Posts Tagged ‘Bekas’

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood menyarankan agar Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13.
“Rasional cadangan ini dikemukakan, saya melihat serangan Dr Mahathir semakin kuat terhadap Anwar walaupun sudah bersara dari politik,” katanya pada sidang media, hari ini.
Nordin mendakwa beliau telah mengesyorkan perkara itu kepada Anwar tiga hari lalu.

KUALA LUMPUR, 13 FEB 2013: Hubungan cinta pelakon Sharnaaz Ahmad bersama penyanyi, Shila Amzah dikhabarkan telah menemui jalan penghujung apabila pelakon filem Juvana itu telah memaklumkan tidak mahu lagi ambil pusing lagi mengenai pelantun lagu Patah Seribu.
Menerusi artikel yang disiarkan di akhbar Utusan, Sharnaaz mengakui sudah pun berpatah arang dan mahu melupakan kisah cintanya dengan anak kepada ND Lala. Lebih panas lagi, selepas ini, Sharnaaz yang dikenali seorang yang panas baran langsung tidak mahu dikaitkan lagi dengan bekas kekasihnya itu.
Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku kepada penyanyi itu mahupun keluarganya ketika ini, bukan lagi menjadi urusan penting buat dirinya.

Rajah menunjukkan sisa rokok yang dikitar semula TerraCycle.
USAHAWAN kitar semula, Tom Szaky sedang berusaha untuk menghapuskan masalah sedunia iaitu pencemaran daripada rokok.
Lelaki berusia 30 tahun yang mengambil keputusan untuk berhenti daripada meneruskan pengajian di Universiti Princeton semata-mata untuk bekerja di TerraCycle di Trenton, New Jersey, Amerika Syarikat itu memberitahu, tiada satu sampah pun terdapat di pejabat mereka walaupun puntung rokok.
TerraCycle telah memulakan program kitar semula sejak Mei tahun lalu di Kanada. Kemudian, ia diperluaskan hingga ke Amerika Syarikat dan Sepanyol dengan memungut puntung rokok daripada sukarelawan.

GAMBAR rakaman CCTV menunjukkan imej salah seorang perompak yang melarikan diri selepas ditembak Abd. Jalil.
TAIPING – Seorang pegawai polis pencen membuktikan yang dia masih berbisa apabila menembak mati seorang daripada empat penjenayah yang memecah masuk banglo dua tingkat miliknya dalam kejadian di Taman Pegawai Kerajaan, Assam Kumbang di sini semalam.
Abd. Jalil Abd. Wahab, 63, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Setar, Kedah membuktikan pengalamannya sepanjang berkhidmat sebagai pegawai polis sebelum bersara pada 2005 memberinya kekuatan untuk menarik picu sepucuk revolver ke arah perompak dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu.
Melaka: Seorang gadis berusia 16 tahun bukan saja menyewa hotel bajet di Kampung Hulu, di sini, menggunakan identiti orang lain, malah bertindak bagaikan ‘penganjur’ apabila dipercayai menjadikan bilik itu untuk kegiatan maksiat dan melepaskan gian syabu serta transit bagi kegiatan ragut bersama rakannya.
Bilik yang disewa sejak 12 hari lalu itu dikatakan sering menjadi tumpuan beberapa lelaki keluar masuk sehingga menimbulkan syak sehinggalah sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan serbuan, kira-kira jam 8.30 pagi, kelmarin.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim Rahimin Bani berkata, pihaknya ke hotel berkenaan untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapat maklumat.
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu tiga buah kenderaan milik ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail yang dituduh menipu bekas pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Disember 2011.
Penguasa SPRM, S. Faridah Selamat, 35, berkata, pada 25 Disember 2011, beliau menyita tiga buah kereta jenis Mitsubishi milik Shamsubahrin iaitu model Grandis, AXS dan Triton.
Faridah berkata, beliau bersama lima lagi pegawai SPRM menyita kenderaan itu di Bukit Jelutong, Shah Alam, selepas mendapat arahan daripada seorang penguasa kanan SPRM.

Pengacara Jimmy Shanley mengakui hanya berpeluang meluangkan masa bersama anaknya, Zahra Rania selama dua jam sahaja pada perjumpaan terakhirnya yang berlaku pada 23 Januari lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Jimmy turut mengakui kurang selesa dengan kehadiran bekas ibu mertuanya, Datin Muniroh Kassim dalam perjumpaan bersama anaknya yang kini berusia setahun lapan bulan.
“Masa dua jam untuk saya berjumpa dengan anak tidak cukup. Saya mengandaikan dapat bermalam dengan anak, tapi tidak dapat sebab bekas ibu mentua ada bersama,” katanya dalam perbicaraan hak penjagaan anak (hadanah) di Mahkamah Tinggi Syariah, Selasa lalu.