
NEW YORK – Seorang penganut Kristian Koptik kelahiran Mesir yang menghasilkan filem anti-Islam dan mencetuskan protes di seluruh dunia Islam menyatakan dia tidak menyesal menghina Nabi Muhammad SAW, menurut satu temu ramahnya dengan akhbar New York Times.
Dalam komen umum pertama sejak filem berdurasi selama 14 minit bertajuk Innocence of Muslims mencetuskan kemarahan pada September lalu, penganut Kristian tersebut, Mark Basseley Youssef memberitahu New York Times, dia mahu mendedahkan apa yang digelarnya ‘kebenaran sebenar’ dan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dilakukan atas nama Tuhan.
Filem itu turut menyentuh tentang sentimen anti-Amerika di negara Arab dan dunia Islam.

SEBAHAGIAN orang berhimpun bagi membantah filem menghina Nabi Muhammad di Dhaka semalam.
DHAKA – Kebanyakan sekolah, kedai dan pejabat ditutup di Bangladesh semalam kerana membantah filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.
Ribuan polis mengawal bandar raya Dhaka yang merupakan ibu kota negara ini.

Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam. – Foto ihsan
BEBERAPA individu sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims menerima protes daripada umat Islam seluruh dunia sehingga membawa kematian seorang duta Amerika Syarikat (AS).
Treler filem amatur yang berdurasi 13 minit itu dikenal pasti sebagai salah satu sebab di sebalik demonstrasi anti-AS di Timur Tengah yang membawa kepada kematian Duta AS ke Libya, Christopher Stevens dan tiga yang lain di Benghazi, Libya, awal minggu lalu.

KUWAIT: Pihak berkuasa Kuwait menahan seorang lelaki kerana menghina Nabi Muhammad melalui akaun Twitter, kelmarin.
Kementerian Dalam Negara Kuwait berkata, lelaki terbabit – yang tidak didedahkan identitinya – dianggap menghina Islam dan nabi, sahabat dan isteri baginda.
“Suspek kini masih disoal siasat pihak berkuasa sebelum didakwa di mahkamah,” kata kenyataan kementerian berkenaan dan disiarkan agensi berita Kuna, semalam.
Amalan menghina nabi boleh menyebabkan seseorang murtad, tetapi di Kuwait, ia tidak dikenakan hukuman mati seperti di Arab Saudi.

RIYADH – Penulis dan wartawan Arab Saudi, Hamza Kashgari, yang ditahan di penjara Al-Hair di Riyadh selepas didakwa menyiarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad saw di laman Twitternya, telah bertaubat secara rasmi di hadapan mahkamah di sini, Selasa lalu.
Menurut laporan akhbar tempatan, Al-Madinah, kelmarin, apa, ibu, adik-beradik dan peguamnya hadir pada sesi mahkamah itu.
Sumber yang rapat kepada kes tersebut percaya catatan dokumen mengenai pernyataan taubat Kashgari di hadapan hakim mahkamah adalah satu perkembangan yang penting dalam kes itu.