Posts Tagged ‘Graduan’

Suspek kes rogol yang didakwa di mahkamah Khamis. Mereka akan dihadapkan di mahkamah esok. – Foto ihsan Mirror UK
NEW DELHI – Gadis yang dirogol dan diserang lebih dua jam oleh sekumpulan lelaki sebelum dia dicampak dari bas bersama rakan lelakinya di New Dehli bulan lalu, sebelum ini hanya dikenali sebagai ‘Anak Perempuan India’.
Tetapi hari ini, bapa gadis malang itu tampil mendedahkan namanya – Jyoti Singh Pandey.
Badri Singh Pandey, 53, memberitahu The Sunday People: “Kami mahu dunia tahu nama sebenar dia.”

UGUT…suspek (kanan) mengarahkan pekerja salun membuka mesin penyimpan wang.
KUALA KRAI: Seorang penjenayah sempat menyuruh seorang tebusannya bertanya kepada polis berapa lama dia dipenjarakan jika ditangkap dan turut menangis teresak-esak selepas menyamun salun di Jalan Besar Guchil, di sini, semalam.
Dalam ‘drama tebusan’ jam 2.20 petang itu, suspek berusia 27 tahun memakai topi keledar bertutup muka dan bersenjatakan pistol palsu memasuki salun berkenaan yang terletak di tingkat atas kedai dua tingkat.
Dia menjadikan enam orang iaitu empat pekerja, seorang warga emas berusia 68 tahun yang juga bapa kepada pemilik salun dan seorang pekerja restoran yang kebetulan menghantar baki wang membeli roti kepada seorang pekerja salun berkenaan sebagai tebusan.

ANGGOTA bomba menjalankan siasatan selepas api dapat dipadamkan sepenuhnya.
TAIPING – Jeritan seorang kanak-kanak sebaik ternampak api berjaya menyelamatkan nyawa lima ahli keluarganya namun pada masa sama terpaksa menerima hakikat bahawa empat yang lain terkorban dalam kebakaran sebuah banglo di Taman Pegawai Kanan, Assam Kumbang dekat sini semalam.
Kejadian pukul 12.24 tengah malam itu mengakibatkan akauntan Royal Bank of Scotland di Kuala Lumpur, Mohd. Hakimi Zubair, 40; isterinya, seorang pakar IT, Leila Sahak, 40; anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Rizki, warga Indonesia, lemas akibat terhidu banyak asap.

Beliau adalah seorang yang terpelajar, graduan Universiti, tetapi banyak perasaan marah terhadap kerajaan England, marah terhadap orang sekeliling dan disebabkan perasaan marah tu, beliau menjadi pemuzik ‘Punk Rock’ dan beliau sendiri mengaku beliau semasa zaman jahilnya, adalah seperti Iblis, begitu hina beliau rasa semasa beliau jahil kerana cara kehidupan beliau. Rakaman ini, sebenarnya membuatkan kita rasa sangat malu dengan diri sendiri. Malu dengan brother Abdul Malik (walaupun tak pernah berjumpa).
Kenapa kita patut malu? Sebab kita dilahirkan Islam, dilahirkan di dalam keluarga Islam; agama yang SEBENAR-BENAR AGAMA. Akan tetapi apabila nak belajar tentang bab ilmu agama, kita ambil sambil lewa. Bukan tidak dihantar belajar agama, akan tetapi, tidak ada rasa ‘nikmat’ dan ‘manis’ dalam agama sendiri. Masa kecik, kita solat sebab takut dipukul, mengaji sebab mak/ayah paksa kita mengaji. Seolah-olah tidak diberi penerangan KENAPA kita mesti mengaji, KENAPA manisnya beribadah, KENAPA kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Bila diberi penerangan tentang dosa dan pahala, tidak dapat digambarkan ngerinya neraka dan indahnya syurga.
Brother Abdul Malik kata di dalam rakaman di atas, “There’s only ‘revert’ in Islam, there’s no room for convert”.

Dr Ezani Farhana memegang replika cek kemenangannya bernilai RM100,000.
KUALA LUMPUR: Juara Masterchef Malaysia musim pertama Dr Ezani Farhana Md Monoto berkata jolokan ‘chef selebriti’ yang diberikan oleh peminat program realiti masakan itu telah menimbulkan perasaan serba salah kepadanya.
Wanita berusia 26 tahun itu berkata perasaan itu wujud kerana dia bukan seorang chef profesional tetapi sekadar meminati bidang masakan dan menjuarai pertandingan tersebut secara kebetulan.
KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di Asia oleh QS World University Ranking 2011 baru-baru ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Abdul Rahim Mohd Noor berkata, kejayaan itu, hasil penganugerahan yang telah diberikan kepada Unimas atas kejayaan penyelidikan bertaraf antarabangsa universiti itu dalam beberapa bidang profesional.
“Untuk menjadi sebuah universiti ‘emas’, Unimas mesti memiliki golongan akademik, intelektual serta cendekiawan yang terbaik dalam menghasilkan graduan yang berstatus emas dan kelas pertama,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kunci Dewan Tun Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra) di Kampus Barat Unimas di sini semalam.
Beliau berkata, untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di Unimas, universiti yang kini berusia 19 tahun itu juga, mesti menarik lebih ramai pelajar asing mengikuti pengajian di situ dengan menjalin lebih banyak kerjasama dengan universiti luar negara.
KALI pertama bersua muka dengan wanita yang menerima antara gaji paling mahal di dunia, Pamela Patsley merupakan satu memori yang amat bermakna kerana beliau merupakan individu yang tidak sombong.
Patsley, 55, merupakan wanita Dallas, Amerika Syarikat (AS) yang amat peramah dan sering melontarkan jenaka sewaktu temu bual diadakan.
Malah, Patsley, Ketua Pegawai Eksekutif MoneyGram International (MoneyGram) ketika ditemui di Kota Kinabalu baru-baru ini turut berkongsi rahsia tentang kegemarannya memasak untuk keluarga, membaca buku pada waktu lapang dan mengembara.