Posts Tagged ‘Dirogol’

NEW DELHI – Kejadian seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun dirogol, dipercayai oleh empat lelaki, dalam sebuah bas di sini Ahad lalu mencetuskan kemarahan di seluruh India.
Kejadian itu turut membangkitkan kemarahan di kalangan ahli Parlimen hari ini, yang mendesak agar undang-undang sedia ada dipinda untuk mengenakan hukuman mati.
Polis telah menahan empat orang termasuk pemandu bas. Dua lagi masih dicari.
BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang pada Ahad menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak dirogol dan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian.
“Saya menafikan kejadian itu dan ini adalah satu tohmahan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada anggota saya di Pulau Pinang,” katanya kepada Bernama, di sini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad yang antara lain menyatakan seorang wanita Indonesia mendakwa dirogol dan dipukul dua anggota polis peronda dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu.

Kisah ini diceritakan dari seorang gadis Sunni (Ahli Sunnah wal Jama’ah) bernama Aisyah di sebuah Hospital di Istanbul Turki. Maklumat lengkap dari salah seorang saksi hidup yang selamat.
Tarikh: 15 – 28 Jun 2011
Lokasi: Kilang Gula Jisr Al-Shughour, Syria Utara, bandar Sunni, 20km dari Turki, sempadan Syria.
KEMAMAN – Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.
Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.
Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.
GEORGE TOWN – Seorang remaja lelaki melecur di kedua-dua belah paha berdekatan kemaluannya akibat disimbah sejenis cecair disyaki asid oleh sekumpulan lelaki selepas didakwa memperkosa seorang kenalan Facebook di dalam tandas sebuah pusat beli-belah di sini minggu lalu.
Sebelum kejadian pada pukul 10 malam kelmarin, pemuda berusia 18 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di pusat bandar ini sebelum dihampiri lebih tiga pemuda dipercayai ahli keluarga mangsa rogol yang dipercayai marah dengan perbuatan mangsa.
Ketika dihampiri kumpulan pemuda berkenaan, mangsa tidak sempat melarikan diri menyebabkan kedua-dua pahanya melecur 20 peratus akibat disimbah cecair dipercayai asid yang belum diketahui jenisnya.

IMEJ CCTV menunjukkan kelibat tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dan rogol di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur Ahad lalu.
KUALA LUMPUR – Penjenayah yang menyamun sebuah premis urut sebelum merogol dua wanita Vietnam di Jalan Genting Klang dekat Setapak di sini Ahad lalu kini ibarat cacing kepanasan apabila polis mengedarkan gambar suspek-suspek terlibat.
Gambar suspek yang dapat dirakam melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan kelibat seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an memakai baju berwarna biru yang mempunyai logo Superman.

KOTA KINABALU- Polis menahan seorang lelaki berumur 40 tahun yang dikaitkan dengan kes rogol dan pembunuhan kejam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Kota Matudu, Sabah.
Suspek, merupakan warga asing yang mengendalikan sebuah kedai perabot ditahan pada kira-kira pukul 10 pagi Selasa selepas mayat Norikoh Saliwah ditemui dibuang di tepi jalan dekat Kampung Ranau pada kira-kira pukul 12.40 petang pada Ahad, kira-kira 2 kilometer dari bandar Kota Marudu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Assiten Superitendan Kamaruddin Sulaiman mengesahkan penangkapan itu berkata, polis percaya budak perempuan itu dirogol dan dibunuh.