Suara Alunan Al-Quran ‘Hilangkan’ Lagu Disko

Posted on the June 11th, 2012 under Luar Negara by admin

Firman Allah yang bermaksud ;

“Dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran” Al-Qamar, ayat 17.

Demikian firman yang diturunkan oleh Allah S.W.T mengenai senaskhah Al-Quran untuk diperlajari dan dibaca oleh semua hambanya ketika masih hidup di muka bumi ini.

Setiap ayat yang terkandung dalam Al-Quran mengandungi seribu satu manfaat kepada manusia.

Di sebuah jalan di tengah kota Beirut, Lubnan, seorang lelaki tua yang hanya duduk di sisi jalan begitu asyik mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran walaupun keadaan di sekelilingnya bising dengan bunyi lagu-lagu dari pub dan disko di sepanjang jalan Hamra.

Lelaki tua itu langsung tidak menghiraukan orang ramai yang lalu lalalng di situ dan hanya tetap dengan mengaji sahaja.

Malah, perbuatannya itu menarik perhatian orang yang lalu lalang di sepanjang jalan Hamra.

Jalan Hamra adalah salah sebuah jalan utama di sekitar kota Beirut, Lubnan. Jalan Hamra menjadi tumpuan ramai rakyat Lubnan menyebabkan pelbagai kemudahan seperti cafe, teater, dan restoran-restoran mewah dibangunkan.

Namun begitu, jalan Hamra tidak seperti tempat-tempat yang lain di sekitar Lubnan.

Masjid mahupun surau sukar ditemui manakala pub, disko dan tempat mencacah tatu boleh ditemui di merata-rata tempat.

Tujuan Al-Quran diturunkan adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan.

Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah S.W.T. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan.

“Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” Al-Syams, ayat 7-10.

Oleh: NAIMAH SHAARI



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Deehairi_69

    ni kat 
    tengah kota Beirut, Lubnan.. kalau kita kat malaysia BUKIT BINTANG LAH….

  • Hafyzzshaff

    kn bgus klu rmai org mcm 2 kt malaysia nie..mzty sjuk jee telinga dengr…

  • Mohd Shahir

    mudah2an kt tergolong dlm golongan org yg mensucikan jiwa…Amin~

  • Hamba Allah

    kat brunei smua pub2 dan arak diharamkan…..

  • haksa

    wooo, hebatnya… seandainya di Indonesia juga seperti di Brunei. Amin

  • Comingsoon

    Alhamdulillah, saya ada ilmunya..do’a/zikirnya khas untuk menghancurkan alat2/barangan electronics yang berada di kawasan sekeliling..jika di baca di dalam kelab, akan muncul makhluk yang menakutkan untuk menghalau/menakutkan semua manusia lalai tersebut…saya dapat ilmunya dari seorang guru di ….insyaallah, akan saya amalkn dan gunakan tidak lama lagi….target pertama saya, MOS.

  • lia

    mudah-mudahan kita terpelihara drp kesesatan

  • http://www.facebook.com/myferk Azrul Adnan

    kalau camtu boleh kongsikan ilmu sedara. lagi ramai yg tau lagi bagus. ;D

  • Sarah_love_heart

    emanglah pub dan arak diharamkan..tp org brunei pergi melantak arak ,pub dan pelacur kat negara lain….kat indonesia,malaysia dan negara lain…
    apa nk heran….mcm cacing kepanasan dh bila keluar dri brunei..hahahaha

  • Ahmadsolihin

     Seeloknya dibuat kuliahan doa tersebut di internet @ capaian yang memudahkan orang ingin mempelajarinya….

  • Alihasan319

    assalamualaikum saudara, boleh kongsikan zikirnya?