Shila Amzah Pakai Tudung Selepas 15 Hari Percubaan

Posted on the August 7th, 2012 under Artis by admin

PETALING JAYA: Keputusan penyanyi Shila Amzah yang memakai tudung bermula 1 Ramadan lalu hanya untuk suka-suka berubah apabila dia tekad untuk kekal dengan imej tersebut.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia membuat keputusan tersebut pada Sabtu lalu selepas 15 hari melalui “tempoh percubaan” dan berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.

“Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.

“Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.

“Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini Isnin.

Tambah Shila, kekasihnya, Sharnaaz tidak sangka perubahan drastik yang dilakukannya namun gembira dengan imej terbaru itu.

Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya pada masa akan datang.

“Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati.

“Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan,” ujarnya.

Sementara itu, walaupun tampil dengan imej berkenaan, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan.

“Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna,” tuturnya.

Foto milik Shila amzah diambil di laman Twitter miliknya.

mStar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Ross

    bagus la……alhamdulillah…

  • Zaieys

    alhamdulilah…. sokong shila..moga kekal kan imej baru….

  • Jajabink

    alhamdulillah..kan lagi comel tuuuu..

  • Ali

    Kenapa nak pakai tudung ? Bukankah kecantikan sudah ditadirkan kenapa harus dihodohkan ? Tudung sesuai dinegara Arab kerana berpadang pasir yang berhabuk. Kenapa orang Malaysia suka mengikut-ikut tak bolehkah berpegang identiti sendiri ?

  • Think b4 u talk

    woo stupid question..u ni islam ke kafir..?if islam..sila mengucap ye.. i think u ni kafir..mnyamar.

  • yanna

     nampak sgt kafir menyamar pakai nama ali.. bangang ke ape? bertudung tu wajib!

  • Casiogirl_84

     gile ape soalan nih???ni kafir ke JAHIL????!!!…..

  • jangan jadi najis

    ko ni bangang ke apa??nama ko alice kottt

  • fadzlianie

    Ali,pakai tudung bukan setakat d negara arab jak..negara mana2 pun yg beragama islam harus memakai tudung…menampakkan seorang wanita yg soleha…yg layak djadikan isteri dan ibu kepada anak2 mu..

  • Lulurcahaya_10

    Mr Ali, nape bodoh sgt nie. menutup aurat adalah wajib. You ni kafir kut !

  • Andremustakim Am

    ada juga orang mcm ali ni …nama islam tapi tak suka orang mengamalkan islam…

  • xyz

    wanita tak wajib pakai tudung.. yang wajibnya tutup aurat.. kalau atas tutup bawah buka tak guna jugak :)

  • xyz

    tudung tak wajib.. tanyalah mana² ustaz.. tak ada pun dalam hadis yang mengatakan wanita perlu bertudung.. yang perlu adalah menutup aurat..

  • Sabrina

    menutup aurat itu adalh suatu kewajipan… biarpun kalau litup kepala rasa terpaksa, pakai sahaja tudung kerana bila dah biasa lakukannya selama 44 hari berturut2 tidak akan ada lagi rasa janggal atau rasa nak buka tudung. Malahan, kita akan rasa pelik dan janggal apabila membuka tudung di khalayak ramai. Bermula dari terpaksa itulah yang akan menjadi kebiasaan kita. :)