Posts Tagged ‘Amran’

RAZIF (kiri) dan Rafik dijatuhi hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam.
ALOR SETAR – Dua beradik lelaki terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 16 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang kenalan mereka gara-gara pergaduhan melalui laman sosial Facebook pada dua tahun lalu.
Mohamad Razif Arshad, 27, dan adiknya, Mohamad Rafik, 22, mengaku bersalah atas tuduhan itu selepas pihak pendakwaan menawarkan tuduhan pilihan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita menjadi korban pertama banjir di Terengganu apabila ia ditemui lemas setelah terjatuh ke dalam sungai Lanjut berdekatan Jambatan Permaisuri semalam.
Ketua Operasi Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd Izani Zakaria ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya dengan bantuan penduduk kampung, menemui mayat mangsa pada pukul 6.30 petang berdekatan tempat mangsa terjatuh.
Samhanim Ramli, 36, dikatakan tergelincir ketika sedang menahan pukat jaring bersama suaminya, Wan Amran Wan Sudin di sungai tersebut kira-kira pukul 3 petang.

PELABUHAN KLANG: Seramai 105 wanita warga asing bukan saja dikurung, malah turut dipaksa makan kertas surat khabar selain tidak dibayar gaji sejak enam bulan lalu oleh sebuah syarikat agensi pembantu rumah yang beroperasi di Bandar Baru Klang, di sini.
Mereka yang berusia 18 hingga 25 tahun itu diperdaya menjadi pembantu rumah secara bulanan dan harian, namun tidak menerima gaji selepas berkhidmat sejak enam bulan lalu dengan alasan mereka perlu menyerahkan gaji selama tujuh bulan sebagai bayaran untuk bekerja di Malaysia.
Mereka yang terdiri daripada 95 warga Indonesia dan masing-masing enam dan empat warga Filipina itu, diselamatkan dalam Ops Khas 6P Jabatan Imigresen Selangor, kelmarin.

Abil bersama isterinya Fauziah yang masih sihat.
SHAH ALAM – Pengorbanan Abil Fikri Ahmad, yang berhenti kerja untuk menjaga isterinya sejak lebih setahun lalu, mendapat perhatian orang ramai dan turut menerima sokongan moral, dengan ada yang menyifatkan sebagai “cinta murni sebenar.”
Ada pembaca yang menyifatkan sukar untuk mencari suami sedemikian buat masa sekarang.

KOTA BHARU – Seorang perogol bersiri yang sedang menjalani hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan kerana satu kesalahan rogol, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam bagi empat lagi tuduhan rogol.
Amran Che Jaafar, 30, yang disabitkan bersalah oleh mahkamah sama pada 13 Mac lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan yang dibacakan di dua mahkamah di sini.
Tertuduh yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita di negeri ini membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Irwan Suainbon dan Hakim Azman Mustapha.

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa kepada dua anak yang didapati bersalah menendang perut isterinya sehingga keguguran pada Februari tahun lalu, menarik nafas lega apabila Mahkamah Sesyen semalam memerintahkannya melakukan kerja-kerja wajib selama empat jam setiap hari bagi tempoh empat bulan.
Tertuduh, Mohd Amran Tullah Salleh, 25, dari Kampung Kolam, Kuala Ibai, di sini, terlepas daripada hukuman penjara setelah Hakim Azman Mustapha mengambil kira fakta mangsa yang juga isteri tertuduh sudah meninggal dunia akibat kemalangan pada 29 Februari lalu.
Dalam penghakimannya, Azman berkata, tertuduh mempunyai dua anak yang masih kecil untuk dijaga dan berpendapat tiada kebaikan akan wujud kepada sesiapa sekiranya tertuduh dihantar ke penjara.

KOTA BHARU: Selepas dihukum penjara 16 tahun dan lapan sebatan minggu lalu, seorang lelaki digelar ‘perogol bersiri’ sekali lagi dihukum penjara lapan tahun dan lima sebatan di Mahkamah Sesyen, semalam atas tuduhan merompak dan menceroboh rumah pengurus kedai emas dengan pisau, hujung tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu selepas Amran Che Jaafar, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Atas tuduhan merompak, dia dikenakan penjara lapan tahun dan lima sebatan, manakala hukuman penjara tiga tahun dikenakan atas tuduhan menceroboh.