
Corak lingkaran misteri di ladang gandum Wilbur itu dikatakan kelihatan seperti telinga watak animasi, Mickey Mouse.
SEATTLE – Penduduk di sekitar, Wilbur, timur Washington gempar dengan kemunculan lingkaran misteri di ladang gandum berhampiran kawasan pengeluar hidro kuasa terbesar di Amerika Syarikat pada minggu lalu.
Pemilik ladang itu, Greg dan Cindy Geib berkata, corak lingkaran misteri itu dikatakan menyerupai telinga watak animasi Mickey Mouse.

SEEKOR biri-biri yang bernama Peng Peng cuba berdiri di sebuah ladang di Urumqi, Xinjiang pada 26 Mac lalu.
HONG KONG – Sekumpulan saintis China mengklonkan seekor biri-biri modifikasi genetik bercirikan lemak ‘baik’ yang ditemui secara semula jadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau.
Biri-biri berkenaan, Peng Peng yang mempunyai gen cacing bulat dilahirkan dengan berat 5.74 kilogram di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang, barat China pada 26 Mac lalu.

Seorang lelaki menjual sejenis makanan tradisional masyarakat Kashmir di pasar Lal Chowk sempena sambutan Aidiladha di Srinagar, kelmarin.
Masakan mereka mencakupi berbagai masakan khas dari berbagai kawasan di India. Ciri khas masakan India adalah pemakaian bumbu serta rempah-rempah yang beraneka ragam. Makanan pokok orang India adalah beras (terutama di India selatan dan timur) dan gandum di India bagian timur.
Sinar

PENDUDUK Muslim Pakistan bertolak ke Makkah untuk tunaikan haji.
Batu Gua Hira didakwa berkat, bijirin burung sembuh penyakit
MAKKAH: Jemaah yang tiba di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah tanpa mempunyai ilmu serta keyakinan Islam kukuh, dilihat mempunyai kecenderungan menyimpang daripada ajaran agama termasuk mempercayai batu tertentu boleh mengubati penyakit.
KUALA LUMPUR: Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2010 menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendominasi kemenangan pada malam pertama apabila meraih 16 anugerah daripada 31 anugerah yang dipertandingkan, Jumaat.
Dalam acara yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, RTM meraih sembilan anugerah menerusi kategori TV dan tujuh anugerah bagi kategori radio.
Antara kategori yang dimenangi oleh RTM antaranya Bicarawara Radio Terbaik, Skrip Radio Terbaik, Buletin Radio Terbaik dan Rancangan TV Terbaik.
Manakala stesen televisyen Media Prima pula merangkul enam anugerah antaranya Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik, Pengimbangan Muzik TV Terbaik dan Laporan Khas Berita TV Terbaik.