Posts Tagged ‘Akademi Naza’

Media Prima raih untung bersih RM254.4 juta

Posted on the February 24th, 2011 under Ekonomi by

KUMPULAN media bersepadu utama negara, Media Prima Bhd meraih keuntungan bersih RM254.4 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, meningkat 31 peratus daripada RM194.8 juta yang dicatatkannya pada tahun sebelumnya.

Ini diraihnya daripada pertumbuhan ketara pendapatan bersih, yang meningkat lebih seratus peratus kepada RM1.547 bilion daripada RM744 juta dalam tahun kewangan sebelumnya.

Pengerusinya Datuk Johan Jaaffar, berkata peningkatan pendapatan bersih itu disumbangkan prestasi kukuh semua aset media kumpulan itu, merangkumi televisyen, akhbar, radio, pengiklanan luar dan media baru.

Beliau berkata, ia terutama disumbangkan penyatuan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) ke dalam kumpulan yang mana jika tidak mengambil kira sumbangan daripada NSTP, kumpulan merekodkan pertumbuhan pendapatan bersih 18 peratus.

NAZA, HELP tubuh kolej automotif

Posted on the February 24th, 2011 under Ekonomi by

KUMPULAN NAZA akan menubuhkan sebuah kolej automotif dan pengurusan pengangkutan secara usaha sama dengan HELP International Corporation Bhd bertujuan menambah profesional dalam bidang berkenaan di negara ini dan juga serantau.

Kolej yang akan beroperasi akhir tahun ini membabitkan pelaburan RM25 juta dalam tempoh lima tahun itu akan dikendalikan sebuah syarikat usaha sama yang akan ditubuhkan kedua-duanya dengan masing-masing memegang 50 peratus kepentingan ekuiti.

Ia akan beroperasi menerusi tiga kampus, iaitu di Lembah Klang; Gurun, Kedah dan Seri Alam, Johor.

Bagi kampus di Gurun, ia akan menggunakan Akademi NAZA Kia (NKA) yang sudah pun beroperasi sejak 2006.