Posts Tagged ‘Hujan’

KUALA TERENGGANU – Ribut Sunamo dijangka menyebabkan angin kencang serta hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir gelombang ketiga di negeri ini.
Ribut tropika dengan kekuatan 112 kilometer (km) sejam itu kini berlegar di perairan Laut China Selatan, namun orang ramai tidak perlu panik kerana ia dijangka tidak akan membadai negara ini.

Sekumpulan pelajar sekolah di anggarkan kira-kira 20 orang [dalam gambar] sedang tidur, lelaki dan perempuan dalam satu bilik yang sempit.
Awal tahun ini diberitakan bahawa bangunan kayu iaitu hostel yang menempatkan pelajar2 ini telah runtuh. Kejadian itu menyebabkan 5 pelajar perempuan cedera teruk, dan 13 mengalami kecederaan di tubuh badan mereka.
Sekolah tersebut ialah SK Punan Ba in Belaga. Hampir setahun berlalu namun bangunan mereka masih tidak siap. Tahun ini [2012] mereka telah melalui hari2 yang teruk [waktu persekolahan], di mana tidur di bilik yang sempit, bila hujan, mereka basah disebabkan bumbung bocor, tiada bantal, selimut apatah lagi terpaksa bersabar dengan kehadiran nyamuk.
Persoalannya, sampai bila pelajar2 ini harus berhadapan dengan suasana seperti ini?

KUALA LUMPUR – Sambil menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan “pilihan raya yang biasa”, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas kekhilafan yang wujud masa-masa lalu.
Dilihat cuba menjelaskan bahawa pengundi tidak sewajarnya menghukum atas kesilapan dan kelemahan yang wujud sebelum ini pada PRU13, Presiden Umno berkata, “bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah.”
“Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan,” kata beliau yang awal tahun ini pernah menzahirkan perkara yang sama di Selangor dan Kedah.

Jalan Berkeley, berhampiran Cheltenham dipenuhi dengan taburan rumpai laut menyebabkan rumah-rumah, taman dan kereta di satu jalan pinggir bandar bersepahan dengan alga hijau yang berbau.
Saksi yang juga seorang jurutera, Richard Overton dan isterinya, Kay, telah mengumpul sebaldi penuh lendir dari halaman depan rumah mereka. Beliau berkata amat kagum melihat keluar tingkap apabila rumpai laut bertaburan di laman rumah selepas ribut kuat.
“Saya pernah mendengar cerita hujan ikan yang diambil dan dibuang oleh ribut taufan tetapi tidak pernah pula rumpai laut. Saya sungguh terkejut. Kami mendapati terlalu banyak rumpai laut di taman kami dan ia adalah begitu ganjil.” kata beliau.

ORANG ramai berlindung di sebuah dataran selepas dua gempa bumi melanda daerah Yiliang di wilayah Yunnan kelmarin.
SHANGHAI – Pasukan penyelamat di barat daya China cuba untuk sampai dan membantu penduduk di pedalaman semalam selepas sekurang-kurangnya 89 orang terkorban manakala ribuan bangunan turut rosak dalam bencana gempa bumi berkembar, lapor media negara berkenaan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, dua gempa bumi cetek berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan pergunungan di China kelmarin dengan angka kematian dijangka terus meningkat ekoran ketibaan laporan dari beberapa kawasan yang terputus hubungan.

BEGINILAH keadaan sebuah ambulans yang terbalik hingga menyebabkan pemandu dan seorang jururawat cedera dalam kemalangan di Kuching semalam.
KUCHING – Seorang pemandu ambulans dan seorang jururawat nyaris cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki itu terbabas lalu terbalik di atas pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Wan Alwi di sini semalam.
Kejadian pukul 4 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Hospital Pakar Kuching, Tabuan Stutong di sini ke Tabuan Dayak untuk mengambil pesakit. Jarak antara dua tempat itu kira-kira tiga kilometer.

Kejadian alam seperti banjir besar,hujan lebat merupakan fenomena biasa yang terjadi di atas muka bumi ini. Terdapat satu lagi yang boleh dianggap unik. Satu fenomena alam luar biasa yang jarang berlaku menyebabkan kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan dibanjiri oleh air buih ‘Cuppuccino’.
Buih-buih itu jelas kelihatan melimpah sehingga melebihi pesisir pantai dan masuk ke kawasan tempat awam. Boleh lihat gambar di bawah.