Posts Tagged ‘Gempa Bumi’

5 maut tsunami landa Kepulauan Solomon selepas gempa bumi

Posted on the February 7th, 2013 under Luar Negara by

SYDNEY – Satu gempa bumi kuat di perairan Kepulauan Solomon mencetuskan ombak tsunami setinggi 1.5 meter semalam yang merosakkan puluhan buah rumah dan menyebabkan lima orang hilang di kepulauan berkenaan di Lautan Pasifik.

Semua mangsa yang hilang itu dikhuatiri mati.

Pihak berkuasa kemudian membatalkan amaran tsunami di pantai-pantai yang terletak jauh dari lokasi gempa bumi.

Korban gempa bumi cecah 89 orang

Posted on the September 9th, 2012 under Luar Negara by

ORANG ramai berlindung di sebuah dataran selepas dua gempa bumi melanda daerah Yiliang di wilayah Yunnan kelmarin.

SHANGHAI – Pasukan penyelamat di barat daya China cuba untuk sampai dan membantu penduduk di pedalaman semalam selepas sekurang-kurangnya 89 orang terkorban manakala ribuan bangunan turut rosak dalam bencana gempa bumi berkembar, lapor media negara berkenaan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, dua gempa bumi cetek berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan pergunungan di China kelmarin dengan angka kematian dijangka terus meningkat ekoran ketibaan laporan dari beberapa kawasan yang terputus hubungan.

Gempa Bumi Kuat Gegar Selatan Jawa

Posted on the June 4th, 2012 under Tempatan by

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Selatan Jawa, Indonesia pada 7.18 malam Isnin.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 185 kilometer di barat daya Sukabumi, Indonesia dan 1,117 kilometer tenggara Johor Baharu.

Bagaimanapun, tidak ada ancaman tsunami dilaporkan.

Sementara itu, di JAKARTA, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia melaporkan beberapa kawasan termasuk Bandung, Tasikmalaya, Bogor dan Jakarta Selatan turut merasai gegaran gempa tersebut. – BERNAMA

Subhanallah! Fenomena Ikan Aneh Sebelum Tsunami

Posted on the May 24th, 2012 under Luar Negara by

Ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di luar Pantai Sendai di Jepun 11hb Mac 2011 lalu, sebuah persisiran pantai di Mexico telah ‘dihadiri’ jutaan sekumpulan besar ikan pelik berbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis. Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak.

Bagi nelayan di kawasan Pantai Acapulco, Mexico, ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka hanya menggunakan pukat, bakul dan apa sahaja yang tercapai untuk menangkap ikan-ikan tersebut.

“Di sana dalam 20 hingga 30 orang nelayan bersama-sama anak-anak mereka mengambil kesempatan atas fenomena ini”, ujar Carlos Morales yang turut teruja menyaksikan fenomena ikan pelik tersebut.

Utara Semenanjung terdedah kepada tsunami

Posted on the April 30th, 2012 under Tempatan by

BATU FERINGGHI — Negeri di utara Semenanjung termasuk Pulau Pinang terdedah kepada gegaran kuat dan ancaman tsunami jika berlaku gempa bumi kuat di dasar laut Kepulauan Andaman, Nicobar dan perairan Sumatera Utara.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Dr. Yap Kok Seng berkata, gempa kuat di ketiga-tiga lokasi itu boleh menyebabkan tsunami melanda pulau ini dalam tempoh tiga jam 20 minit dengan ketinggian ombak sehingga empat meter.

Ini adalah hasil kajian yang dilakukan jabatan ini susulan kejadian tsunami pada 2004, yang mana sekalipun Malaysia terletak di luar Lingkaran Api Pasifik, negara ini masih terdedah kepada bahaya jika gempa berlaku di negara jiran, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tiga Gempa Bumi Landa Aceh

Posted on the April 29th, 2012 under Luar Negara by

Gempa kembali melanda Aceh dan kawasan sekitarnya. Menurut informasi Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika, ada tiga gempa melanda Kabupaten Simeuleu, 29 April 2012.

Gempa pertama pertama terjadi pukul 09.13 WIB di 721 kilometer Barat Daya Kabupaten Simeuleu. Gempa berkekuatan 5.2 skala richter itu berada di 2.12 Lintang Utara dan 89.62 Bujur Timur dengan kedalaman 10 km.

Sekitar 47 minit kemudian terjadi lagi gempa susulan di 239 kilometer Barat Daya Simeuleu. Gempa berkekuatan 5.9 skala richter.

Gempa kuat landa Sumatera Utara, tiada tsunami

Posted on the April 21st, 2012 under Luar Negara by

KUALA LUMPUR – Gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 7.14 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini melaporkan, pusat gempa itu terletak di 296km barat daya Simeulue, Indonesia, dan 790km di barat daya Kampar, Perak.