Solat Jumaat di Kota London

Posted on the February 16th, 2012 under Luar Negara by admin

“Mekah di tengah-tengah London”. Begitulah tajuk akhbar harian terkemuka British Daily Mail pada hujung minggu lalu.

Laporan tersebut menulis mengenai orang Islam British yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah jalan di London. Mereka terpaksa solat di atas jalan kerana ruangan masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung jemaah yang ramai.

Dalam artikel bertajuk “The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows”, harian itu melaporkan ramai yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada Jumaat lalu. Mereka melihat ramai orang berdoa bersama di luar.

”Perkara itu bukanlah pemandangan biasa di England,” tulisan the Daily Mail.

Dalam bayangan gedung pencakar langit dan ruang kaca serta batu-batu di Mile Square, ratusan umat Muslim berlutut di jalanan melaksanakan solat Jumaat. Kegiatan selama satu jam di jantung daerah kewangan kota London itu ternyata menjadi sangat popular sehingga jemaah memenuhi jalan-jalan di sekitar masjid komuniti kecil.

Pekerja yang memakai uniform bercampur dengan umat Islam dari komuniti Bangladesh tempatan. Mereka terkeluar sehingga ke jalan-jalan di sekitar Bentley dan kawasan letak kereta.

Masjid Brune Street di Spitalfields, London Timur, merupakan masjid terdekat untuk solat Jumaat bagi pekerja. Ramai juga jemaah yang datang dari Brick Lane dan Whitechapel. Pekerja-pekerja profesional mengisi jalan di bawah bangunan perniagaan yang menjulang tinggi. Umat Muslim tanpa memakai kasut melakukan solat Jumaat dan bersujud menghadap ke kiblat.

Dalam ruangan masjid yang hanya dapat menampung 100 orang, sekitar 300 umat Muslim yang bekerja di kawasan berhampiran hadir bersama penduduk setempat yang juga ingin menjalankan solat Jumaat. Hasilnya, jemaah solat Jumaat melimpah sehingga ke jalan.

“Ia berkembang dalam beberapa tahun terakhir ini” ujar seorang pekerja yang masih mengenakan pakaian solat Jumaat. “Ramai orang yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada hari Jumaat. Kerana, mereka melihat ramai orang berdoa bersama di luar. Mereka melaksanakan solat tepat di tengah Kota London.”


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001442248684 Rose Sue

    ALHAMDULILLAH…

  • http://www.facebook.com/people/Kayra-Peace/100001994362625 Kayra Peace

    Maha Suci Ya Allah swt…

  • Rafminna

    Allahhuakbar!!!

  • Joe

    Umat Muslim tanpa memakai kasut melakukan solat Jumaat dan bersujud menghadap ke kiblat.
    memg lah tak pakai kasut ketika SOLAT , ade ke orang pakai KASUT UNTUK SOLAT ? =.=

  • Azamazie

    terbaikkkk….

  • Firdaus

    ade..boleh jer pakai kasut…lagi pun darurat solat atas jalan raya..

  • http://profile.yahoo.com/UUJIJLYAZZSB4QCHKZEJEQGGV4 The Darkness Saint

    orang-orang malaysia islam yang jahil bodoh sahaja ikut ajaran agama lain konon-konon modern world sedangkan mereka disana berlumba-lumba mencari kebenaran dalam islam, allahuakhbar walillah ilham

  • Almanar88

    telah thabit dalam sunnah bahawa Nabi s.a.w solat dengan memakai sepatu..kdng2 Baginda x pakai…jadi kedua-duanya sunnah

  • hidayatul islam

    ADA orang memakai kasut, ketika solat dlm peperangan,zaman dahulu kasut kulit itu dipanggil khauf ambil wuduk hanya sapu pada kasut kulit tersebut tanpa membuang kasut yakni air tak perlu sampai kekaki ikut syarat2nya yg tertentu kemudian terus solat bersama2 kasut tersebut.

  • Sitinormayahasan

    alhamdulillah…smg syiar islam terus berkembang…amin

  • http://www.facebook.com/1Garis2Titik Abu Atfhal

    ada… solat jenazah..

  • http://www.facebook.com/areff04 Areef AL Waleed

    ISlam maikn BErkembang.. BEgitu juga MUsuh ISlam..

     

  • http://www.facebook.com/syaza.hamal Syaza Hamal

    ALHAMDULILLAH.. ;-)

  • Islamituindah

    Joe…..awak ni lurus bendul la…..penulis artikel ni pakai balik apa yg ditulis oleh penulis dari england tu….cuma dia tukar bahsa melayu…..memang la…penulis artikel asal orang mat salleh bukan islam mesti tak sure org islam smyang buka kasut…lain kali pikir sebelum komen!!!

  • Khalifah di muka bumi

    Sedapnya komen……dah tau malaysia ada masalah tu…apa ko punya tindakan untuk betulkan keadaan? Takkan nak harapkan ustaz dan politician je? Komen..komen gak….tapi kena jugak jadi khalifah Allah….

  • Einaedzwan

    Alhamdulillah….