Suami pengasuh merogol dan meliwat kanak-kanak 3 tahun

Posted on the July 30th, 2012 under Tempatan by admin

KLANG: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila gagal mengawal nafsunya biarpun di bulan Ramadan apabila merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung Sungai Yadi, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak dua bulan lalu dan suspek yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar ke kedai.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa jam 8 malam pada hari kejadian selepas dimaklumkan isterinya bahawa mangsa mengadu sakit di kemaluannya.

“Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu ketika isterinya keluar ke kedai dan ketika di dalam bilik air, mangsa didukung dalam keadaan bogel sebelum dirogol dan diliwat suspek beberapa kali.

Katanya, siasatan juga mendapati dalam tempoh mangsa dihantar ke situ suspek hanya melakukan perbuatan itu sekali.

Berikutan itu, suspek yang juga pemandu lori ditahan di rumahnya pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan suspek direman hingga 3 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Harian Metro



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • budak farmasi

    celaka tol!!!!

  • iris

    bangkaiiiiiiiii….

  • Ain

    kurang hajar la..jgn lepaskan suami pengasuh tu, kalau boleh penjara seumur hidup jer, kalau keluar penjara pun takkan dapat mengubah apa2 dh..penjara seumur hidup…

  • anonymous

    kasi je org mcm ni

  • Rieana

    penjara n sebat je bg byk2 sebatan 2… mmg kurang ajar la budak kecik je brader oiii… marah sungguh aku neh….

  • Andik79

    hukuman yg setimpal patut d kenakan.

  • danish boy

    bangang la sial… xder otak ker

  • Archid0709

    jika nafsu sex melebihi nafsu makan, dalan bukan puasa pun jalan terus…..dasyat.

  • ani

    harap hukuman yang berat akan dikenakan…memang tak berfikiran mcm manusia…kesian budak kecik jadi mangsa…mcm mana la masa depan dia nnt…

  • Szhianneta

    MANUSI TERKUTUK…………………..

  • Umiey09smkhk

    xguna pnya laki…. tak dak akai!!

  • http://www.facebook.com/wifalengmamaduranni Maizatul Azura

    banggang…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100003741834233 Zhiannetha Sheptiani

    ya alloh ………….hukumlah manusia itu seberat-beratnya ya alloh……………agar dia menyadari bahwa perbuatan nya itu ……………………..keji
    tidak berperikemanusiaan………………….

    AMINN..YAROBAL ALAMIN.

  • Hashing_bandung

    Suami pengasuh mestu d hukum sampai mati. Binatang pun pandai pikir. Orang ini bukan manusia. Aku harap yang berkenaan mengambil berat tentang perkara ini. Anak sekecil belum tau apa apa. Kesian anak kecil ini tanpa dosa. Allah selamat kan anak kecil ini.