Posts Tagged ‘Kdn’

Jakim: Khalil ‘Imam Mahadi’ celaru akidah

Posted on the July 12th, 2012 under Tempatan by

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih belum dapat mengesahkan sama ada Khalil Afandi Hamid dan seorang wanita yang mengamuk di Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya dengan bersenjatakan pedang samurai kelmarin terbabit dalam ajaran sesat.

Dipetik Bernama, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mereka mempunyai masalah mental dan cenderung kepada pengaruh ganas dan ekstrem ‘dari apa yang diminati’.

“Secara keseluruhannya kita mendapati beliau memang mengalami kecelaruan akidah dan salah faham dalam mentafsir ajaran Islam,” katanya kepada Bernama hari ini.

Produk Al-Quran Digital Read Pen Ar-Rayyan

Posted on the March 31st, 2012 under Bisnes,Tempatan by

Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak & remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai ‘home tutor’ kepada mereka.

Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ramai golongan berumur ini menghadapi pelbagai halangan & rintangan untuk belajar membaca Al-Quran. Antaranya ialah:

Sedekah untuk ajaran sesat

Posted on the January 29th, 2012 under Tempatan by

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ratusan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz dikerah memungut derma bagi membiayai kegiatan menghidupkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik jualan amal di seluruh negara, terutama sekitar Lembah Klang.

Ajaran Azhar Wahab diwartakan sesat oleh sembilan majlis fatwa negeri, termasuk Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan secara berperingkat-peringkat sejak 1970.

Lebih mengejutkan, siasatan wartawan Metro Ahad mendapati murid dan pelajar pusat tahfiz di Kedah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dibekalkan dua produk kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan cakera padat video (VCD) yang bukan saja tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), malah klip video dalam VCD terbabit jelas bertentangan dengan imej pelajar tahfiz.

Bahan Cetakan Al-Quran Ditemui Di Kawasan Perindustrian Mergong

Posted on the September 28th, 2011 under Tempatan by

ALOR SETAR: Dua guni yang mengandungi bahan cetakan ayat Al-Quran ditemui di kawasan Perindustrian Mergong 2 di sini dua hari lalu.

Bahan-bahan itu ditemui oleh seorang pengurus pemasaran sebuah kilang percetakan di situ, Abdul Basidh Abdul Wahab, 40, yang diletakkan di hadapan pintu pagar belakang kilang tersebut.

“Apabila saya membuka guni itu, terdapat cetakan surah Yassin, doa-doa dan panduan ibadat. Mungkin mereka salah cetak dan tidak ada tempat pelupusan, sebab itu mereka membuangnya di sini.

“Saya rasa mereka yang membuat kerja ini adalah syarikat percetakan juga. Mungkin mereka tak ada tempat pelupusan dan mereka membuangnya di sini kerana mahu lepas tangan,” katanya.

‘Pegawai KDN’ rompak peniaga

Posted on the July 16th, 2011 under Tempatan by

KUALA LUMPUR: Hanya dengan memberi alasan dia mengambil pekerja tanpa permit, seorang peniaga kedai runcit kerugian kira-kira RM2,400 selepas wang tunai, telefon bimbit, kad prabayar dan rokok dilarikan empat orang lelaki yang menyamar sebagai pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kejadian di Taman Cheras Utama, 16 Jun lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maslina, 33, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengah malam itu, dia bersama seorang pekerjanya sedang sibuk mengemas barang jualan sebelum didatangi empat lelaki.

katanya, lelaki terbabit mendakwa mereka pegawai dari KDN selain lengkap memakai jaket yang mempunyai logo KDN dan memberi alasan mahu melakukan pemeriksaan ke atas kedainya kerana dipercayai menggaji pekerja asing tanpa permit.

DVD lucah di sebalik kabinet

Posted on the January 27th, 2011 under Tempatan by

KUALA LUMPUR: Taktik berselindung di sebalik kabinet pameran yang dilengkapi alat kawalan jauh oleh satu sindiket pengedaran cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak serta lucah terbongkar apabila diserbu Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri (KDN), petang semalam.

Dalam Operasi kira-kira jam 4.40 petang itu, Bahagian Kawalan Filem KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama cawangan Negeri Sembilan diketuai Penolong Penguat kuasa KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mecheliister Simon menyerbu sebuah premis di Jalan Kuchai Lama, di sini, yang mengedar VCD dan DVD cetak rompak serta lucah.

Ketua Bahagian Kawalan Filem dan Penguat kuasa KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nor Aziah Abdullah berkata, operasi bersepadu dengan kerjasama cawangan Negeri Sembilan itu dijalankan hasil risikan selama seminggu di premis berkenaan.

KDN nafi dua firma Malaysia beli teknologi peluru berpandu China

Posted on the December 4th, 2010 under Tempatan by

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri(KDN) menafikan pembabitan dua syarikat yang berpangkalan di Malaysia, yang dinamakan Amerika Syarikat (AS) sebagai firma yang dikawal oleh rangkaian Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kedua-dua syarikat itu telah dipantau oleh pihak perisikan dan keselamatan Malaysia sejak 2008 dan tidak memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Beliau berkata kedua-dua syarikat itu juga didapati tidak menjalankan kegiatan yang mencurigakan sepanjang tempoh pemantauan tersebut.