Posts Tagged ‘Datuk Seri Najib Tun Razak’

PAPAR – Pembubaran Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia menghadapi pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia…sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).
“Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN…satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di sini, hari ini.

KULAIJAYA – Kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) jika ia mendapat mandat untuk meneruskan program transformasi ekonomi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi itu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapi turut menambah pendapatan negara.
“Dengan pendapatan yang bertambah, hasilnya kerajaan akan pulangkan semula kepada rakyat seperti yang kita lakukan menerusi BR1M 1, BR1M2.0 dan BR1M 3.0,” katanya kepada lebih 10,000 yang menghadiri sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan perjumpaan dengan pemikir dan cendekiawan Islam di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 5 Mac nanti.
Mereka terdiri daripada tokoh-tokoh ulama, pemimpin, mufti, tokoh-tokoh Institusi Pengajian Tinggi (IPT), syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) dan ketua-ketua jabatan kerajaan di seluruh negara.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata, perhimpunan dan perjumpaan perdana yang dijangka melibatkan 16,000 tokoh cendekiawan Islam antara lain bertujuan bagi menjalin hubungan baik antara kerajaan dengan ulama dan umarak.

KUALA LUMPUR: Anak lelaki kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Norashman, menunjukkan kebolehannya berbahasa Mandarin ketika memberi ucapan ringkas pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina Pulau Pinang.
Norashman, 22, atau lebih mesra dengan panggilan Ashman, mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada hadirin sebelum bapanya menyampaikan ucapan pada majlis anjuran Barisan Nasional negeri itu.
“Selamat pagi rakan-rakan sekalian. Di sini saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada anda semua. Semoga termakbul segalanya seperti yang dihajatkan.

Peserta perhimpunan yang datang dari seluruh negara memenuhi setiap ruang di dalam Stadium Merdeka sehingga mencipta ‘lautan manusia’ Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR – Sambil mengucapkan “terima kasih kepada pembangkang”, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung secara aman, anjuran Pakatan Rakyat (PR), di Stadium Merdeka Sabtu lalu, menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Dipetik Bernama, Najib berkata, ia membuktikan kemampuan semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan dan semangat akta itu.
KUALA LUMPUR: Umno sentiasa menerima komen dan belajar untuk memperbaiki, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bercakap pada malam penghargaan media parti itu pada hari Sabtu, beliau berkata parti itu “sentiasa mengamalkan keterbukaan kepada kritikan dan cadangan.”
“Kami tidak menolak kritikan selagi ia tidak negatif dan berdasarkan fakta,” kata Perdana Menteri.
Najib berkata program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah lebih berwibawa berbanding dengan program-program yang dicadangkan oleh pembangkang dalam Jingga Buku.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal dakwaan kononnya beliau tidak sihat seperti yang dilaporkan dalam beberapa blog di Internet.
Semasa berucap pada pelancaran Bon dan Sukuk Yang Diniagakan (ETBS) di Bursa Malaysia di sini, Najib menegaskan bahawa beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mendengar khabar angin.
“Bursa Malaysia sihat, pasaran bon sihat, pasaran sukuk sihat dan saya juga sihat. Jadi tolong jangan percaya terhadap blog,” katanya disambut dengan tepukan hadirin.