Posts Tagged ‘Berita Harian’

Bayi 30 hari maut dihempap abang tidur

Posted on the October 10th, 2012 under Tempatan by

Alor Setar: Seorang bayi lelaki berusia 30 hari maut selepas dipercayai dihempap secara tidak sengaja abangnya, 5, ketika nyenyak tidur di rumah mereka di sini, awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai hanya disedari ibu mangsa antara jam 5 hingga 6 pagi semalam, selepas mendapati tubuh bayi itu kaku.

Abang mangsa yang tidur di atas katil dikatakan terjatuh dan menghempap adiknya yang tidur di bawah bersebelahan katil.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Jika gagal, saya letak jawatan

Posted on the September 18th, 2012 under Sukan by

Perlu realistik, jangan terlalu mendesak dan saya buat yang terbaik: Raja

Kuala Lumpur: Mereka boleh cakap apa saja. Saya hanya mengikut sasaran ditetap majikan (FAM) iaitu skuad kebangsaan perlu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015. Jika gagal, saya sendiri akan letak jawatan.

Demikian jawapan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal ketika ditanya adakah dia akan tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang mahu dia meletak jawatan jika Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, 24 November hingga 22 Disember ini. Menurut pengendali berusia 56 tahun itu, peminat bola sepak tempatan perlu lebih realistik dan tidak terlalu mendesak, sebaliknya terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada skuad Harimau Malaya yang masih dalam proses menjadi pasukan mantap di peringkat Asia.

Ustazah terkejut al-Quran dibakar

Posted on the September 9th, 2012 under Tempatan by

Balik Pulau: Seorang ustazah terkejut apabila menemui sebahagian daripada naskhah al-Quran dibakar di atas lantai dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, wanita terbabit memasuki kelas pelajar Tingkatan Lima untuk memulakan sesi pengajaran sebelum ternampak satu naskhah kitab suci terbuka di atas lantai.

Dia kemudian mengambil naskhah berkenaan untuk disimpan di tempat sesuai, tetapi terkejut melihat tiga helaian dalam al-Quran itu terbakar selain turut menemui tiga batang mancis tidak jauh dari situ. Kejadian kemudian dilaporkan kepada polis.

Mangsa samun ‘rugi’ RM200,000 disoal siasat

Posted on the September 5th, 2012 under Tempatan by

Johor Bahru: Polis Johor menyiasat kenyataan seorang mangsa samun yang mendakwa kerugian RM200,000 apabila barangan kemasnya lesap dipercayai dilarikan anggota polis yang menjalankan siasatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata pihaknya sudah mengadakan perjumpaan dengan mangsa petang kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian terbabit. Katanya, siasatan berhubung kes itu kini berada pada peringkat akhir manakala kertas siasatan sedang disiapkan untuk diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Polis menerima empat laporan, termasuk daripada mangsa sendiri menyatakan rasa tidak puas hati kerana barang berharga miliknya hilang selepas dimasukkan dalam kereta polis yang datang menjalankan siasatan di rumahnya.

“Dakwaan mangsa ini adalah serius. Siasatan kini hampir selesai dan kita sedang mendapatkan keterangan daripada beberapa lagi individu sebelum menyiapkan kertas siasatan terbabit,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Polis Kontinjen Johor (IPK) di sini, semalam.

Sekolah dedah bahaya Facebook

Posted on the August 9th, 2012 under Tempatan by

Kuala Lumpur: Mulai tahun depan, pelajar sekolah menengah dan rendah di negara ini akan didedahkan kepada bahaya laman sosial yang boleh mendedahkan mereka kepada risiko menjadi mangsa penculikan dan penipuan terancang.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Faridah Khalid, berkata siri ceramah dan bengkel dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) itu dilaksanakan berikutan peningkatan kes penipuan remaja dan wanita tempatan.

Beliau berkata, berdasarkan program dianjurkan pihaknya dengan 150 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara, kesedaran terhadap bahaya penipuan seperti menjadi mangsa janji manis sindiket ‘Awang Hitam’ masih belum mencapai sasaran.

Gambar Neelofa Menunaikan Umrah di Mekah

Posted on the July 10th, 2012 under Artis by

Kalau anda sebut nama Neelofa saat ini, pasti pertelingkahan dengan Anzalna Nasir muncuk di’fikiran anda semua.

Isu tersebut sudah pun selesai awal minggu lalu apabila Anzalna Nasir secara terbuka meminta maaf kepada Neelofa atas ketelanjuran kata beliau melalui akhbar Berita Harian.

Kini Neelofa sedang berada di kota suci Mekah mengerjakan umrah mengambil peluang sempena jadual lakonan beliau yang melibatkan beberapa lokasi di’sana.

Johan buat Zizan nangis

Posted on the April 22nd, 2012 under Artis by

MEREKA mempertaruhkan bakat komedi dalam diri masing-masing dalam program realiti Raja Lawak secara solo tetapi kini cukup dikenali sebagai kumpulan duo yang mempunyai ramai peminat.

Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz atau Johan dan Razizan Abd Razak (Zizan) sangat sinonim dengan kumpulan Jozan apabila mereka diberi kepercayaan mengendalikan program Raja Lawak.