Posts Tagged ‘Gangsa’
SKUAD pecut ke Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat masih mencari kombinasi terbaik untuk meraih pingat buat negara selepas dicabar hebat trio Jepun dan China.
Ketua jurulatih negara, John Beasley hanya akan memutuskan senarai terakhir tiga pelumba selepas menilai tahap semasa pelumba negara yang mungkin dibarisi Azizulhasni Awang, Josiah Ng, Rizal Tisin dan Muhmmad Edrus Md Yunos. Bagi Josiah, pemenang pingat emas Sukan Komanwel, New Delhi, dia meletakkan sasaran tinggi di kejohanan ACC yang menawarkan mata untuk kelayakan Sukan Olimpik.
Katanya, barisan ini perlu meraih pingat untuk memastikan kedudukan selesa kerana hanya dua pasukan terbaik Asia layak ke Sukan Olimpik.
“Saya meletakkan sasaran tinggi untuk ACC ini terutama acara berpasukan. Bagaimanapun, kombinasi tiga pelumba belum diputuskan kerana Beasley kini menilai pencapaian setiap pelumba.
AZIZULHASNI Awang membawa misi tersendiri apabila turun di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) yang berlangsung di Korat, Thailand bermula Rabu ini.
Biarpun kejohanan itu penting untuk dirinya mengumpul pingat dan mata bagi kelayakan ke Sukan Olimpik, Azizul perlu lebih berwaspada dan tidak terlalu ghairah.
“Saya harap tidak cedera. Itu yang penting kerana jadual pertandingan terlalu padat. Jika cedera ia memerlukan masa untuk pulih kerana saya perlu beraksi di siri keempat Piala Dunia Klasik di Manchester 18 Februari ini dan Kejohanan Dunia, Mac ini.
“Apa boleh saya katakan akan cuba untuk menang dalam satu atau dua acara kerana tahun lalu saya gagal melaksanakannya,” katanya.
“BERLATIH di Pusat Latihan Ranau satu tindakan yang tidak logik,” itulah yang ditegaskan oleh atlet 400 meter lari berpagar wanita negara, Noraseela Khalid.
Bagi atlet senior yang juga pemegang rekod kebangsaan acara itu menegaskan, tiada gunanya dia ke Ranau kerana kemudahan di Kompleks Sukan Bukit Jalil sudah mencukupi terutama dengan adanya trek baru yang dinaikkan taraf.
“Mengapa saya perlu ke sana. Ia tetap sama kerana saya masih juga tidak mempunyai jurulatih.
“Jika keluar, lebih baik saya ke Afrika Selatan. Di sana lebih banyak pertandingan dan saya juga mempunyai jurulatih. Bagi saya latihan di Bukit Jalil sudah mencukupi kerana semuanya ada di sana.
ATLET bowling lelaki negara menghadiahkan pingat emas pertama di Kejohanan Tenpin Bowling Asia di Abu Dhabi menerusi acara trio, semalam.
Skuad sebelum itu turut diceriakan dengan penambahan satu lagi pingat perak menerusi trio wanita, Siti Shazwani Ahmad Suhaimi, Jacqueline Sijore dan Zatil Iman Abdul Ghani yang bangkit daripada kedudukan tempat kelima, kelmarin untuk mengumpul jumlah keseluruhan 3,821 jatuhan pin namun gagal mengejar pasukan Korea apabila ketinggalan 30 jatuhan pin.
Kejayaan barisan lelaki dan wanita negara itu menunjukkan satu peningkatan memberangsangkan terutama ketika percaturan Persatuan Tenpin Bowling Malaysia menggabungkan pemain senior dan pelapis membuahkan hasil.
Trio lelaki negara dibarisi Muhd Nur Aiman Khairuddin, Mohd Syafiq Ridhwan dan Aaron Kong (gambar) bermula cemerlang apabila mendahului 36 pencabar selepas menamatkan saingan tiga game dalam blok pertama dengan aksi yang terus konsisten.
GANDINGAN dua bekas juara kebangsaan, Muhammad Safiq Ridhwan Abdul Malek dan Fahmi Bahri Sulaiman memastikan Malaysia berjaya meraih pingat emas acara beregu lelaki pertandingan tenpin bowling Sukan Universiti Asean (AUG) di Chiang Mai, semalam.
Emas ketiga negara selepas empat hari temasya dwitahunan edisi ke-15 itu berlangsung ternyata lebih manis apabila satu lagi gandingan Mohammed Noer Zul Qhimie Said dan Muhammed Ozir Zuri menyapu perak dengan meninggalkan wakil Filipina, Carl Mathew Lim dan Jayson Tubid di tangga ketiga.
Safiq, juara kebangsaan 2009, melakukan 1,354 jatuhan pin manakala Fahmi, juara kebangsaan 2008, pula 1,356 untuk mengumpul keseluruhan 2,710 meninggalkan Noer dan Ozir dengan perbezaan 30 jatuhan pin.
Juara perseorangan lelaki, Jayson dan Mathew pula hanya mencatat 2,521 jatuhan pin.
TERSENARAI atau tidak dalam program ‘Road To London 2012’, semua jenis sukan dipertandingkan pada temasya itu mempunyai peluang seimbang untuk layak.
“Perbezaannya adalah peruntukan kewangan dan sokongan beberapa aspek diterima apabila berada dalam program itu,” kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi (gambar) ketika ditemui di pejabatnya semalam.
Beliau mengulas keputusan dicapai pada mesyuarat pengelola Majlis Sukan Negara (MSN) yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk memasukkan skuad hoki lelaki kebangsaan dan menembak dalam program itu.
Menurut Ahmad Shabery lagi keputusan itu adalah kerana pencapaian di Sukan Asia dan Komanwel apabila menembak menyumbang dua emas di India dan satu gangsa di China manakala hoki berjaya ke perlawanan akhir untuk pertama kali walaupun tewas kepada Pakistan.
CHEF De Mission Sukan Asia Guangzhou, Datuk Zolkples Embong pastinya menjadi individu paling gembira ketika ini selepas kontinjen negara berjaya menepati sasaran dengan sembilan pingat emas, 18 perak dan 14 gangsa.
Apa pula harapan dan cabaran yang menanti atlet negara selepas ini? Ikuti luahan beliau pada hari terakhir temasya sukan terbesar Asia yang berakhir semalam.
METRO AHAD (MA): Kebanyakan atlet seperti Datuk Lee Chong Wei, Azlan Iskandar, Alex Liew dan R Puvaneswaran semakin berusia dan mungkin tidak akan lagi beraksi di Sukan Asia selepas ini. Adakah ini akan menjejaskan sasaran kita dalam edisi berikutnya.
DATUK ZOLKPLES EMBONG (ZE): Sudah tentu kita akan teruskan semua program termasuk pembangunan atlet pelapis selepas ini tapi sama ada mereka akan mampu menggantikan atlet seperti Datuk Nicol David atau Azlan dengan segera tertakluk kepada banyak faktor.
Sama ada ia berkait dengan bakat yang mereka miliki ataupun keberkesanan program yang dilaksanakan semua itu akan mempengaruhi.