Posts Tagged ‘Amaran’
KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu akan menempatkan anggotanya di beberapa lokasi berisiko terutamanya di sekitar kawasan pantai peranginan bagi menjamin keselamatan orang ramai.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, langkah tersebut bagi mencegah sebarang insiden berikutan ramalan angin kencang dan laut bergelora berikutan tempias ribut tropika Sonamu akan melanda beberapa kawasan Pantai Timur pada bila-bila masa.
Selain itu, katanya rondaan berkala di kawasan terbabit akan ditingkatkan dan meminta orang ramai agar tidak panik dengan ramalan awal tersebut.
“Pihak polis akan sentiasa memantau kawasan pesisiran pantai serta merekodkan paras air. Jika ia melebihi paras bahaya, kita akan mengeluarkan amaran serta merta.
KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.
Sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam tadi, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
Di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 semalam, manakala mangsa banjir di Johor pagi ini kekal 16 orang.
Di Kelantan, jajahan Kuala Krai menyaksikan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 907, diikuti Tanah Merah (314), Kota Baharu (295), Pasir Puteh (225), Pasir Mas (116), Machang (100) dan Tumpat (enam).

JERUSALEM – Hatem Abdul Qadir, pegawai pengawal Jerusalem dari puak Fatah pada hari Rabu lalu telah mendedahkan adanya tujuan Israel untuk membina kereta api bawah tanah yang menghubungkan antara dua bahagian bandar Jerusalem, bahagian timur dan barat. Terowong kereta tersebut dirancang digali di bawah tapak-tapak suci umat Islam, semakin mengancam kehancuran tapak suci Islam.
Menurut Abdul Qadir, syarikat AS, Marshall Engineering, akan menjadi pelaksana projek tersebut dan telah mencapai tahap maju dalam pembangunan rancangan penggalian terowong dan rancangan kereta api.
Menurut rencana yang diperoleh pejabat Abdul Qadir, terowong tersebut akan digali sepanjang beberapa kilometer, bermula dari Jerusalem Barat, mengelilingi tembok barat dan selatan Jerusalem, kemudian mengarah ke Buraq Square, dekat tembok barat Masjid Al-Aqsa.

KINCIR air yang musnah dan dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak di Kampung Zarozje, Serbia.
BELGRADE – Penduduk di Kampung Zarozje, dekat bandar Bajina Basta, Serbia percaya terdapat pontianak yang menghisap darah sedang berkeliaran dan mereka kini hidup dalam ketakutan.
Seorang anggota majlis tempatan memberi amaran kepada penduduk kampung itu supaya membawa bawang putih di dalam saku dan lambang salib di bilik rumah mereka bagi mengelak kehadiran pontianak.

BEIRUT – Pemimpin Hezbollah di Lebanon, Sayyed Hassan Nasrallah semalam memberi amaran kepada rejim Zionis bahawa ribuan buah roket akan menghujani Tel Aviv dan beberapa bandar Israel jika tentera Yahudi menyerang Lebanon.
Beliau membuat kenyataan itu pada ucapan sempena Hari Asyura yang disambut pengikut fahaman Syiah di sini.
Hari itu disambut bagi memperingati kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Hussein dan anggota keluarga baginda sekali gus menyebabkan perpecahan antara Sunni dan Syiah.

KUALA LUMPUR – Dua ahli Umno dari kawasan Semporna Sabah dipecat manakala seorang digantung tiga tahun atau satu penggal pemilihan kerana didapati bersalah terbabit dalam kes sabotaj parti.
Tindakan ini susulan penubuhan satu jawatankuasa khas baru-baru ini bahawa sesiapa yang didapati mensabotaj parti akan dikenakan tindakan tegas oleh parti terbabit.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menegaskan, bahawa tiada sebarang kompromi kepada sebarang anasir yang cuba merosakkan perjuangan parti termasuk pelanggaran disiplin yang telah, sedang dan akan diambil.

PENDUDUK Gaza membawa jenazah dua kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan udara Israel untuk dikebumikan di Beit Lahiya, utara Genting Gaza semalam.
GENTING GAZA – Komander tertinggi sayap tentera Hamas, Mohammed Deif memberi amaran, Israel akan menerima padah jika ia berani melancarkan serangan darat ke dalam wilayah Palestin ini.
“Pihak musuh (rejim Zionis) akan menerima padah jika ia merancang untuk masuk ke Gaza,” kata Mohammed yang merupakan komander Briged Ezzedine Al-Qassamzz kepada stesen televisyen Hamas, Al-Aqsa.