
MOHD. BAKRI menunjukkan gambar-gambar serbuan dalam Ops Soga di seluruh negara pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.
KUALA LUMPUR – Kemeriahan kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012 yang berlangsung selama sebulan berakhir pada Isnin lalu mengheret 100 individu termasuk empat orang kenamaan (VIP) ke dalam lokap kerana bertindak sebagai bookie.
Kesemua mereka yang terdiri daripada 83 lelaki dan 17 wanita berusia 20 hingga 65 tahun itu diberkas secara berasingan dalam Ops Soga di seluruh negara.

Mangsa (tengah) diselamatkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.
KOTA DAMANSARA – Kegembiraan seorang penarik kereta yang mahu bersantai bersama rakannya untuk menonton perlawanan suku akhir Kejohanan Euro 2012 antara Jerman dan Greece tidak kesampaian apabila kereta Honda City dipandunya terbabas serta berpusing beberapa kali sebelum terbalik di bahu jalan bertentangan.
Dalam kejadian pada jam 2 pagi semalam di Persiaran Kenangan Seksyen 6 itu, mangsa dikatakan cuba mengelak lembaga misteri yang secara tiba-tiba melintas jalan tersebut.

CEKUP…anggota polis menahan suspek yang cuba melarikan diri selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning, kelmarin.
GEORGETOWN: Akibat menukar saluran televisyen (TV) ketika perlawanan bola sepak Euro 2012 berlangsung, seorang lelaki cedera dipukul pelanggan lain di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning, di sini, yang tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, lelaki berusia 30-an terbabit menukar saluran televisyen ketika perlawanan di antara pasukan Russia dan Greece, menyebabkan pengunjung pusat hiburan itu tidak berpuas hati.

DUA budak lelaki menyaksikan beberapa ekor ikan yang mempunyai warna yang sama dengan bendera Jerman.
KIEL, Jerman – Beberapa ekor ikan kecil di dalam akuarium menjadi tumpuan para pengunjung di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan di sini semalam.
Ikan tersebut menjadi tumpuan kerana ia mempunyai belang hitam, merah dan kuning. Warna itu sama dengan bendera Jerman.

IKAN arowana yang bernama Big Huat dilihat oleh seorang pekerja di Ladang Ikan Qian Hu, Singapura semalam. – Reuters
SINGAPURA – Seekor ikan arowana yang bernama Big Huat memilih pasukan Sweden akan menang dalam perlawanan menentang skuad England pada Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012.
Ia membuat ramalan tersebut di Ladang Ikan Qian Hu di sini semalam.
VIENNA, Austria: Jerman mengakui pasukannya hanya berbekalkan tuah apabila jaringan kedua Mario Gomez pada minit terakhir memastikan mereka menewaskan Austria, 2-1 awal pagi semalam.
“Orang pasti berkata kami bernasib baik kerana memenangi perlawanan itu. Pasukan Austria memberi tentangan hebat dan bermain dengan baik. Kami banyak melakukan kesilapan, “ kata jurulatih Jerman, Joachim Loew selepas perlawanan itu.
“Tetapi apa yang penting dalam perlawanan seperti ini adalah keputusannya,” katanya ketika Jerman berada di landasan tepat untuk layak ke Euro 2012 menerusi kemenangan keenam mereka.
Tanpa kehadiran Bastian Schweinsteiger, Miroslav Klose dan Per Mertesacker, mereka perlu berusaha keras untuk memenangi perlawanan itu.
MANCHESTER: David Villa muncul penjaring gol terbanyak Sepanyol ketika pasukan juara dunia itu bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Republik Czech 2-1 dan menyertai tiga lagi pasukan gergasi mencatat kemenangan pada saingan kumpulan bola sepak Kelayakan Euro 2012, awal pagi semalam.
Perancis, Itali dan Belanda turut mengekalkan pendahuluan mereka di tangga teratas kumpulan masing-masing dengan kemenangan kurang memberangsangkan namun Sepanyol hampir mencetus kejutan terbesar.
Juara Eropah itu ketinggalan menerusi gol babak pertama Jaroslav Plasil sebelum Villa meledak dua gol dalam tempoh empat minit untuk mengumpul 46 gol buat negaranya, dua gol lebih daripada Raul dan melonjakkan Sepanyol enam mata di depan pasukan tangga kedua Czech dalam Kumpulan I.