Posts Tagged ‘Juga’

Walaupun sudah memeluk agama Islam sejak 13 tahun lalu ia tidak menghalang seorang peniaga membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina setiap tahun bersama keluarganya.
Muhammad Ridzuan Lau Abdullah, 33, turut membuat persiapan perayaan itu dengan menyediakan angpau untuk anak saudara dan tetamu yang berkunjung ke rumahnya di kuarters Kompleks As-Saadah di sini.
Malah, dia yang lebih mesra dengan panggilan Ah Soon di kalangan keluarganya tidak sabar untuk berjumpa ibunya di kampung halaman di Teluk Kemang, Port Dickson.

PETALING JAYA: Penyanyi Black bertegas untuk tidak sesekali mendedahkan siapakah wanita yang menjadi tunangnya kerana bimbang hubungan mereka akan menimbulkan masalah di kemudian hari.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 26, berkata, alam pertunangan sebenarnya terlalu banyak dugaan malah kekasihnya juga tidak bersedia jika identitinya dikenali oleh orang ramai,
“Alam pertunangan ini banyak dugaannya, saya bimbang dengan pendedahan berlebihan mengenai tunang mungkin menimbulkan masalah lain pula nanti.

Kumpulan peminat Psy memuatkan rayuan di laman Facebook penyanyi rap Korea itu agar tidak menjadi alat politik BN dengan membuat persembahan di majlis rumah terbuka parti tersebut di Pulau Pinang.
Ramai pengguna Facebook Malaysia dikesan menyalin dan memuatkan semula rayuan berkenaan di laman berkenaan.
Ada juga yang dikesan memuatkan mesej berkenaan dalam bahasa Korea dan merayu agar Psy tidak berkunjung ke Malaysia buat masa ini.
“Jika anda memilih untuk datang ke Malaysia, anda akan menjadi alat politik BN. Ia adalah parti politik dan sangat korup dan selalu menyalahgunakan kuasa untuk menganiaya rakyat Malaysia,” mesej tersebut dipetik.

IBU mangsa keluar bersama pegawai polis dari bilik mayat Hospital Serdang.
Kajang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera anggota keluarganya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, di sini, semalam.
Difahamkan, anak sulong daripada tiga adik-beradik itu sering dirotan ibunya berusia 25 tahun kerana sikapnya yang hiperaktif dan enggan berhenti menangis.
Kanak-kanak itu ditemui tidak bernyawa oleh wanita terbabit ketika mahu mengejutkan anaknya yang tidur untuk mandi jam 11 pagi.

BEKAS Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim meletak jawatan dalam dua jawatankuasa kecil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas menerima surat pertuduhan daripada badan induk itu mendakwa beliau membuat kenyataan kepada media yang menyentuh kepimpinan FAM.
Beliau menerima surat itu hari ini, yang memintanya mengemukakan surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya.
Shahidan, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Perlis, berkata, beliau tidak akan menjawab surat itu, sebaliknya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai anggota jawatankuasa kewangan dan anggota jawatankuasa bola sepak wanita FAM.

Remaja menunjukkan aksi memegang senapang di Semenanjung Gaza.
GAZA – Lebih 3,000 remaja Palestin lulus dalam sesi pertama latihan ketenteraan anjuran pihak Hamas di Semenanjung Gaza.
Program bertujuan memupuk generasi pemimpin baru dalam perjuangan menentang Israel ini adalah pembelajaran elektif ditawarkan di setiap sekolah sejak September tahun lalu.

BACHOK: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2.0 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Beliau berkata kementerian akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan tersebut memperolehnya dalam tempoh itu.
“Bagi penerima yang uzur terlantar sakit atau disebabkan usia lanjut, mereka boleh menghantar wakil atau pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing untuk menyampaikan bantuan itu kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis kursus jentera pilihan raya yang dihadiri 300 peserta di sini Jumaat.