Posts Tagged ‘Kenderaan’

Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta – Bas

Posted on the February 13th, 2013 under Artis by

PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Ab Rahman meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya dipercayai terbabit dengan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Gerik, Perak awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi itu, mangsa Siti Zawiyah Abd Rahman, 60, Nurimi Abd Ghani, 40, dan Sitah Abdullah, 40, dipercayai dalam perjalanan menuju Sungai Petani, Kedah.

Allahyarham Siti Zawiyah merupakan ibu kepada pelakon Catriona Ross.

Juruwang disamun selepas diperkosa empat lelaki

Posted on the February 7th, 2013 under Tempatan by

Gombak: Seorang juruwang menghadapi detik hitam hidupnya apabila dia bukan saja disamun, malah dirogol empat lelaki dalam kejadian berhampiran rumahnya di Desa Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita berusia 26 tahun terbabit baru pulang dari tempat kerjanya dan sebaik keluar dari kenderaan miliknya Perodua Viva, sebuah van putih berhenti di sebelah kanan kenderaannya sebelum empat lelaki bersenjatakan kayu serta besi memecahkan cermin kereta mangsa.

Menurut sumber, empat lelaki terbabit merampas beg tangan, gelang tangan dan rantai milik mangsa sebelum menariknya masuk ke dalam van berkenaan.

“Mata mangsa diikat menggunakan kain hitam sebelum mangsa dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya.

3 kereta milik Shamsubahrin disita SPRM

Posted on the February 6th, 2013 under Tempatan by

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu tiga buah kenderaan milik ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail yang dituduh menipu bekas pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Disember 2011.

Penguasa SPRM, S. Faridah Selamat, 35, berkata, pada 25 Disember 2011, beliau menyita tiga buah kereta jenis Mitsubishi milik Shamsubahrin iaitu model Grandis, AXS dan Triton.

Faridah berkata, beliau bersama lima lagi pegawai SPRM menyita kenderaan itu di Bukit Jelutong, Shah Alam, selepas mendapat arahan daripada seorang penguasa kanan SPRM.

Ajal tiga beranak

Posted on the February 2nd, 2013 under Tempatan by

KENDERAAN dinaiki ketiga-tiga mangsa hancur selepas merempuh pokok sawit.

Lahad Datu: Niat seorang isteri bersama anaknya berusia tiga tahun menemani suami yang bekerja di ladang bertukar tragedi apabila lori 10 tan sarat kelapa sawit dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok dalam kejadian di Kilometer 24, Jalan Lahad Datu-Jeroco, dekat sini, kelmarin.

Akibat rempuhan itu, tiga sekeluarga itu mati serta merta di tempat kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 4 petang, mangsa maut dikenali sebagai Jusmin, 44; isterinya, Paima Abdul Hamid, 22, manakala identiti anak perempuan berusia tiga tahun belum dikenal pasti.

Ganjaran RM60,000 untuk maklumat kes kematian William Yau

Posted on the January 29th, 2013 under Tempatan by

KUALA LUMPUR – Ganjaran RM60,000 menanti sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong.

“Maklumat itu mestilah sah dan mencukupi untuk mendakwa seseorang di mahkamah,” kata Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong pada sidang media sini, hari ini.

Polis hari ini mengesahkan laporan awal ujian ‘deoxyribonucleic acid’ (DNA) Jabatan Kimia ke atas seorang mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang, pada 24 Januari lalu, adalah William.

Mayat budak lelaki ditemui, disyaki kanak-kanak hilang

Posted on the January 25th, 2013 under Tempatan by

Anggota polis mengangkat mayat budak lelaki itu untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat

KLANG – Seorang nelayan terkejut apabila menemui mayat seorang budak lelaki ditemui tersangkut pada bahagian bot di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang kira-kira jam 7.15 malam tadi.

Menurut maklumat awal saksi, ketika ditemui mayat budak lelaki berusia dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun memakai kemeja-T berwarna kuning keemasan.

Khatavarayan dakwa Sosilawati masih hidup

Posted on the January 16th, 2013 under Tempatan by

SHAH ALAM – Tertuduh keempat, R. Kathavarayan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa dia melihat seorang wanita yang didakwa sebagai Datuk Sosilawati Lawiya di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting lapan hari selepas jutawan kosmetik terbabit dikatakan mati dibunuh.

Kathavarayan, 32, berkata, dia hanya mengetahui wanita itu merupakan Sosilawati selepas diberitahu oleh bekas majikannya, N. Pathmanabhan, 43, ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas berjumpa dengan rakan-rakan bekas peguam itu di sebuah restoran pada petang, 7 September 2010.

Bagaimanapun, kata tertuduh itu, pada masa tersebut wanita terbabit berambut pendek dan berbeza dengan Sosilawati yang dilihat pada kali terakhir datang ke Ladang Gadong pada 30 Ogos 2010 yang berambut panjang.