
AVNER ditemui mati di rumahnya di Tonopah, Amerika Syarikat pada 5 November lalu.
TONOPAH, Nevada – Seorang lelaki yang melakukan beberapa pembedahan muka selama beberapa tahun supaya wajahnya kelihatan mirip harimau betina ditemui mati di rumahnya di sini, lapor beberapa buah akhbar kelmarin.
Lelaki itu, Dennis Avner yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Amerika Syarikat ditemui mati pada 5 November lalu.

API marak dan asap tebal pada kapal selam nuklear HMS Miami yang terbakar di Limbungan Tentera Laut Portsmouth di Maine pada 23 Mei lalu.
PORTLAND, Maine – Seorang bekas pekerja sebuah pelabuhan, Casey James Fury kelmarin mengaku bersalah membakar sebuah kapal selam nuklear milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kerugian sebanyak AS$450 juta (RM1.3 bilion).
Fury, 24, mengaku bersalah di Mahkamah Daerah AS kerana melakukan kebakaran dengan sengaja sebanyak dua kali.

Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.
Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.
Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.

ABDULLAH (dua dari kanan) menyiasat kejadian kereta dan tiga buah motosikal dibakar seorang lelaki kecewa di Highland Park kelmarin.
TAPAH – Gara-gara tidak berpuas hati selepas cintanya ditolak gadis kilang, seorang lelaki bersama empat rakannya bertindak ganas dengan membakar sebuah kereta dan tiga buah motosikal milik ahli keluarga bekas kekasihnya di Highland Park di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, cermin kereta Proton Persona milik bapa gadis berkenaan dipecah sebelum kenderaan itu dicurahkan minyak petrol dan dibakar.

TUNKU Ismail (kanan) menyampaikan kata-kata amanat kepada pemain Johor dan Johor United selepas majlis menandatangani kontrak pemain di Johor Bahru semalam.
Itu pendirian Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung laporan yang mendakwa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta bayaran RM1 juta untuk melepaskan penyerang sensasinya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo kepada Johor.
Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, jumlah yang diminta KAFA itu tidak menepati peraturan yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

PARIS – Perancis mengusir imam warga Tunisia selepas dikatakan menggesa orang Islam di negara itu berjihad, kelmarin.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan Mohamed Hammami, 77, dihantar pulang ke Tunisia selepas kerajaan mendapati imam tersebut sengaja menyampaikan khutbah yang kononnya berunsur anti-Yahudi dan menggesa hukuman dera dikenakan ke atas golongan wanita.
Dalam satu kenyataan, Hamadi Hammami, anak kepada imam itu menyatakan dia percaya bapanya ditahan oleh Perkhidmatan Risikan Domestik (DCRI) sebelum dihantar ke lapangan terbang.

KETUA pasukan Selangor, Safiq Rahim mengesahkan bahawa beliau akan menyarung jersi Johor dalam saingan Liga Malaysia pada musim depan.
Safiq yang juga ketua pasukan kebangsaan berkata hasrat beliau ke Johor mendapat restu daripada keluarga serta majikan, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang bersetuju melepaskannya.
“Saya masih menunggu kontrak saya bersama FAS yang bakal berakhir pada 30 November ini sebelum menandatangani kontrak bersama Johor.