Posts Tagged ‘Atas’

Shila sedih putus cinta dengan Sharnaaz

Posted on the February 14th, 2013 under Artis by

KUALA LUMPUR – Penyanyi Shila Amzah sedih dengan keputusan pelakon Sharnaaz yang membuat keputusan muktamad melupakan kisah cinta mereka berdua atas alasan sudah hilang hormat kepada bapanya, ND Lala.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sendiri oleh penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu menerusi laman Twitternya, @Shilaamzah semalam.

“Sangat sedih sebenarnya apabila seseorang itu boleh berjalan di depan kamu dan berpura-pura menganggap kamu tidak pernah menjadi sebahagian besar daripada hidup mereka.

Kamal harap Malaysia benar tayang Vishwaroopam

Posted on the February 11th, 2013 under Luar Negara by

AKTOR India Selatan, Kamal Hassan harap Malaysia akan membatalkan pengharaman filemnya, “Vishwaroopam” dalam tempoh terdekat.

“Saya sedih beberapa negara seperti Malaysia dan Dubai belum menayangkan filem itu. Alangkah baik kalau mereka benarkan penayangannya,” kata beliau pada sidang akhbar di Chennai, Tamil Nadu.

Vishwaroopam, filem thriller pengintip, yang ditulis, diarah dan diterbitkan oleh Kamal Hassan, 58, menghadapi sekatan ekoran bantahan beberapa pertubuhan Islam kerana mengandungi babak dan dialog yang menghina Islam.

Penjual ayam ugut ibu didenda RM5,000

Posted on the February 4th, 2013 under General by

IKHWAN HAKIMI ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Hanya kerana tidak dibenarkan meminjam motosikal untuk keluar membeli rokok, seorang penjual ayam tergamak memecahkan cermin tingkap dan menghempas gelas ke lantai sebelum mengugut ibunya untuk membakar rumah pada minggu lalu.

Gara-gara sikap buruknya itu, Ikhwan Hakimi Hamid, 24, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam dijatuhi hukuman denda RM5,000 selepas dia mengaku salah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah.

Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor memerintahkan jika Ikhwan Hakimi gagal membayar denda tersebut dia akan dipenjarakan selama enam bulan.

Bayi lelaki di dalam beg pakaian

Posted on the January 30th, 2013 under Tempatan by

INILAH bayi yang ditemui di dalam beg pakaian dan ditinggalkan di luar sebuah warung di Sekinchan, Sabak Bernam semalam.

SABAK BERNAM – Seorang peniaga terkejut apabila menemui sebuah beg pakaian diisi dengan seorang bayi lelaki yang hidup ditinggalkan di luar warung miliknya di Parit 7, Sungai Leman, Sekinchan di sini semalam.

Khairuddin Hassan, 51, menjumpai bayi yang dibalut dengan kain batik tanpa dokumen ketika hendak membuka warung pada pukul 7 pagi.

Video: Sniper Bashar Al-Asad menyerahkan diri

Posted on the January 23rd, 2013 under Luar Negara by

Video yang dimuat naik dalam akaun yang bernama Muhammad Ar-Rifa’i ini menunjukkan seorang yang berada di atas bumbung bangunan sedang mengangkat tangan memberikan tanda isyarat bahawa dia mahu menyerah diri.

Tahukah anda bahawa orang yang yang menyerah diri dalam video tersebut yang berdurasi 16 saat itu adalah tentera bayaran Bashar Al-Asad (shabiha) iaitu sniper yang menyerah kepada tentera FSA (pembangkang). Video tersebut dimuat naik pada hari selasa, 14 Januari 2013.

Kerabat diraja Johor kena bela diri

Posted on the January 19th, 2013 under Tempatan by

TUNKU NICK (kiri) dan Alex dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Jun 2012 atas kesalahan mencederakan petinju negara.

JOHOR BAHRU – Seorang anak kerabat diraja Johor bersama dua rakannya diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap petinju negara, Muhammad Farkhan Mohd. Haron pada tahun lepas.

Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27, Alex Foo Hee Wee, 41, dan Mohd. Arif Husin, 35, diarah membela diri selepas Hakim Zamri Bakar memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dalam tuduhan.

Kerandut buah zakar tercucuk besi

Posted on the January 12th, 2013 under Tempatan by

MIKHAIL IRFAN menunjukkan batang besi yang telah dipotong pemaju selepas kejadian itu di George Town semalam.

GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas kerandut buah zakarnya terkena bucu cerucuk besi di kawasan pembinaan longkang di Kampung Masjid, Jalan Perak ketika bermain bersama rakannya semalam.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, Mikhail Irfan Muhamad Sofian menerima empat jahitan pada kerandut buah zakarnya selepas terjatuh atas cerucuk besi yang terpacak di kawasan pembinaan itu.