu, Khairul Azhar Ismail berkata, pada mulanya dia menyangka peniaga restoran itu tersilap mengira harga perlu dibayar, tetapi sangkaannya meleset kerana di papan tanda jelas tertera roti canai biasa dijual berharga RM1.80.

Ditipu sampai muflis oleh ‘nenek’

Posted on the August 10th, 2012 under Tempatan by

KESAL…Zali (kanan) dan Amri menunjukkan cek transaksi pindahan wang yang dibuat.

KOTA BHARU: Umurnya sudah mencecah 61 tahun dan perwatakannya lembut serta meyakinkan, namun itu semua hanya topeng untuk memperdaya ramai ahli perniagaan di seluruh Malaysia menyebabkan dia kini diburu polis selepas disyaki terbabit dalam penipuan pelaburan bernilai lebih RM10 juta.

Dikesan aktif melakukan penipuan sejak beberapa tahun lalu, wanita itu yang dikenali sebagai Ramalah Mohd Nor, 61, dipercayai menipu sekurang-kurangnya 10 individu dan ada di antara mangsanya kerugian sehingga RM2 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, suspek dikenal pasti aktif menipu golongan profesional untuk melabur dalam sektor hartanah sehingga ada mangsanya diisytiharkan muflis selepas rumah atau tanah yang mereka cagar tergadai.