Posts Tagged ‘Bukit Jalil’
BUKIT JALIL: Pelakon Ryzal Jaafar mengakui dirinya kurang meraih populariti walaupun sudah lebih tujuh tahun berada dalam industri seni.
Menurut Ryzal yang memulakan karier lakonannya menerusi drama Dunia Baru, dia sedar bahawa dirinya agak sukar untuk meraih populariti meskipun pelbagai watak utama yang antaranya seperti Hani, Issandra dan Ilusi.
“Memang saya akui sukar untuk naik sebaris dengan nama pelakon-pelakon popular. Tapi itu tidak menjadi masalah. Saya lebih suka jika nama saya dikenali secara perlahan-lahan. Asalkan tawaran lakonan tidak putus, ia sudah memadai.
“Saya percaya, populariti akan datang sendiri dan bila dikenali, tandanya lakonan saya semakin bagus dan ada perubahannya.
BIARPUN memberi lampu hijau, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mengingatkan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) bahawa program latihan atlet di Ranau Sabah bakal berdepan masalah.
Beliau yang sebelum ini berat hati untuk memberi kebenaran atas alasan lokasi dan kemudahan di Ranau belum lengkap berkata, ada atlet dilapor tidak bersedia mengikuti program itu.
“Saya tidak cakap tidak mahu meluluskan program itu, cuma apa yang saya persoal sebelum ini, adakah lokasi itu betul-betul memberi manafaat kepada atlet? “Keputusan ini bukan kerana MSN menyerah kalah, tapi 15 atlet yang terpilih dalam program itu benar-benar layak di bawah program MSN berbanding 60 hingga 70 atlet dalam cadangan awal mereka sebelum ini. Kami tidak mahu di kemudian hari akan dipersalahkan kerana tidak mahu membantu atlet.
“Tapi harus diingat, adakah semua atlet ini mahu menyertai program di Ranau? “Jika ada atlet yang tidak mahu pergi, KOAM tidak boleh menggantikan dengan atlet lain. Kami juga membenarkan lima jurulatih mengiringi atlet ke sana tapi KOAM kena fikir, setiap jurulatih mempunyai ramai atlet di bawah jagaan mereka, jika mereka ke sana, siapa yang mahu melatih atlet di MSN Bukit Jalil? “Masalah ini perlu diselesaikan KOAM, MSN hanya menyalurkan bantuan dari segi makan-minum atlet, penginapan dan pengangkutan,” katanya.
AKHIRNYA Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa akur dengan kehendak Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk menghantar atelt berlatih di pusat latihan Ranau, Sabah.
Selepas timbul pelbagai spekulasi dan konspirasi berhubung tindakan KOAM menghantar atlet berlatih Ranau ketika Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) Sumatera Utara pula berminat menghantar atlet mereka berlatih di Kompleks Sukan Negara (KSN) Bukit Jalil, MSN akhirnya meluluskan peruntukan untuk tujuan itu.
Namun, persetujuan itu hanya membabitkan penyertaan 15 atlet dan lima jurulatih yang terbabit dalam siri fasa satu latihan itu dan bermula bulan depan.
Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terbabit dalam memberikan sokongan menjayakan program itu.
HAJAT Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menempatkan atlet di Ranau, Sabah ketika Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) Sumatera Utara pula berminat menghantar atlet mereka berlatih di Kompleks Sukan Negara (KSN) Bukit Jalil, tentu saja menimbulkan perasaan keliru.
Apa tidaknya, sejak beberapa minggu lalu Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim sudah mula mengatur langkah untuk membawa atlet olahraga ke Kompleks Sukan Ranau bagi persediaan ke Sukan Sea Indonesia biarpun tidak disenangi Majlis Sukan Negara (MSN).
Begitupun minat yang ditunjukkan KONI Sumatera Utara menerusi Ketua Olahraga Sumatera Utara, Ristanto untuk membawa atlet pelapis mereka berlatih dan bertanding di negara ini, juga untuk berdepan saingan Sukan Sea, mewujudkan persoalan besar yang seharusnya dijawab KOAM.
GOMBAK: Tindakan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyamar sebagai penumpang dalam sebuah bas ekspres dari Bukit Jalil ke Kuantan mengesan empat kesalahan dilakukan pemandu bas itu dalam Operasi Bersepadu Musim Perayaan Tahun Baru Cina, semalam.
Pemandu terbabit yang tidak menyedari setiap tindak tanduknya diperhatikan leka berbual menggunakan telefon bimbit ketika memandu tanpa menggunakan alat bebas tangan.
Pemandu itu turut dikesan memandu laju malah menggunakan lorong sebelah kanan sepanjang perjalanan.
BELUM ada penyelesaian isu peletakan jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek, namun isu itu cuba dipermudahkan BAM dengan memberi kuasa penuh kepada presiden Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh untuk membuat keputusan.
“Belum ada kata putus lagi kerana saya akan berjumpanya selepas kejohanan ini berakhir, seperti yang dia mahu,” kata Nadzmi selepas mempengerusi mesyuarat ahli Majlis di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam.
Source: Harian Metro
KUALA LUMPUR: “Jika pengguna tidak memberi muka kepada ulat tiket yang berkeliaran di mana-mana perhentian atau terminal bas, mereka mungkin tidak akan berdepan risiko menjadi mangsa ulat tiket,” kata Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas SeMalaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Harian Metro semalam mengenai kegiatan ulat tiket yang masih berleluasa di Terminal Bas Sementara, Bukit Jalil yang dilihat seolah-olah mencabar arahan pihak berkuasa supaya menghentikan aktiviti penjualan tiket di luar kaunter.
Mohamad berkata, masalah lambakan ulat tiket itu tidak dapat diselesaikan selagi pengguna terus melayan dengan menerima tawaran golongan itu.