Posts Tagged ‘Bilion’

Pendaftaran BR1M dilanjutkan hingga 15 Mac

Posted on the February 8th, 2013 under Tempatan by

Putrajaya: Kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) dilanjutkan sehingga 15 Mac depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“Kami beri tempoh sebulan lagi supaya mereka yang belum memohon akan dapat membuat permohonan. “Falsafah kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat yang layak, mendapat BR1M,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Perbendaharaan di sini, semalam.

Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk pusingan kedua skim bantuan berkenaan dalam usaha meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah di samping merancakkan perbelanjaan domestik.

Psy bakal beraksi dalam konsert BN di P. Pinang

Posted on the February 3rd, 2013 under Tempatan by

GEORGE TOWN – Penyanyi rap Korea Selatan yang popular dengan tarian kudanya, Psy (gambar) bakal membuat persembahan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang pada 11 Februari nanti.

Bintang berusia 35 tahun itu yang dikenali menerusi lagu Gangnam Style dijangka menghiburkan kira-kira 60,000 tetamu yang bakal menghadiri majlis itu nanti.

Kosmo! difahamkan, perbincangan sedang diadakan oleh sebuah syarikat pengurusan acara dengan pengurus bintang popular itu bagi mengesahkan kunjungan pertama Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang ke Malaysia.

Ahmad Maslan dakwa fitnah pengaruhi harga saham FGV

Posted on the January 24th, 2013 under Politik by

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ketidaktentuan harga saham Felda Global Venture (FGV) sedikit sebanyak berpunca daripada fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat.

Dakwanya lagi, kegagalan FGV juga sentiasa dinanti-nantikan Pakatan Rakyat yang didakwanya paling gembira sekiranya ia berlaku.

“Pembangkang tak suka FGV ini berjaya, dan fitnah-fitnah mereka ini sedikit sebanyak mempengaruhi sentimen pelabur.

BR1M 2.0 Akan Selesai Dibayar Februari – Awang Adek

Posted on the January 19th, 2013 under Tempatan by

BACHOK: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2.0 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata kementerian akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan tersebut memperolehnya dalam tempoh itu.

“Bagi penerima yang uzur terlantar sakit atau disebabkan usia lanjut, mereka boleh menghantar wakil atau pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing untuk menyampaikan bantuan itu kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis kursus jentera pilihan raya yang dihadiri 300 peserta di sini Jumaat.

Struktur terbesar alam semesta ditemui

Posted on the January 13th, 2013 under Luar Negara by

KELOMPOK kuasar LQG yang merupakan struktur terbesar di cakerawala.

LONDON – Ahli-ahli astronomi menemui struktur terbesar di alam semesta yang terdiri daripada beberapa kuasar amat besar sehingga masa empat bilion tahun diperlukan untuk merentasinya pada kelajuan cahaya.

Penemuan yang dibuat oleh ahli-ahli akademik Universiti Lancashire Pusat, Britain itu disiarkan dalam jurnal Notices of the Royal Astronomical Society dan dilaporkan dalam laman web persatuan berkenaan kelmarin.

Kuasar merupakan objek paling terang dan bersinar di alam semesta dengan cahayanya terpancar dari pusat sejumlah galaksi sejak awal kewujudan cakerawala. Cahaya kuasar dapat dilihat dari jarak beberapa bilion tahun cahaya.

Dividen ASN 3 6.3 sen seunit

Posted on the November 21st, 2012 under Bisnes by

PRESTASI…Ahmad Sarji (kiri) dan Hamad Kama Piah mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Nasional 3 di Menara PNB, semalam.

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan bayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM2.566 bilion bagi tujuh unit amanahnya untuk tahun ini.

Terbaru, pengurus dana unit amanah yang juga anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 6.3 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2012, meningkat 0.3 sen berbanding enam sen seunit tahun lalu.

Pemuda mengaku bakar kapal selam nuklear AS

Posted on the November 10th, 2012 under Luar Negara by

API marak dan asap tebal pada kapal selam nuklear HMS Miami yang terbakar di Limbungan Tentera Laut Portsmouth di Maine pada 23 Mei lalu.

PORTLAND, Maine – Seorang bekas pekerja sebuah pelabuhan, Casey James Fury kelmarin mengaku bersalah membakar sebuah kapal selam nuklear milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kerugian sebanyak AS$450 juta (RM1.3 bilion).

Fury, 24, mengaku bersalah di Mahkamah Daerah AS kerana melakukan kebakaran dengan sengaja sebanyak dua kali.