Posts Tagged ‘Ayam’

IKHWAN HAKIMI ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Hanya kerana tidak dibenarkan meminjam motosikal untuk keluar membeli rokok, seorang penjual ayam tergamak memecahkan cermin tingkap dan menghempas gelas ke lantai sebelum mengugut ibunya untuk membakar rumah pada minggu lalu.
Gara-gara sikap buruknya itu, Ikhwan Hakimi Hamid, 24, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam dijatuhi hukuman denda RM5,000 selepas dia mengaku salah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah.
Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor memerintahkan jika Ikhwan Hakimi gagal membayar denda tersebut dia akan dipenjarakan selama enam bulan.

Sungguh zalim apabila seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui mati dalam tong sampah yang dipenuhi longgokan sisa tulang ayam, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam, bayi perempuan terbabit disumbatkan ke dalam beg berwarna biru sebelum dicampakkan di belakang sebuah restoran makanan segera di Jalan Onn Jaafar, di sini.
Lebih mengerikan apabila mayat bayi terbabit yang masih berdarah dan bertali pusat turut dimasukkan ke dalam beg itu bersama urinya.

KUALA LUMPUR – Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. (Ayamas) semalam menafikan dakwaan yang menyatakan syarikat itu menggunakan antibiotik yang diharamkan pihak berkuasa dalam produk ayam keluaran syarikat tersebut.
Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Ayamas, Rosniza Baharum berkata, pihaknya sangat terkejut mendengar larangan import produk ayam keluaran Ayamas ke Sarawak oleh pihak veterinar negeri tersebut kerana didakwa mengandungi antibiotik yang dikenali sebagai Chloramphenicol.
Menurut beliau, pihaknya sentiasa melaksanakan langkah kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan semua produk keluaran Ayamas sentiasa berada pada tahap terbaik sebelum dipasarkan kepada pelanggan kerana keselamatan dan kesihatan pengguna adalah keutamaan syarikat itu.

Gambar Hiasan
LONDON: Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwic ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.
Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport.
Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus.

BISEP Moustafa berukuran hampir 79 sentimeter menyebabkan dia kelihatan seperti Popeye (gambar kecil).
BOSTON: Seorang ahli bina badan kelahiran Mesir diiktiraf memiliki bisep terbesar di dunia dengan ukuran 78.7 sentimeter, lapor media semalam.
Moustafa Ismail, 24, menghabiskan masa selama 10 tahun untuk berlatih mengangkat berat dua kali sehari bagi membentuk otot di pangkal lengannya.

LOKASI Pulau Gaya di Sabah.
KOTA KINABALU – Sekumpulan 20 kanak-kanak dipercayai warga Filipina sanggup bergadai nyawa meredah Laut China Selatan dengan menaiki bot penambang dari Pulau Gaya di sini semata-mata untuk mengemis di pusat bandar raya ini sejak dua bulan lalu.
Kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun itu dipercayai diperalat satu sindiket yang akan mengutip RM10 daripada mereka jika berjaya memperoleh pendapatan RM50.
Jarak di antara Pulau Gaya dan bandar Raya Kota Kinabalu ialah kira-kira 1.5 kilometer.

KOTA BHARU- Daging lembu yang bercampur lemak tidak tepu atau dikenali sebagai daging ‘harimau menangis’ menjadi rebutan pada bulan puasa memandangkan bahagiannya yang terhad pada seekor lembu.
Peniaga daging, Mohd Rozi Abdullah, 46 berkata, kebanyakan pelanggan di gerainya yang terletak di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa, di sini lebih gemar mendapatkan bahagian itu untuk dimasak secara bakar.
“Di Kelantan, daging ini lebih dikenali sebagai ‘daging senonok’ dan ada pula yang memanggilnya ‘daging batang pinang’ yang biasanya dibakar berempah untuk dijadikan lauk dalam nasi kerabu.