Posts Tagged ‘Faizal’

Maut direjam batu-batu akibat masalah meletak kereta

Posted on the August 3rd, 2012 under Tempatan by

MELAKA: Akibat pertelingkahan keluarga berpunca daripada masalah meletak kereta, seorang jurujual maut dalam satu pergaduhan membabitkan lebih 20 individu di sekitar Tanjung Kling, dekat sini.

Mangsa, Mohd Faizal Harun, 34, pada mulanya cedera parah di kepala selepas dibaling batu bata ketika pergaduhan kira-kira jam 5 petang 28 Julai lalu, namun disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.50 malam Selasa lalu.

Menurut sumber, pergaduhan itu berpunca apabila sebuah kereta terhalang ketika mahu keluar rumah, menyebabkan berlaku pertikaman lidah dengan anggota keluarga yang tinggal bersebelahan.

Kepala berasap, Galah Aluminium tersangkut kabel elektrik

Posted on the July 24th, 2012 under Tempatan by

IPOH: “Dia menggelupur hampir tiga minit ketika badannya terkena renjatan elektrik dan saya nampak kepala serta tubuhnya berasap,” kata Mohd Faizal Abdul Aziz, 23, yang melihat rakannya, Riduan Hashim, 31, terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, batang galah aluminium yang digunakan Riduan ketika mengait buah kelapa terkena kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik. Bagaimanapun, mangsa terselamat daripada maut dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Faizal berkata, insiden berlaku ketika dia dan Riduan mengait kelapa tua untuk dijual selepas mereka mendapat tempahan sempena Ramadan.

Bapa terjun tingkat Kondo 21 bersama dua anak

Posted on the June 28th, 2012 under Tempatan by

SERDANG – Hati seorang ibu bukan sahaja remuk malah, sehingga kini masih tidak dapat menerima perbuatan suaminya yang bertindak membawa dua anak kesayangannya ke tingkat 21 Kondominium Hulu Langat Jaya, Batu 9, Cheras sebelum ketiga-tiga mereka terjatuh lalu mati malam kelmarin.

Eksekutif kanan sebuah pejabat pinjaman di Kuala Lumpur itu hanya mampu meratap dan menangis teresak-esak mengenang tragedi tersebut sebaik tiba di tempat kejadian dari rumah ibunya di Bandar Tun Razak, Cheras pada pukul 9 malam.

Sepanjang berada di situ, Sharizuraidah Ridzuan, 31, cuba ditenangkan oleh sanak saudara tetapi air matanya bagaikan tidak mampu ditampung lagi dan berterusan menangis. Dia hanya kelihatan sedikit tenang ketika ditemui di Hospital Serdang di sini pagi semalam.

Malaysia tundukkan Rusia 6-2

Posted on the March 12th, 2012 under Sukan by

SKUAD hoki negara meneruskan rentak kemenangan dengan membelasah Rusia 6-2 semalam.

MALAYSIA mempamer kebangkitan yang menakjubkan ketika mencatat kemenangan kedua pada kempen Kelayakan Olimpik 2012 di London malam semalam.

Skuad skuad kendalian Tai Beng Hai ini tampil aksi yang lebih baik apabila menewaskan Rusia 6-2 di Dublin, Ireland.

Dua bayi maut tercekik susu

Posted on the January 20th, 2012 under Tempatan by

SEDIH...anggota keluarga seorang bayi maut tersedak susu menunggu di luar bilik mayat HKL, semalam.

KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki berusia tiga dan tujuh bulan yang dihantar ke sebuah taska di Taman Permata, Hulu Klang di sini maut dipercayai akibat tersedak susu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kedua-dua bayi berkenaan yang dikenali sebagai Muzafar Mohd Faizal, berusia tiga bulan dan Haris Ruhil, tujuh bulan, diberikan susu oleh pengasuh taska berkenaan sebelum tiba-tiba mereka mengalami masalah pernafasan.

Mat Zan Selesa Dengan Kelibat Pemain Import Dan Harimau Muda

Posted on the December 10th, 2011 under Sukan by

KUALA TERENGGANU, 9 Dis (Bernama) — Kehadiran tiga pemain skuad Harimau Muda dalam pasukan Terengganu sudah pasti menjanjikan saingan sengit kepada pemain merebut tempat dalam kesebelasan utama dalam mengharungi kempen Liga Super musim depan.

Jurulatih baru Mat Zan Mat Aris berkata in kerana kebolehan dan standard antara pemain Harimau Muda dan barisan pemain negeri tidak banyak berbeza malah ia mendorong semua pemain meningkatkan prestasi masing-masing bagi terpilih dalam skuad kesebelasan utama.

Pemain skuad Harimau Muda yang akan menyarung jersi Terengganu musim depan ialah Mohd Muslim Ahmad, Shukor Jusoh dan Mohd Faizal Muhamad.

200 Awang Hitam kepung anggota penguat kuasa

Posted on the December 5th, 2011 under Tempatan by

MANTIN: Akibat berang melihat rakan senegara mereka ditahan, lebih 200 Awang Hitam mengepung membantah tindakan anggota penguat kuasa dalam satu operasi di penempatan ‘Mini Afrika’ di sebuah pangsapuri berhampiran sebuah kolej swasta, di sini, semalam.

Dalam Ops Ajar yang bermula jam 9 malam dan berakhir lapan jam kemudian, seramai 111 anggota Jabatan Imigresen termasuk 30 anggota dari Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tujuh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan enam petugas media dikepung sekumpulan pelajar warga Afrika terbabit selepas seorang daripada mereka menyekat laluan utama keluar dari kolej kediaman berkenaan menggunakan sebuah kereta.

Difahamkan, tindakan kurang ajar pelajar asing itu menyebabkan seorang anggota imigresen cedera ketika bergelut untuk menggari lelaki yang membuat halangan itu, malah keadaan tegang sehingga ada antara mereka melepaskan tumbukan serta tendangan liar ke arah kenderaan penguat kuasa.