Posts Tagged ‘Abdul Aziz’

Kisah yang satu ini merupakan salah satu contoh dari sekian banyak potret kehidupan seorang wanita muslimah yang begitu bangga dan merasa terhormat dengan agama yang selama ini ia telah hadir mewarnai perjalanan hidupnya. Seorang muslimah yang di hatinya terdengar keras degupan syiar agama Allah.
Itualah hati yang mampu mengenal Allah dan Rasul Nya sehingga keraguan tak pernah lagi ditemui di dalamnya. Dialah peribadi seorang wanita muslimah yang hatinya selalu memikul tanggung jawab dakwah. Namun sayang watak semacam ini ternyata jarang untuk kita temui. Ya memang sangat jarang sekali.
Ummu Abdul Aziz, begitulah wanita ini biasa disapa dalam hariannya. Suaminya seorang doktor yang tinggal di bandar Riyadh, Saudi Arabia.

KOTA BHARU: Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.
Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.

SHAH ALAM – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat menikahkan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada Jumaat ini ekoran urusan rasmi yang perlu hadiri.
Menerusi Facebook, Nik Aziz berkata, jemputan majlis nikah Apex-Nur Eilunie bertembung dengan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan pada hari yang sama.
“Susulan pertanyaan banyak pihak berkenaan dengan kesediaan Tuan Guru menjadi jurunikah perkahwinan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat Jumaat ini, adalah dimaklumkan bagi pihak Tuan Guru bahawa beliau tidak berkesempatan untuk memenuhi undangan keluarga pengantin kerana bertembung dengan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri 1/2012 bersama Sultan Kelantan pada hari yang sama,” kata mesej dipetik daripada Facebook Nik Aziz.

SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa insiden serangan ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak, Selangor malam tadi membuktikan akan timbul huru hara apabila ada pihak tidak boleh menerima kekalahan jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sehubungan itu soal beliau, apakah faedah diperoleh oleh musuh politik dengan menyerang ceramah-ceramah anjuran PR.
“Sudah jelas dan nyata siapa yang akan buat huru hara apabila kalah pada PRU13 nanti. Ada keuntungankah menyerang ceramah Pakatan Rakyat?” kata beliau mesej dipaparkan pada laman sosial Facebooknya petang ini.

PADANG RENGAS – Individu yang disabitkan kesalahan merogol gadis di bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori selepas Seksyen 376 Kanun Keseksaan dipinda tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, pindaan itu dicadangkan supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur dan dijatuhi hukuman penjara mandatori, tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman.
Katanya, pindaan seksyen berkenaan akan dibentangkan pada sesi Dewab Rakyat akan datang.

JEMAAH haji mengelilingi Kabah di Masjidil Haram di Kota Mekah kelmarin.
MEKAH – Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Ahmad Abdul Aziz memberi jaminan kepada umat Islam yang berkunjung ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji bahawa mereka selamat daripada tempias pergolakan yang sedang berlaku di Syria dan beberapa wilayah terdekatnya.
Putera Ahmad berkata, kerajaan Arab Saudi sentiasa komited bagi memastikan musim haji tahun ini berjalan lancar dan bebas daripada suasana kucar kacir.
Apabila ditanya sama ada penyokong pro-Presiden Bashar Al-Assad boleh lolos masuk ke negara berkenaan dengan menyamar sebagai jemaah haji untuk mencetuskan kekacauan, beliau memberitahu: “Mereka yang melakukan ibadah haji terdiri daripada umat Islam dan sebagai seorang saudara seagama, mereka tidak akan menyakiti antara satu sama lain, lebih-lebih lagi ketika musim haji.

Nik Aziz bersama rombongan bertanya khabar ahli keluarga Wan Nor Fatihah ketika lawatannya dan turut mengadakan solat Hajat, semalam. – Foto Unit Komunikasi Menteri Besar
KOTA BHARU -Biarpun diugut akan diganggu dengan lebih teruk, ‘Gadis api’ yang diekori api misteri sejak tiga tahun lalu tidak akan berputus asa untuk terus berikhtiar mengubati gangguan mistik itu.
Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, yang tinggal di Kampung Bunga Emas, Penambang di sini, nekad untuk berusaha melawan ujian tersebut dengan hasrat bagi menikmati kehidupan lebih tenang seperti rakan-rakan sebaya lain.