Posts Tagged ‘Celah’

NEW YORK – Pertembungan dua lagi aliran cuaca yang bertukar menjadi taufan hampir menenggelamkan kota raya New York dan menjadikan Sandy sebagai taufan paling digeruni dalam sejarah Amerika Syarikat.
Sandy yang mulai membadai telah menyebabkan sebahagian besar kawasan rendah di Manhattan dilanda banjir sehingga bandar raya yang menjadi ikon Amerika Syarikat itu terputus bekalan elektrik.
Kira-kira 400,000 rumah terputus bekalan elektrik di kesemua lima kawasan pilihan raya bandaran iaitu dari selatan Pulau Manhattan sehingga ke kawasan 39th Street.

RAKAM…rakaman CCTV menunjukkan suspek membelasah mangsa.
KUANTAN: Hanya kerana lewat menghantar air suam dipesan, seorang pelayan sebuah kafe di Jalan Tun Ismail 2, di sini, kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), selepas ‘digusti’ seorang pelanggan yang naik angin, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, warga Myanmar, Htong Haw, 29, ditumbuk bertubi-tubi dan kepalanya dihentak ke pasu pokok hiasan selepas dia menghantar air suam dipesan pelanggan terbabit.
Malah, suspek lelaki berusia 30 tahun itu terus mengganas dengan menghenyak tubuh mangsa ke tangga, menariknya ke seberang jalan lalu bertindak seperti ahli gusti dengan mengepit kepala mangsa di celah kangkangnya sebelum menghempas mangsa ke atas jalan di tempat letak kereta.

DANISH menunjukkan tombol pintu yang menyebabkan sebatang jarinya tersepit selama tiga jam.
MELAKA – Gara-gara bermain tombol pintu, seorang murid tahun tiga terpaksa menahan sakit dan cemas selama tiga jam apabila jari hantu tangan kiri mangsa tersepit pada tombol tersebut di rumahnya di pangsapuri Ujong Pasir di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 11.45 pagi, Muhd. Danish Abbasi Mokhtar, 9, murid Sekolah Kebangsaan Banda Hilir di sini dikatakan bermain dengan tombol pintu di bilik kakaknya, Nurkia Satina Batrisyia, 12.

GEORGETOWN: Kegembiraan tujuh sekeluarga menyambut kedatangan 1 Syawal dengan membeli-belah bertukar tragedi apabila anak bongsu mereka berusia 18 bulan putus tiga jari selepas terjatuh dan tersepit di celah tangga eskalator yang masih bergerak di sebuah pasar raya di Jalan Dr Lim Chwee Leong, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, Al-Aqif Zulkifli putus jari tunjuk, hantu dan manis tangan kiri selepas terjatuh ketika bermain bersama abangnya berhampiran tangga eskalator yang bergerak.
Bapanya, Zulkifli Osman, 52, berkata ketika kejadian, dia bersama isteri, Norwila Mohd Idris, 46, berada di sebuah premis menjual alat elektronik dan ketika itu lima anaknya berusia antara 18 bulan hingga 15 tahun berada berhampiran kedai itu.

KOTA BHARU- Daging lembu yang bercampur lemak tidak tepu atau dikenali sebagai daging ‘harimau menangis’ menjadi rebutan pada bulan puasa memandangkan bahagiannya yang terhad pada seekor lembu.
Peniaga daging, Mohd Rozi Abdullah, 46 berkata, kebanyakan pelanggan di gerainya yang terletak di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa, di sini lebih gemar mendapatkan bahagian itu untuk dimasak secara bakar.
“Di Kelantan, daging ini lebih dikenali sebagai ‘daging senonok’ dan ada pula yang memanggilnya ‘daging batang pinang’ yang biasanya dibakar berempah untuk dijadikan lauk dalam nasi kerabu.

Lelaki yang mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang ini cedera dibelasah penduduk kampung.
BESUT – Seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera dibelasah penduduk kampung dekat sini kerana disangka pencuri ketika dia melarikan diri selepas terserempak dengan suami wanita itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, lelaki berumur 22 tahun itu cedera di seluruh badan apabila dibelasah penduduk kampung yang kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung.

GAMBAR X-ray menunjukkan rangka badan Rodriguez yang mengalami ketumbuhan di bahagian kanan badannya.
BANDAR RAYA MEXICO – Sekumpulan doktor di Mexico berjaya membuang ketumbuhan seberat 15 kilogram (kg) daripada badan seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Jesus Rodriguez.
Pengarah Pediatrik Pusat Perubatan La Raza di sini, Dr. Gustavo Hernandez berkata, ketumbuhan tersebut lebih berat daripada pesakit itu.