Posts Tagged ‘Karnival Futsal Harian Metro’

Karnival bola jaring mampu menyerlah

Posted on the June 7th, 2011 under Tempatan by

PENGERUSI teknikal, Karnival Bola Jaring Harian Metro, Haniza Hassan yakin, karnival anjuran akhbar nombor satu negara itu mampu mengorak langkah lebih jauh dalam penganjuran sukan itu.

Pendapat itu dilontar ketika mengendalikan pertandingan yang berlangsung di Kuantan, Pahang apabila berjaya menarik penyertaan 16 pasukan dari seluruh negara biarpun dalam waktu yang singkat.

Katanya dengan yuran penyertaan RM100 dan hadiah kemenangan lumayan, beliau tidak melihat mengapa pertandingan itu kurang mendapat perhatian terutama ketika sukan bola jaring dipandang sepi.

“Saya yakin jika tempoh penyertaan iaitu menghantar borang dipanjangkan dan pertandingan ini diuar-uarkan lebih awal, pasti lebih banyak sambutan akan diterima.

ABY Team gegar Zon Timur

Posted on the June 7th, 2011 under Sukan by

PASUKAN ABY Team muncul juara Terbuka Lelaki Karnival Futsal Harian Metro Zon Timur selepas menewaskan Gelombang B menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 pada perlawanan akhir yang cukup mendebarkan.

Bersaksikan hampir 5,000 penonton yang membanjiri venue pertandingan, Kuantan Futsal Center Bandar Indera Mahkota, Pahang, skuad dari Terengganu itu membuktikan kemantapan untuk membawa membawa pulang RM5,000 dan hadiah iringan lain manakala Gelombang B menerima RM3,000 selaku naib juara.

“Saya gembira dengan prestasi pada penyertaan petama kami sekali gus dapat bergelar juara,” kata ketua pengurus pasukan Abu Bakar Yassin.

Dalam aksi final kategori wanita pula, BFC membuktikan kehebatan selepas menundukkan B’Dazzlerz sekali gus menerima hadiah utama RM3,500 manakala naib juara membawa pulang RM2,500.

Perebutan tempat ke Grand Final semakin sengit

Posted on the May 8th, 2011 under Sukan by

SELEPAS dua zon berakhir, perebutan tempat ke Grand Final November depan pada Karnival Futsal Harian Metro 2011 semakin sengit terutamanya kategori wanita yang menyaksikan penyertaan 25 pasukan.

Saingan yang akan bermula jam 8 pagi ini bagi Zon Selatan pasti menarik terutamanya dengan kehadiran beberapa pasukan yang gagal meloloskan diri ke Grand Final, kembali mencuba nasib di Zon Selatan.

Pasukan seperti Putraria Tia Amelia C seharusnya diberi perhatian serius kerana mempunyai gandingan pemain mantap apa lagi dengan luka kecewa selepas gagal mengiringi tiga lagi pasukan mereka yang sudah mengesahkan tempat di Zon Tengah 1.

Selain Tia Amelia C, beberapa pasukan lain yang mencuba nasib buat kali kedua adalah PU3 Kickers dan REM FC B.

Cari bakat muda

Posted on the May 8th, 2011 under Sukan by

SELEPAS lapan pasukan kategori Terbuka Lelaki sudah mengesahkan tempat ke Grand Final, pencarian 16 lagi pasukan akan diteruskan apabila kategori Wanita dan Lelaki Bawah 17 tahun memulakan saingan hari ini.

Karnival Futsal Harian Metro dibawakan oleh AmBank akan diteruskan membabitkan cabaran 95 pasukan Lelaki B-17 dan 25 pasukan kategori wanita bermula jam 9 pagi ini di Millennium Sports Centre.

Saingan bagi kategori Lelaki B-17 dijangka sengit apabila lebih banyak pasukan baru mengibarkan cabaran.

Beberapa pasukan seperti Joga Bonito, Galatica Jr, Kickers Boy antara pasukan yang akan mengibarkan cabaran untuk memburu kejuaraan.

Court Soccer gah

Posted on the April 5th, 2011 under Sukan by

PASUKAN Court Soccer dinobatkan juara Terbuka Lelaki Karnival Futsal Harian Metro Zon Utara selepas menewaskan J Brabus United 3-1 pada perlawanan akhir yang cukup dramatik di Safira Sports Planet, semalam.

Bersaksikan hampir 5,000 penonton yang membanjiri gelanggang pertandingan, Safira Sports Planet, Seberang Jaya, skuad Court Soccer membuktikan kemantapan untuk membawa pulang RM5,000 dan hadiah iringan lain manakala JB United menerima RM3,000.

“Saya amat gembira dengan kejayaan ini dan saya puas pemain berjaya menewaskan pasukan lawan,” kata pengurus pasukan Court Soccer, Hasan Kasim.

Dalam aksi kategori wanita pula, Pheonix D muncul juara selepas menundukkan Eguana 3-2 sekali gus menerima hadiah utama RM3,500. Eguana membawa pulang RM2,500.

Pheonix D benam impian Eguana

Posted on the April 5th, 2011 under Sukan by

PHEONIX D mematahkan sokongan padu penyokong tempatan dari Pulau Pinang apabila menundukkan pasukan pilihan tuan rumah, Eguana FC dengan kemenangan 3-2 di final Terbuka Wanita Karnival Futsal Harian Metro 2011 yang dibawakan khas oleh kumpulan AmBank Berhad.

Pheonix D dari Kuala Lumpur yang memperoleh kemenangan mudah 3-0 ke atas Rem FC di separuh akhir menerima cabaran sengit dari Eguana yang berpengalaman luas selepas mengambil bahagian pada Karnival Futsal Harian Metro setiap tahun sejak 2006, pada final lewat petang semalam.

Mereka mendahului sebaik sepak mula dilakukan, dikejutkan dengan jaringan balas dari pemain Eguana. Suasana suram pada final bawah 17 tahun lelaki akhirnya menjadi meriah dengan kerancakan permainan skuad wanita.

Motosikal kuasa tinggi meriah suasana

Posted on the April 3rd, 2011 under Sukan by

SEBERANG JAYA: Pemain dan pengunjung Karnival Futsal Harian Metro 2011 gempar apabila bunyi bingit kehadiran 150 motosikal berkuasa tinggi berkonvoi hadir memberikan sokongan kejohanan berkenaan di Safira Sports Planet, di sini, petang semalam.

Kehadiran kumpulan itu memeriahkan lagi kejohanan futsal terbesar anjuran akhbar nombor satu negara yang berjaya menarik perhatian orang ramai untuk bergambar dan juga melihat motosikal berkenaan dengan lebih dekat.

Sebelum itu, konvoi berkenaan yang dirancang khas sempena kejohanan berkenaan dilepaskan Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Abdul Ghafar Ismail di Megamall Pulau Pinang sambil disaksikan Pengarang Sukan Harian Metro, Mohd Radzi Wahab.