Posts Tagged ‘Barisan Nasional’

SHAH ALAM – Satu akaun laman sosial Facebook menggunakan nama ‘Parti Geletek Allah (PGA) yang diwujudkan sejak 21 Disember 2012 telah mencetuskan kemarahan dan kebimbangan umat Islam.
Laman terbabit yang menyentuh sensitiviti agama didakwa menghina ALLAH, Rasulullah dan Islam.
Dengan menggunakan nama tersebut di Facebook, PGA mengiktiraf mereka sebagai parti politik dengan menawarkan keahlian percuma kepada orang ramai.

Desas desus semakin bertiup kencang bilamana ada perkhabaran dalam kem polis sendiri bahawa bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan bakal hadir pada petang 12 januari 2013 untuk bersama rakyat Malaysia untuk hari Himpunan Kemarahan dan Kebangkitan Rakyat di Dataran Kuala Lumpur atau Stadium merdeka.
Perkara dan khabar angin ini sudah merebak dalam kem-kem Polis dan juga kem Kementerian Dalam Negeri sendiri, di katakan turut hadir sama pada petang hari sejarah anak muda itu adalah bekas orang nombor 3 dalam Polis dan bekas Pengerusi SPR sendiri.
Bekas ketua polis negara ini juga di katakan akan bersama sama dengan rakyat dalam kempen kebangkitan rakyat untuk menghumban Barisan Nasional yang selama ini mengganggu tugasan polis serta membuat pelbagai arahan yang tidak sepatutnya kepada pihak polis yang di paksa bekerja untuk umno.

Pelekat yang ditampal di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu di Batu Burok di sini
KUALA TERENGGANU – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.
Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

SHAH ALAM – Bekas timbalan menteri dan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa badan itu ataupun Badan Perhubungan Umno Sabah tidak pernah membincangkan soal dana politik RM40 juta yang menjadi kontroversi sejak empat bulan lalu.
“Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan dalam Umno di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai(nya),” kata beliau dalam akuan bersumpah yang diedarkan kepada media hari ini.
Beliau yang meletakkan jawatan Julai lalu berkata, tidak ada sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan Umno Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar RM40 juta, seperti yang didakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri itu.
Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).
“Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja,” katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Pelabur dan penyokong Genneva Malaysia Sdn Bhd menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan sehari beliau ke Pulau Pinang pada Sabtu.
Membawa sepanduk berwarna-warni dan melaungkan slogan menyokong Barisan Nasional (BN), sekumpulan besar pelabur emas bertemu Najib semasa sesi ‘walkabout’ pagi beliau di pasar Bayan Baru.
Mereka telah menyerahkan memorandum tiga muka surat menggesa Perdana Menteri memulakan garis panduan dagangan emas formal untuk negara dan tidak membekukan akaun syarikat skim pelaburan emas tersebut.

IKRAR TAAT SETIA… Perwakilan bersama-sama melafazkan ikrar taat setia pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno, semalam. – Foto Bernama
ANALISIS – Dalam ucapan penggulungan setahun lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyentuh aspek keyakinan bahawa partinya akan memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen. Mana nada itu tidak didengar sepanjang setahun lalu kecuali kenyataan, pandangan dan keprihatinan untuk menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Bagaimanapun situasi yang berbeza disaksikan sekitar jam 7 petang semalam.