Posts Tagged ‘Jenayah Komersial’

Batu ajaib berharga RM100,000

Posted on the April 18th, 2012 under Tempatan by

AH TIAM menunjukkan sebutir batu permata palsu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Orang ramai khususnya warga emas dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan penjualan batu permata atau batu delima yang kononnya berkuasa ajaib sehingga mampu menyembuhkan penyakit mahupun dijadikan ubat pengasih.

Ia ekoran polis menerima 11 kes sepanjang tahun lalu yang melibatkan kerugian RM200,000 melibatkan mangsa yang membeli batu kononnya mempunyai kuasa ajaib.

83 kereta lumba haram ditahan

Posted on the April 2nd, 2012 under Tempatan by

sebahagian daripada kereta yang ditahan dalam operasi membanteras lumba haram di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Tol Skudai di sini kecoh awal pagi semalam apabila polis melancarkan operasi membanteras kegiatan lumba kereta haram.

Sebanyak 83 buah kereta yang sedang ligat menunjukkan aksi drift berjaya ditahan dalam operasi yang dijalankan Unit Khas Trafik Bukit Aman serta Cawangan Trafik, Jenayah Komersial dan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan dibantu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.

Operasi tangkap penipu Afrika

Posted on the November 23rd, 2011 under Tempatan by

KUALA LUMPUR – Pergerakan aktif dan licik Awang Hitam yang menjadikan negara ini sebagai pusat kegiatan penipuan terutamanya melalui Internet digempur polis menyebabkan 76 orang, kebanyakannya warga Afrika, ditahan dalam Ops Tiong di sini kelmarin.

Dalam operasi besar-besaran selama enam jam bermula pada pukul 11.30 malam itu, sebahagian daripada warga asing yang ditahan itu didapati terlibat dalam jenayah seperti penipuan Internet, black money dan penghantaran bungkusan.

Amil direman empat hari bantu siasatan polis

Posted on the October 30th, 2011 under Tempatan by

REDZUAN menunggu proses tahanan reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam bagi membantu siasatan kes kehilangan wang zakat sebanyak RM18,000 tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Polis mendapat perintah reman selama empat hari bermula semalam terhadap bekas imam masjid di Kulaijaya di sini, Redzuan Mohd. Said bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang zakat fitrah sebanyak RM18,000 tahun lepas.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail berkata, polis akan meneruskan siasatan terhadap lelaki berusia 28 tahun itu.

Amil serah diri kerana keluarga malu

Posted on the October 29th, 2011 under Tempatan by

JOHOR BAHRU – Disebabkan malu wajahnya disiarkan di akhbar, bekas imam di sebuah masjid di Kulaijaya di sini akhirnya menyerah diri kepada polis semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan wang zakat fitrah tahun lepas.

Menurut Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail, bekas imam itu, dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Katanya, suspek bertindak demikian apabila dihubungi ahli keluarga yang memujuk agar dia menyerah diri setelah malu wajahnya disiarkan di televisyen dan akhbar.

Datuk palsu Singapura terjerat

Posted on the October 28th, 2011 under Tempatan by

JOHOR BAHRU – Tembelang seorang rakyat Singapura yang menyamar ahli perniagaan bergelar Datuk untuk menipu wang hampir RM1 juta milik seorang lelaki terbongkar apabila dia ditahan di rumahnya di Jalan Setia Tropika di sini 21 Oktober lalu.

Suspek bergelar Datuk Mohd. Shah berusia 58 tahun tersebut ditahan selepas polis menjalankan siasatan berhubung empat laporan yang dibuat seorang ahli perniagaan apabila dia gagal mendapatkan perkhidmatan seperti yang ditawarkan.

Antara perkhidmatan itu ialah mendakwa mampu membantu mangsa mendapatkan lesen senjata api, kontrak membuat longkang, mendapatkan nombor pendaftaran WWW 1 bersama kelulusan memakai cermin gelap dan pinjaman hingga RM5 juta.

Difahamkan, suspek telah bergiat sejak beberapa bulan lalu dan telah memperdaya beberapa lagi individu.

Anjur seminar tipu orang

Posted on the October 26th, 2011 under Tempatan by

KUALA LUMPUR – Hanya bermodalkan bijak berkata-kata, seorang wanita mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit pada satu-satu masa selepas memperdaya sejumlah mangsa menghadiri temu duga dan seminar.

Lebih mudah, wanita itu menggunakan kemudahan Internet serta kain rentang bagi mengiklankan kegiatan jenayahnya untuk mencari mangsa bagi menghadiri temu duga dan seminar yang tidak wujud.

Bagi meyakinkan mangsa, suspek licik berusia 30-an itu turut menempah bilik atau dewan seminar di mana-mana hotel.

Suspek akan membayar tempahan hotel itu menggunakan cek yang akaun miliknya sudah ditutup.