Posts Tagged ‘Halim Islam’

Jalan hidayah boleh datang dari mana sahaja. Tak pernah disangka. Sungguh misteri. Jika Allah menghendaki memberi hidayah kepada seseorang, tak ada seorang pun yang boleh menghalangnya.
Anugerah hidayah Islam diperolehi oleh seorang polis wanita England. Islam datang dalam hidupnya bermula apabila ia termasuk kes keganasan rumah tangga seorang wanita.
“Saya rasa Saya jatuh cinta dengan Islam.”

Hafiz (penghafal Al-Quran) dan juga pemimpin negara. Itulah dua gelaran yang disandang oleh Mohammed Mursi dan Ismail Haniya.
Mursi tercatat sebagai Presiden Mesir pertama yang hafal Al-Quran. Beliau yang mempunyai nama lengkap Mohammed Mursi Issa Ayyat ini bersama isteri dan seluruh ahli keluarganya adalah penghafal Alquran.
Mursi menjadi Presiden ke-5 Mesir sejak 30 Jun 2012 yang lalu. Mursi menjadi Anggota Parlimen di Majlis Rakyat Mesir pada penggal tahun 2000-2005 dan seorang tokoh terkemuka di Ikhwanul Muslimin.

Puluhan pejuang yang berasal dari Chechnya meninggalkan lapangan terbang Heathrow, London minggu lalu untuk tujuan ke Istanbul bagi menyusup masuk ke Syria melalui sempadan Turki dan bergabung dengan kumpulan lain dari pejuang mujahidin bersenjata dalam perang melawan Damsyik.
39 pejuang tersebut bukanlah kumpulan pertama dari Chechen yang pernah dihantar ke Syria. Sebelumnya, ketika awal pejuang bersenjata menentang kerajaan Damsyik, puluhan pejuang Chechnya sudah berada dalam antara pasukan asing pertama yang dihantar ke Syria melalui Turki, Azerbaijan, Georgia, dan Britain.
Chechnya yang merupakan sebahagian dari wilayah Rusia telah menyatakan kebebasan politik dan bebas meskipun mendapat penentangan dari kerajaan pusat militar di Moscow.

Pembaca berita televisyen ini tidak dapat menahan kesedihan apabila membacakan berita berkenaan seorang anak kecil, Muhammad Dhiya’ yang ditembak oleh Rejim Bashar.
Ayah Muhammad Dhiya’ menjerit-jerit supaya Rejim Bashar berhenti daripada menembak untuk menyelamatkan anaknya, namun permintaannya itu tidak dipedulikan hingga anaknya terbunuh dengan kejam.
Sama-samalah kita doakan semoga umat Islam di Syria diselamatkan dari kezaliman pemimpin dan pemerintahan yang zalim.

Karawang Raka, Indonesia – Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim. Berdasarkan berita yang beredar di tengah-tengah masyarakat di sana, dua pasangan itu ialah bukan pasangan suami isteri yang sah, melainkan dua orang yang curang.
Keduanya, dikhabarkan sama-sama sudah berkeluarga. Dari gambar yang tersebar dari telefon ke telefon, nampak dua jasad tengah berpelukan. Di gambar itu kelihatan, badan orang yang berada di atasnya telungkup dan bahagian buntutnya ditutupi kain sarung. Sementara tangan wanita yang berada di bawahnya dalam kedudukan memeluk bahu lelaki itu.
Kedua-dua jasad tersebut berada dalam beg jenazah berwarna kuning. Nampak juga dua orang berpakaian seragam serupa polis, sepertinya tengah menunjukkan mayat dua orang yang sedang berzina ini.

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.
“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.
Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Isteri Presiden Mesir Mohamed Mursi, Najla Mahmud, menolak digelar sebagai ‘first lady of Egypt’. Gelaran itu menurutnya hanya berlaku untuk Jihan Sadat dan Suzan Mubarak. Ia lebih suka disebut sebagai Ummu Ahmed.
Menurutnya, Islam mengajar bahawa Presiden Mesir seterusnya adalah pelayan Mesir nombor satu, maka bermakna bahawa dirinya adalah merupakan pelayan wanita Mesir nombor satu.
Oleh sebab itu, Najla dengan tegas menyatakan, tidak ada istilah ‘first lady of Egypt’ dalam kamusnya.