Posts Tagged ‘Kami’

Azmi, Aidil dan Zaquan ke Johor

Posted on the October 24th, 2012 under Sukan by

Tiga pemain tonggak pasukan Angkatan Tentera Malaysia akan meninggalkan pasukan untuk menyertai pasukan Liga Super, Johor musim depan.

Jurulatih, B. Sathianathan mengesahkan bahawa Aidil Zafuan, Zaquan Adha dan Azmi Muslim tidak akan beraksi lagi untuk ATM musim depan dan akan menyertai Johor FC di Liga Super yang kini dikenali sebagai Johor.

“Kami dikatakan sebagai Manchester City Malaysia. Tetapi sebenarnya bukan kami yang patut diberi gelaran itu. Kami ingin mengekalkan mereka dalam pasukan namun apa yang ditawarkan oleh pasukan itu tidak mampu ditandingi kami,” kata Sathianathan kepada ESPNSTAR.my semalam.

“Semua pemain ini telah banyak menyumbang kepada kami. Kami terima pemergian mereka ini sebagai satu cabaran musim depan. Kami mungkin akan mendapatkan beberapa pemain muda dalam pasukan,” tambahnya lagi.

Jual isteri demi arak

Posted on the October 19th, 2012 under Luar Negara by

KERALA : Seorang lelaki di selatan India, dikatakan menjual isterinya dengan harga Rs6,000 (RM419) untuk membiayai perangai buruknya yang suka minum arak.

Akhbar Makkal Osai melaporkan, Medula Rajender, 42 tahun, bekerja sebagai buruh.

Apabila dia kehabisan wang untuk membeli arak, dia membuat perjanjian dengan seorang broker untuk menjual isterinya, Medula Ammayi, 36 tahun, Sabtu lalu.

Diana Amir Malu Lihat Lakonan Sendiri

Posted on the October 18th, 2012 under Artis by

Pelakon Diana Amir mengakui segan untuk menghadiri tayangan filem lakonannya, ‘Pe3′ kerana tidak sanggup melihat dirinya yang berpakaian seksi sebelum bertudung.

Pun begitu, Diana nyata bersyukur kerana banyak pihak termasuk tunangnya, Mohd Habib Bullah A. Rahman yang memahami situasinya sebelum berhijab.

“Alhamdulillah, tunang saya memang sangat memahami dan dia seorang yang berfikiran ke hadapan dan kerana itu jugalah dia sendiri tidak pernah mempersoalkan mengenai lakonan saya sebelum berhijrah.

Rekod kenduri kahwin terbesar kekal

Posted on the October 6th, 2012 under Tempatan by

Walaupun dihurung kontroversi, rekod kehadiran teramai ke kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam akan tetap kekal dalam Malaysia Book of Records (MBR).

“Apa yang penting bagi MBR, kami tetapkan kaedah dan peraturannya dan mereka memenuhinya.

“Berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), saya tidak boleh komen apa-apa,” kata jurucakap MBR kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada siasatan itu akan menjejaskan rekod yang dicipta.

Bernama akui foto majlis PM ‘telah diubah’

Posted on the September 21st, 2012 under Tempatan by

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo Heong.

“Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar,” katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Soo Heong.

“Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

Kecacatan gambar berpunca dari tempat dihantar

Posted on the September 20th, 2012 under Tempatan by

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo Heong.

“Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar,” katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Yong.

Lelaki terkaya Perancis pohon kewarganegaraan Belgium

Posted on the September 9th, 2012 under Luar Negara by

BRUSSELS – Lelaki terkaya Perancis dan keempat terkaya di dunia, Bernard Arnault telah memfailkan permohonan untuk menjadi warganegara Belgium, menurut beberapa laporan semalam.

Permohonan tersebut difailkan selepas Paris merancang untuk mengenakan cukai kekayaan sebanyak 75 peratus di negara berkenaan.

Akhbar Belgium, La Libre Belgique memetik seorang pegawai sebagai menyatakan, bilionair berusia 63 tahun itu yang mengetuai empayar barangan mewah LVMH telah mengemukakan permohonannya pada minggu lalu.