Posts Tagged ‘Cucu’

GAMBAR rakaman CCTV menunjukkan imej salah seorang perompak yang melarikan diri selepas ditembak Abd. Jalil.
TAIPING – Seorang pegawai polis pencen membuktikan yang dia masih berbisa apabila menembak mati seorang daripada empat penjenayah yang memecah masuk banglo dua tingkat miliknya dalam kejadian di Taman Pegawai Kerajaan, Assam Kumbang di sini semalam.
Abd. Jalil Abd. Wahab, 63, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Setar, Kedah membuktikan pengalamannya sepanjang berkhidmat sebagai pegawai polis sebelum bersara pada 2005 memberinya kekuatan untuk menarik picu sepucuk revolver ke arah perompak dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu.

PETALING JAYA: Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 6.45 petang Rabu.
Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Online malam Rabu.
Alisah berkata, suaminya dimasukkan ke HKL kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

KIAN WAN di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.
SHAH ALAM – Nenek kepada 30 cucu menerima padah apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan denda RM30,000 atas kesalahan memperdagangkan tiga bayi yang berusia lima bulan ketika kejadian, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas mengenetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kajang yang melepaskan dan membebaskan Lian Kim Wan, 60, dari tuduhan tersebut.
Beliau juga memerintahkan hukuman penjara tambahan tiga tahun sekiranya gagal membayar denda.

MIKHAIL IRFAN menunjukkan batang besi yang telah dipotong pemaju selepas kejadian itu di George Town semalam.
GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas kerandut buah zakarnya terkena bucu cerucuk besi di kawasan pembinaan longkang di Kampung Masjid, Jalan Perak ketika bermain bersama rakannya semalam.
Dalam kejadian pukul 6 petang itu, Mikhail Irfan Muhamad Sofian menerima empat jahitan pada kerandut buah zakarnya selepas terjatuh atas cerucuk besi yang terpacak di kawasan pembinaan itu.

SUBANG JAYA: Atas prinsip yang bersalah wajib dihukum, seorang wanita dengan berat hati membuat laporan polis ke atas bapanya selepas lelaki itu mencabul dua cucu kembarnya yang berusia 13 tahun.
Wanita terbabit yang berusia 37 tahun hilang sabar apabila bapanya yang berusia 78 tahun beberapa kali melakukan perbuatan menjijikkan itu di rumahnya di Bukit Puchong, di sini, sejak November lalu.
Sumber polis berkata, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, jam 2 petang, kelmarin selepas kedua-dua mangsa yang juga anak saudaranya menceritakan perbuatan aib datuk mereka.

BEIRUT – Pemimpin Hezbollah di Lebanon, Sayyed Hassan Nasrallah semalam memberi amaran kepada rejim Zionis bahawa ribuan buah roket akan menghujani Tel Aviv dan beberapa bandar Israel jika tentera Yahudi menyerang Lebanon.
Beliau membuat kenyataan itu pada ucapan sempena Hari Asyura yang disambut pengikut fahaman Syiah di sini.
Hari itu disambut bagi memperingati kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Hussein dan anggota keluarga baginda sekali gus menyebabkan perpecahan antara Sunni dan Syiah.

PEKAN – Sepasang suami isteri dan cucu mereka yang berusia setahun maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori membawa buah kelapa sawit dan dua buah kereta di Kilometer 9, Jalan Salong-Chini, dekat Pekan, hari ini.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, kejadian pukul 2.30 petang itu meragut nyawa pemandu kereta Perodua Kancil, Abdul Malek Mohamed Saman, 62; isterinya, Faridah Hamzah, 56; dan cucu mereka, Nur Syafiqa Shalily Mohd Khairul Nizam, setahun; kesemuanya dari Felda Chini 4, dekat sini.
“Ketika tiba di tempat kejadian, buah kelapa sawit lebih muatan yang dibawa oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba terjatuh dan menghempap kereta Kancil,” katanya kepada pemberita di sini.